10 Persediaan Asas Penting Menghadapi Temuduga

0
10 Persediaan Asas Penting Menghadapi Temuduga | Sepanjang bekerja 9 tahun di bidang Pengurusan Sumber Manusia (HRM), saya telah hadir lebih daripada 20 sesi temuduga.

Ya tak payah kau nak terlopong beriya, saya pergi untuk lihat bagaimana syarikat-syarikat besar dan kecil menemuduga bakal kakitangan mereka, bukan nak lompat tempat kerja macam kau.

Ada antaranya memang setanding tempat kerja saya sekarang. Ada yang tidak. Ada yang biasa sahaja dan ada yang tanya soalan bukan-bukan.

Rata-rata yang menemuduga, bukan calang-calang. Walau mereka ada yang nampak muda, mereka ada IQ yang luar biasa.

Adik-adik, semasa mahu hadir temuduga, ini yang saya dapat kongsi.

10 Persediaan Asas Penting Menghadapi Temuduga

1. Makan sebelum temuduga


Tenangkan diri dan pastikan sudah pun bersarapan / makan sebelum hadir ke temuduga. Jika perut kalian lapar, kadar tekanan bertambah dan kalian sukar bertenang.

Elakkan alasan konon jika makan, kena selalu ke tandas. Memanglah. Itu semua dapat membuang tekanan.

2. Kawal pernafasan


Belajar bercakap dengan membaca buku dengan kuat melalui sebutan ‘phonetic’. Kau google sekarang. Apabila kau sudah terbiasa menyebut perkataan dengan sedikit kuat, pernafasan kau akan nampak normal di hadapan para penemuduga.

3. Pakaian yang sesuai


Lelaki, pakai baju cerah. Putih, cream, biru muda. Pakaian yang cerah akan menceriakan suasana dan memberi mood kepada penemuduga.

4. Elakkan solekan melampau


Perempuan, elakkan bersolek dengan beriya-iya. Pakaian longgar dan selesa. Jika tidak bertudung, rambut perlu diikat kemas.

Jika bertudung kau jangan cuba-cuba buat selimpang pusing 400 kali. Keronsang pun 1 cukup. Semua itu mengganggu suasana temuduga.

5. Berikan jawapan


Jawab apa yang kau tahu sahaja. Yang tidak tahu, jujur kau cakap kau tidak tahu.

6. Teknik jawab soalan


Jika kau terima soalan, “Apa yang kau mahu untuk bekerja di syarikat ini?” Kau perlu jawab, “saya mahu pengalaman” jangan cuba-cuba jawab: “Company ni besar, jadi saya nak cuba kerja di sinilah, macam best”.

7. Gaji minimum


Jika ditanya gaji berapa yang kau boleh terima, kau perlu tanya semula berapa gaji minimum yang mereka boleh beri.

Kawtim untuk pengalaman yang kau bakal dapat, bukan upah yang kau inginkan sangat. Ingat, Tuhan beri apa yang kau perlu, bukan apa yang kau mahu.

8. Pakai kasut


Pastikan kau berkasut. Sama ada lelaki atau perempuan, kasut kau mesti bertutup seluruh kaki.

9. Bawa file


Tidak bawa beg (sama ada beg sandang atau beg sling, eh ke sama). Bawa file dan biarkan kau nampak ringkas dan tidak nampak kau kecoh-kecoh. Jangan kau usung resume kau je saja saja yer.. buh dalam file.

10. Bangun awal dan bertenang-tenang


Jika kau bangun lewat, biasanya mata kau akan menampakkan kau penat dan akan ganggu keseluruhan temuduga. Ingat, wajah kau adalah kad bisnes kau.

Walau kau tak sekacak abang, kau boleh tonjolkan wajah kau paling yakin. Oh ya, berwangi-wangi juga boleh membantu.

Selamat maju jaya adik-adik.

Siangnya mamat kilang, malamnya tukang masak.

Contoh Email Follow-up Selepas Hantarkan Resume/CV Kepada Majikan

0
Contoh Email Follow-up Selepas Hantarkan Resume/CV Kepada Majikan | Ramai dikalangan pemohon jawatan kosong tidak tahu cara yang betul untuk menghantarkan email follow-up selepas menghantarkan resume/cv atau selepas memohon jawatan kosong. Oleh kerana itu anda wajib baca post ini sehingga habis.

Contoh Email Follow-up Selepas Hantarkan Resume/CV Kepada Majikan

Email Follow-up selepas hantarkan Resume /CV


Dalam pemerhatian admin terlalu ramai yang memohon dan apabila permohonan mereka tidak mendapat sebarang respone mereka akan mula marah dan mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak baik oleh kerana itu hari ini kami ingin memberikan tips bagaimana cara yang betul untuk anda menghantarkan email follow-up yang betul selepas menghantarkan resume/cv anda. Tidak perlu meleret-leret just straight to the point okey..

Perkara yang wajib anda tahu sebelum menghantarkan Email Follow-Up


Emailkan kepada alamat email yang digunakan untuk menguruskan pengambilan jawatan yang dipohon. Alamat email anda pula perlulah mengikut nama anda sendiri jangan nama artis mahupun haiwan peliharaan anda yer.. :D. Selepas tempoh-tempoh yang tertentu dan sekurang-kurang selepas 2 minggu permohonan dibuat.

Contoh Template Follow Up seperti di bawah:

Subject line Email
(Software Developer) – Permohonan Nur Neelofa @ Permohonan Kerani Pentadbiran (Nur Kerry)

Email Body

Dear Mr. / Ms

I submitted a CV/Resume earlier this month for the Software developer advertised in the Jobstreet.com.my/ Mudah.my/Maukerja.my..

I am very interested in working at ABC Company and I believe my skills, especially my C and java experience at EFG company, would be an ideal match for this position.

If necessary, I would be glad to resend my resume or to provide any further information you might need regarding my candidacy. I can be reached at (123)456-7890 or abcdef@abcd.com. I look forward to hearing from you. Thank you for your consideration. Sincerely,

Signature
Neelofa


Dan ini satu lagi contoh email Follow up kepada majikan,
simple tapi sampai tujuannya - Klik Sini

Rumusannya kami berharap agar sedikit info ini boleh memberikan anda sedikit sebanyak idea untuk anda menulis email follow-up yang baik selepas ini. Dan suka kami ingatkan email follow-up lebih sesuai untuk digunakan bagi mereka yang memohon jawatan swasta.


Kenali lelaki Hebat Ini Yang Pernah Gagal untuk Bekerja di KFC &Tercorot di Sekolah

0
Kenali lelaki Hebat Ini Yang Pernah Gagal untuk Bekerja di KFC &Tercorot di Sekolah | Mari kita kenali susuk tubuh lelaki hebat ini yang mana satu ketika dahulu pernah melalui saat hidup yang sukar sejak dari kecil.  Lahir dalam keluarga miskin dan mempunyai rupa paras yang agak "ganjil" adalah yang terteruk dalam liku kehidupannya.



Oleh hal demikian, beliau telah menghadapi kesukaran seperti:


1. Keputusan ujian matematik yang corot semasa di sekolah rendah menyebabkan ada sekolah yang tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.

2. Pernah memohon kerja di KFC. Dari 24 calon yang hadir beliau satu-satunya yang gagal manakala 23 calon lagi ditawarkan bekerja dengan rangkaian restoran makanan segera ni. Beliau berkata:

”Kegagalan menjadi darah daging dalam perjalanan hidup saya,”

3. Pernah menghadiri 30 temuduga. Beliau gagal dalam kesemua temuduga itu dan tidak ditawarkan satu kerja pun.



Halangan yang dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya untuk maju.

Lahir di era komunis yang kaku membuat Jack terbiasa dengan kehidupan yang keras. Jack hidup normal sebagaimana anak-anak lain di Hangzhou, sekitar 250 kilometer di sebelah barat Shanghai. Hangzhou dikenal sebagai kota kebudayaan dengan kehadiran pelancong asing.

Sejak dari umur 12 hingga 20 tahun, beliau sanggup menunggang motor selama 40 minit untuk belajar bahasa Inggeris dengan cara bergaul dengan pelancong asing. Kesempatan bergaul dan belajar bahasa Inggeris selama 9 tahun dengan pelancong asing banyak mengubah pandangan beliau tentang hidup.

Malah beliau percaya beliau berfikiran lebih global berbanding penduduk lain di negaranya. Akhirnya beliau memulakan kerjaya pertama beliau sebagai guru Bahasa Inggeris. Sewaktu bekerja di US, beliau mendapati tiada satu pun informasi berkenaan negaranya di internet.

Penemuan ini membawa kepada usaha beliau untuk menubuhkan sebuah portal jualan di internet sebaik saja beliau kembali semula ke negara beliau.

Dan kini portal jualan kepunyaan beliau sedang giat berusaha untuk mengatasi portal jual beli online popular eBay yang berpusat di US.

Siapakah lelaki ini?


Beliau adalah Jack Ma, pengasas AliBaba.com dan dikhabarkan kini sebagai jutawan terkaya di China.

2 portal jualan beliau iaitu Taobao Marketplace dan Tmall.com, kini mendominasi sistem portal jualan internet di China.

Boleh dijadikan contoh untuk para usahawan diluar sana. jangan cepat patah semangat, usaha kena ada baru berjaya.

Mahu berkenalan lebih lanjut dengan lelaki ini?

Mari tonton video ini. Anda pasti kagum dengan variasi dan personaliti beliau, termasuk menyanyi di majlis perkahwinan pekerja beliau.


9 Alasan Anda Gagal Temuduga

0
9 Perkara Anda Gagal Temuduga | Ramai di kalangan calon temuduga yang tidak mengambil berat tentang punca kegagalan mereka tidak berjaya temuduga. Terdapat 9 perkara yang di pandang enteng semasa temuduga yang sepatutnya calon berjaga-jaga agar tidak gagal untuk perkara dinggap asas ini. Baca, fahamkan dan elakkan daripada melakukan kesalahan ini. Semoga berjaya

9 Perkara Alasan Anda Gagal temuduga

1. Tidak Bersedia Mental Dan Fizikal


Calon tidak bersedia dan mengambil jalan mudah untuk hadir temuduga biasanya tidak bersedia mengkaji latar belakang syarikat atau perjawatan yang dipohon. Selain daripada itu, mereka tidak bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya.

2. Datang Lewat Semasa Temuduga


Calon tidak peka dengan tarikh atau masa temuduga dijalankan kemungkinan akan terlewat. Sebagai calon yang baik, mereka perlu sampai setengah jam lebih awal bagi memudahkan sebarang urusan pendaftaran dan sebagainya.

3. Penampilan Diri


Cara anda berpakaian sangat penting dalam menampilkan ‘first impression’ kepada panel temuduga. Jika calon kelihatan kemas, segak dan anggun, maka keterbukaan panel untuk menemuduga juga akan menjadi lebih mudah. Sentiasa memberi senyuman yang paling memikat kepada panel temuduga.

4. Pasif Ketika Menjawab Soalan


Apabila disoal semasa temuduga dijalankan, seharusnya calon aktif dan sentiasa memberikan idea yang bernas kepada setiap persoalan, tidak memberi ruang yang banyak untuk panel penemuduga memikirkan soalan yang mahu disoal.

Sebaliknya anda perlu menjawab dengan penuh hemah berserta isi yang padat dan menepati kehendak panel. Beri jawapan yang tidak melencong dari soalan sebenar.

5. Penampilan Kelihatan LEMAU


Calon seharusnya hadir ke sesi temuduga dengan penuh bersemangat dan pastikan penampilan anda tidak lesu. Tunjukkan keceriaan dan kesungguhan di wajah anda.

Oleh itu digalakkan tidur awal sehari sebelum anda ditemuduga agar keesokkan harinya anda kelihatan segar-bugar.

6. Tidak Mengetahui Latar Belakang Syarikat


Pada kebiasaannya, soalan tentang latar belakang syarikat adalah merupakan soalan wajib kepada setiap calon, sepatutnya kesempatan ini di ambil oleh calon dengan membuat persediaan awal.

7. Kurang Pengetahuan Tentang Jawatan Yang Dipohon


Antara perkara yang menjadi intipati kepada sesi temuduga adalah pengetahuan calon tentang jawatan yang bakal disandang. Pihak syarikat lebih cenderung mengambil kakitangan yang tahu tentang tanggungjawab di dalam bidang tugasnya.

8. ‘Zero‘ Isu Semasa


Soalan cepu emas yang biasa ditanya oleh panel penemuduga yang kadangkala di luar jangkaan kita adalah berkaitan dengan isu semasa yang mungkin berlaku semalam, pagi tadi atau di dalam bulan berkenaan.

Contoh, sekiranya musim tersebut adalah musim bola, oleh itu calon perlu mempersiapkan diri dengan info terkini berkaitan musim bola.

9. Menjawab Soalan Dengan ‘POYO’


Calon kelihatan yakin ketika menjawab tetapi jawapannya lebih kepada memberi pengiktirafan diri tanpa ada bukti dan kelihatan berlebihan dari karektor sebenar calon.

Jawapan yang diberikan seharusnya lebih tepat dan sekiranya anda tidak mengetahui jawapan tersebut , pastikan calon tidak menipu


5 Kesalahan Menjengkelkan Selepas Wanita Ini Review Lebih 40,000 Resume

0
5 Kesalahan Menjengkelkan Selepas Wanita Ini Review Lebih 40,000 Resume | Wanita ini telah melihat lebih 40,000 resume selepas menubuhkan syarikatnya yang melibatkan bisnes resume sejak 2010. Sebelum itu, Tina Nicolai bekerja sebagai recruiter untuk Walt Disney World sejak lewat 1990an.

Pada waktu itu dia perasan kebanyakan pencari pekerjaan menghantar resume yang menjengkelkannya. Jadi, dia menubuhkan syarikat Resume Writers’ Ink untuk membantu pencari kerja untuk memasarkan diri atau pencapaian pada bakal majikan mereka.

5 Kesalahan Menjengkelkan Selepas Wanita Ini Review Lebih 40,000 Resume

1. Ringkasan yang terlalu panjang.


Ringkasan pada resume jadi menjengkelkan apabila ia terlalu panjang dan terlalu banyak adjektif. Jadi, sebaiknya ringkasan ditulis dalam bentuk poin dengan jelas menyatakan pencapaian berkaitan.


2. Permulaan poin dengan “Bertanggungjawab untuk”.


Penggunaan ayat “bertanggungjawab untuk” hanya menerangkan job requirements, bukan menerangkan apa yang boleh dilakukan oleh calon tersebut dalam melakukan fungsi yang dinyatakan.

Sebaiknya, ambil masa untuk menulis dengan keterangan yang jelas apa yang telah dilakukan dan dicapai, bukan tulis tentang apa yang diharapkan untuk calon capai atau lakukan.

3. Kecuaian akibat kurang beri perhatian.


Typo dalam resume ialah antara kecuaian yang boleh menyebabkan bakal majikan menolak resume tersebut. Ia menunjukkan calon itu seorang yang pemalas, tidak fokus dan tidak serius sehingga kecuaian sebegini berlaku.

Selain itu, pemilihan muka huruf yang tidak profesional turut diperhatikan oleh bakal majikan. Pernyataan maklumat yang ketinggalan zaman dan tidak relevan juga boleh menyebabkan recruiter berasa jengkel dengan resume tersebut.

4. Perkataan gempak dalam resume.


Jargon resume seperti “out-of-the-box”, “pemain pasukan,” dan “komunikator yang luar biasa” adalah “dasar asas yang dijangkakan dalam pasaran hari ini,” kata Nicolai.

“Seseorang yang benar-benar adalah ‘penyelesai masalah unik yang berfungsi dengan baik dalam pasukan’ akan menyampaikan perkara ini secara ringkas dan kreatif pada resume mereka melalui gabungan beberapa perkataan dan gambaran.”

5. Terlalu formal.


Jika anda rasa beraksi formal itu bagus untuk dapat peluang pekerjaan, mungkin anda perlu fikirkannya semula. Ini kerana resume yang terlalu formal menjengkelkan pembaca apabila ia tidak menarik dan tidak boleh merasai vibes personaliti calon/pemohon kerja.

Jadikan kelima-lima perkara ini sebagai satu panduan buat anda yang sedang mencari kerja. Moga ini membantu meningkatkan peluang anda mendapat pekerjaan yang dimohon kelak.


10 Tips Survival Mencari Kerja

0
10 Tips Survival Mencari Kerja | Umum tahu keadaan ekonomi sekarang kebanyakkan syarikat banyak yang tutup dan yang masih bertahan sekalipun sudah tentulah mereka akan menolak atau sedaya upaya mengerah tenaga kerja yang sedia ada. Untuk mengambil pekerja baru, amatlah tipis. So, kalau yang memang ada syarikat hendak membuat pengambilan pekerja baru, sudah pasti persaingan amat tinggi. Admin kongsikan beberapa tips atau cara bagi adik-adik mencari pekerjaan dikala zaman yang sukar ni.. Hasil pengkongsian daripada Cik Manager.

10 Tips Survival Mencari Kerja

Assalammualaikum.

Hai semua. Ada tak adik-adik yang pernah rasa, berkali-kali cari kerja, berkali-kali pergi interview, berkali-kali turun naik company, dan berkali-kali jugak submit resume merata, tetapi tetap jugak tak dapat kerja? Mesti ada yang pernah rasa macam tu. Ya, betul, rezeki tu Allah yang tentukan. Cepat atau lambat, sedikit atau banyak, semuanya perancangan Allah. Tetapi, apa kata kita semak balik usaha kita. Tips di bawah ni untuk adik-adik yang ada masalah ni, sesiapa dalam peralihan kerja atau untuk adik-adik yang baru je grad dan dah ready untuk cari kerja. Tips ni agak detail sedikit ya.

1. Survey Market


Pertama sekali, mulakan dengan teknik survey market. Tak mudah pun cara ni tapi memang berkesan. Survey market ni tujuannya untuk kita semak, berapa tangga gaji yang bersesuaian, apa contoh job description kita, apa flexibility kerja dan apa demand yang ada. Dan yang paling penting, nak mengelakkan kita untuk sebarang masalah akan datang. Contohnya, kalau kita fresh graduate, kita mintak gaji RM2K sedangkan dalam market, mengikut pekerjaan yang kita apply, sudah mampu cecah RM3K. Kan dah rugi tu. Dari segi demand, kita boleh tahu apa job yang mempunyai permintaan yang tinggi. Tak susah, login saja ke dalam jobstreet , maukerja atau apa-apa saja portal cari kerja, kita dah boleh buat survey tentang banyak perkara.

2. Buka Minda, Luaskan Skop Pekerjaan.


Haa.. kebanyakan kita-kita ni sangkut bab ni. Cuba fahami, belajar satu bidang, bukan bermakna kita boleh bekerja satu bidang sahaja. Contohnya, belajar Mass Com, boleh jadi pengacara, wartawan, penyampai radio dan macam-macam lagi. Belajar Business, boleh jadi business development exec, public relation, marketing exec dan macam-macam lagi. Semak skop study awak, dan lihat berapa banyak peluang yang boleh awak ceburi dengan hanya 1 ijazah/diploma.


3. Update Resume & Portfolio.


Jangan malas untuk update dan pastikan resume dan portfolio tu seiring dengan pengalaman kita. Jika apply bahagian design, jangan la hantar resume yang bosan, pastikan resume kreatif. Untuk designer, buktikan kebolehan kita untuk mencapai tahap kreativiti yang dimahukan contohnya menggunakan portfolio online. Jangan la pulak update portfolio dalam instagram lah, facebook lah. Sebaiknya guna lah link seperti behance, wix atau linked in. Baru la nampak professional. Jika pengalaman dalam resume bernilai 5 tahun, pastikan portfolio atau artwork yang ada setanding dengan 5 tahun tu. Kalau tak, ambillah sedikit masa untuk update dan kemas kini mengikut kesesuaian. Pastikan resume ringkas, padat dan mudah untuk dibaca. Resume yang too fancy atau too detail pun tak best jugak. Tak perlulah bagitau kerja-kerja tak berkaitan contohnya nak apply kerja admin tapi pernah bekerja sambilan sebagai pengasuh bayi jiran.

4. Sebarkan Resume Sewajarnya.


Jangan takut untuk menghantar resume kepada banyak company mahupun company-company besar. Mana tau disebalik company tu, terselit salah satu peluang kita.

5. Nilai Tambah Diri.


Tips ni berbalik kepada tips no 1 iaitu survey market. Check demand yang ada dalam market, jangan takut untuk mencuba, dan belajar sesuatu yang baru. Nilai tambah diri ni contohnya pergi seminar, training atau kursus-kursus yang boleh bagi kita extra skill. Memandangkan kita di zaman teknologi yang serba pantas, deman dalam bidang digital sangatlah tinggi. Tak salah kalau kita amik kelas untuk belajar cara penggunaan komputer seperti web design, adobe skills, ataupun microsoft excel in advance learning. Ataupun paling best, ambil kelas third languange seperti mandarin, french, arab, japanese atau banyak lagi. Mana tau, extra skill ini lah sebenarnya lubuk emas dalam peluang kita.

6. Praktis Skill Interview.


Jangan gugup. Lancarkan percakapan. Confident tetapi jangan terlalu confident. Tak salah kalau goreng sikit-sikit semasa sesi temuduga. Tapi jangan lah banyak sangat ya. Nanti sendiri terkantoi. Tujuannya adalah untuk memberi kepercayaan kepada majikan bahawa kita mampu buat. Bila dah masuk kerja nanti, ambil masa extra untuk belajar sesuatu yang baru, dan buktikan kepada majikan, apa yang kita ‘goreng’ masa interview tu bukanlah sekadar penipuan lagi, tetapi memang kepakaran kita. Memang dalam setiap pekerjaan, akan ada suatu yang baru untuk kita pelajari. Sedangkan cikgu pun belajar lagi.

7. Semak Kemampuan/Flexibiliti Diri.


Ini penting untuk mengelakkan ketidakpuas hatian bila dah bekerja nanti. Buat survey tentang company, environment bekerja dan management sistem company itu. Ada orang tidak suka bekerja shift. Jadi semak awal-awal supaya bila dah kerja nanti, tak ada la menyesal. Ada orang tak suka balik kerja lambat, ada orang tak mampu travel sebab tak ada kenderaan, ada orang tak suka environment kerja yang banyak politik, dan ada orang tak suka company yang terlalu banyak birokrasi. Semak betul-betul supaya tak terjadinya kes lompat-lompat kerja ni.

8. Demand, Benefit & Negotiation.


Ketahui demand kita. Jika mempunyai pengalaman yang banyak, ketahui berapa tangga gaji yang boleh kita minta. Ini bukan apa, untuk survival akan datang jugak. Ketahui jugak apa benefit bersesuaian. Jika skop kerja banyak membabitkan travel ke sana sini, pastikan medical dan travel insurance disediakan. Jika menggunakan kenderaan kita, pastikan travel allowance yang berbaloi. Part negotiation pulak, adalah part di mana kita boleh bertolak ansur dengan company. Ada company yang bagi gaji rendah, tetapi benefit yang tinggi seperti, group insurance, allowance, OT, claim, flexibiliti masa kerja dan sebagainya. Ye lah, mana ada company yang perfect 100%. Jadi kita kena lah pandai bertolak ansur. Terlalu demand pun adalah antara punca-punca pengangguran. Dan terlalu ikutkan company jugak adalah punca-punca stress dan depression dalam pekerjaan.

9. Hias Diri & Personaliti.


Masa datang interview, pastikan pakaian yang bersesuaian dengan skop kerja. Ada juga company yang tidak mementingkan pakaian formal, tetapi kemas dan sesuai. Contohnya jika apply sebagai fashion designer, haruslah trendy dan fashionable kan. Tak semestinya kena pakai blazer dan kot saja. Yang penting, tak menjolok mata, dan tidak mendatangkan sensitiviti kepada sesiapa. Hiaslah jugak personaliti. Senyum, jangan sombong, jaga intonasi, jangan terlalu menunjuk dan jangan pula terlalu pasif. Pucuk pangkal, persembahan diri kita adalah first impression kita kat orang.

10. Doa & Tawakkal.


Setelah usaha macam-macam. Jangan lupa yang paling penting sekali, doa dan tawakkal berserah diri kepada Allah. Percaya yang rezeki itu jaminan Allah. jangan cepat putus asa jika tak dapat sesuatu pekerjaan, percaya yang Allah dah aturkan yang lebih baik buat kita. Mungkin kerja tu kita nak sangat, tapi Allah tak bagi sebab buat kita stress. Mungkin kerja tu kita idamkan, tetapi Allah belum nak bagi, sebab ada orang yang lebih memerlukan.

Dan, yang penting, elakkan penggunaan ‘orang dalam’ atau ‘cable’. Bukan tak boleh, tetapi ibarat kita menutup peluang orang lain yang lebih layak. Percayalah, jika rezeki itu ada, tetap ada.

Assalammualaikum dan selamat maju jaya.