Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Jumlah Cuti Tahunan / Annual Leave Serta Huraiannya

2 comments
Jumlah Cuti Tahunan atau Annual Leave Serta Huraiannya | Artikel kali ini kita akan membincangkan soal cuti tahunan atau annual leave. Berapakah jumlahnya? Bilakah terpakai? Macam mana nak mohon? Sabar… kita kupas dulu menurut 3 undang-undang buruh yang terpakai di Malaysia. Kalau tahu seksyen² mana, anda senang nak terangkan kat majikan jika majikan tidak memberikan jumlah cuti atau cara kiraan cuti dengan betul. Dan jika ada majikan yang baca artikel ini, anda perlu tahu kelayakan cuti ini kerana ianya wajib diberikan kepada pekerja anda.

Di bawah undang-undang buruh di Malaysia, cuti tahunan layak dinikmati oleh semua pekerja jika sudah cukup 12 bulan perkhidmatan dengan majikan. Berbeza dengan cuti sakit yang mana tidak memerlukan pekerja mencukupkan 12 bulan perkhidmatan bekerja untuk melayakkan mendapat faedah cuti tersebut. Berlainan dengan cuti sakit, faedah cuti sakit terus layak diperolehi oleh seseorang pekerja yang memasukki sesuatu kontrak dengan majikannya dan mendapat mc daripada pegawai perubatan berdaftar.

Jumlah Cuti Tahunan atau Annua Leave Serta Huraiannya

Jumlah Cuti Tahunan

Undang-undang membenarkan majikan memberi apa-apa jumlah cuti tahunan kepada pekerjanya asalkan tidak kurang daripada jumlah cuti yang digazetkan di dalam undang-undang itu.

Di dalam Akta Kerja 1955, Seksyen 60E, Ordinan Buruh Sabah Bab.67, Seksyen 104D dan Ordinan Buruh Sarawak Bab.76, Seksyen 105D, menetapkan jumlah cuti tahunan yang layak diperoleh oleh pekerja seperti berikut:

8 hari, jika telah bekerja selama kurang dari 2 tahun.
12 hari, jika telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun.
16 hari, jika telah bekerja selama 5 tahun atau lebih

Jelas dengan jumlahnya?

Tetapi jika anda memasukki sesuatu kontrak perkhidmatan mendapati tiada terma dalam kontrak yang dipersetujui yang menyatakan kelayakkan cuti tahunan pekerja, maka ia perlu mengikut peruntukkan di bawah seksyen yang dinyatakan di atas, jika ada majikan yang memberikan jumlah cuti tahunan kurang daripada jumlah di atas, anda berhak menyuarakan kebenarannya, dan jika jumlah yang diberikan lebih, jangan lupa bersyukur dan ucaplah terima kasih bos. Haha..


Contoh:

Sebagai contoh untuk lebih faham:

Akim mula bekerja di Syarikat Y pada 1 Mac 2012. Pada 6 Ogos 2012, beliau memohon untuk cuti tahunan selama 1 hari. (pelbagai alasan la..)

Adakah dia layak mendapat cuti tahunan?

Berdasarkan contoh di atas, Akim TIDAK LAYAK mendapat cuti tahunan berbayar kerana belum lagi mencukupkan 12 bulan perkhidmatan (bekerja) iaitu selepas 28 @ 29 Februari 2013 baru beliau layak kepada cuti tahunan berbayar selama 8 hari.


Tempoh Mengambil Cuti Tahunan

Majikan hendaklah memberikan cuti tahunan, MANAKALA, pekerja hendaklah mengambil cuti tahunan ini tidak lewat dari 12 bulan selepas setiap 12 bulan berterusan perkhidmatan.

Mula Kerja (1/1/2010) --- Layak Cuti (1/1/2011) --- Tempoh Ambil Cuti (hingga 31/21/2011).

Jika pekerja GAGAL mengambil cuti dalam tempoh tersebut, maka pekerja akan hilang kelayakkan. BURN!!

Namun, pekerja layak mendapat BAYARAN sebagai ganti (in lieu) kepada cuti tahunan jika atas permintaan majikan dia bersetuju secara bertulis tidak mengambil cuti tahunan itu atau semasa beliau ingin memohon cuti tahunan tersebut, majikan tidak meluluskan cuti itu


Cuti Sakit Jatuh Pada Cuti Tahunan

Jika pekerja telah memohon dan mendapat kelulusan cuti tahunan dan tiba-tiba dia sakit dan mendapat cuti sakit atau cuti bersalin (meternity leave), maka cuti tahunan akan dianggap sebagai tidak diambil oleh pekerja.


Hak Pekerja Dan Hak Majikan

Adakah pekerja boleh mengambil cuti tahunan bila-bila masa dan seberapa lama yang perlu? Bolehkah majikan menolak permohonan cuti tahunan?

BOLEH. Majikan boleh menolak permohonan cuti tahunan itu.

“An employee’s entitlement to annual leave cannot be claimed as of right. He must obtain permission from his employer in order to abstain him from going to work. Failure to obtain such consent would render him as being absent without leave. This is a fundamental breach of contract“. – Industrial Court Award (474/97)
“It is a misconception to suggest that an employee can go away whenever he submits his leave application without regard to the employer’s convenience. The right of an employee to go on leave must be balanced equitably with the exigencies of the employer;s business….” – Industrial Court Award (587/1998)

Bolehkah Majikan Memaksa Pekerja Mengambil Cuti Tahunan?

TIDAK BOLEH. Majikan tidak boleh meminta pekerja mengambil cuti tahunan kecuali atas kemahuannya sendiri. Rujuk Industrial Court Award (76/1982)


Siapa Hilang Kelayakan Terhadap Cuti Tahunan?

Jika pekerja:

(i) tidak hadir daripada kerja

(ii) tanpa kebenaran majikan, dan

(iii) tanpa alasan munasabah diberikan

(iv) lebih daripada 10% hari kerja sepanjang 12 bulan perkhidmatan berterusan berkaitan dengan mana haknya untuk mendapat cuti tersebut terakru, ia TIDAK BERHAK mendapat cuti itu.


Bagaimana Jika Penamatan Berlaku Sebelum 12 Bulan Perkhidmatan?

Jika tidak cukup 12 bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama semasa kontrak tamat, maka hak pekerja mendapat cuti berbayar adalah mengikut nisbah langsung dengan bilangan bulan perkhidmatan. (pro-rata). Oleh itu, majikan WAJIB MEMBAYAR jumlah cuti tersebut.

Sebagai contoh, pekerja ini telah bekerja selama 6 bulan sebelum ada pemberhentian berlaku (samada pekerja berhenti atau diberhentikan), maka pekerja layak mendapat bayaran cuti tahunan

8 hari kelayakan tahun semasa / jumlah bulan (6 bulan) = 4 hari yang layak untuk mendapat cuti tersebut. 

Cara bayaran : RM1200 (basic) / 26 x 4 hari cuti tahunan = RM184.62


Kesimpulan

Apa yang admin rungkaikan di atas ialah 100% mengikut kepada akta-akta yang ada. Jika majikan anda bagi cuti tahunan (boleh apply) sebelum cukup 12 bulan perkhidmatan dan jumlah cuti yang boleh diambil juga tidak perlu di pro-rata maka itu adalah lebih baik dengan undang-undang yang ada, more favourable...jangan lupa bersyukur..hehe.. 


Jika anda menyukai artikel ini, silalah berkongsi di akaun laman sosial anda melalui button share yang disediakan di bawah. Jika anda ada persoalan, jangan biarkan ianya berada di minda, taip sahaja soalan anda di ruangan komen di bawah, admin akan menjawabnya. Selamat maju jaya, jumpa lagi next artikel..

Admin resumecontoh
Monday - 26/09/2022
8:30pm 

Related Posts

2 comments

  1. Assalamualaikum sya ingin bertanya... Berkenaan cuti tahunan..


    Begini..
    Saya sudah genap setahun bekerja dan hari ini 1tahun 5hari bekerja

    cuti tahunan di beri selama 8 hari...
    tapi, majikan saya arahkan bekerja selama 3 bulan lagi untuk mendapatkan 2 hari cuti tahunan adalah kiraan ini betul atau silap minta penjelasan tuan,puan 🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..mungkim company tuan mengamalkan pemberian cuti tahuan secara prorate.. tidak salah tindakan majikan tersebut

      Delete

Post a Comment