Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

(Pindaan Akta) Pengetahuan Tentang Cuti Sakit Berbayar / Sick Leave & Cuti Hospitalisasi

51 comments
Pengetahuan Tentang Cuti Sakit Berbayar / Sick Leave | Ini adalah artikel sebelum ini yang admin tulis. Oleh kerana ada pindaan akta kerja 1955 berkenaan dengan cuti sakit dan hospitalisasi ini, maka admin bertanggungjawab untuk membuat pindaan semula kepada penulisan ini ya. Pindaan admin akan ulas pada akhir posting ini.

Ramai diantara kita masih lagi keliru atau masih tidak tahu berapa jumlah sebenar cuti sakit bila bekerja dengan majikan di sektor swasta. Oleh kerana cuti sakit atau sick leave ini tidak terlibat dengan pindaan akta kerja 1955 yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023 nanti, maka sekarang admin akan kupas sedikit isu atau tajuk cuti sakit ini. Maaf lama tidak menulis, selepas ini insyaALLAH akan buat banyak lagi artikel pasal undang-undang pekerjaan di Malaysia

Pengetahuan Cuti Sakit Berbayar  Sick Leave

Pengenalan

Cuti sakit yang berbayar atau tidak ditolak gaji juga layak dinikmati setelah pekerja itu mendapat MC atau Sijil Sakit daripada Pengamal Perubatan* yang berdaftar selain daripada hari rehat, cuti hari kelepasan am dan cuti tahunan. Menurut Seksyen 60F Akta Kerja 1955, Seksyen 104E Ordinan Buruh Sabah Bab.67 dan Seksyen 105E Ordinan Buruh Sarawak Bab.76, seseorang pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar apabila memenuhi syarat-syarat di bawah:-

(a) pemeriksaan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar yang dilantik sempurna oleh majikan; atau
(b) jika tiada pengamal perubatan sedemikian atau dalam keadaan tertentu ia tidak didapati pada masa dan jarak yang munasabah, maka boleh diperiksa oleh pengamal perubatan lain ; atau
[Seksyen 60F (1A)] pemeriksaan oleh doktor gigi sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pergigian 1971;

Rumusan untuk (a) di atas ialah klinik panel yang dilantik majikan. Biasanya majikan akan memilih beberapa klinik panel yang akan menjadi tempat pekerjanya mendapatkan rawatan. Kebiasaanya lokasi klinik ini berdekatan dengan tempat pekerjaan. Oleh itu, untuk (b) itu, jika pekerja itu berada di tempat yang jauh, memerlukan dia untuk mendapatkan rawatan dekat klinik lain, juga boleh diterima kerana jarak yang jauh. Majikan perlu memikirkan keadaan munasabah untuk pekerja-pekerja ketika menerima atau menolak mc daripada pekerja.


Berapakah Jumlah Cuti Sakit Ini?

Menurut Seksyen 60F (1) (aa) Akta Kerja 1955, Seksyen 104E (1) (aa) Ordinan Buruh Sabah Bab.67 dan Seksyen 105E (1) (aa) Ordinan Buruh Sarawak Bab.76:

(i) 14 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja kurang dari dua tahun;

(ii) 18 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja untuk dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun;

(ii) 22 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja untuk lima tahun atau lebih;


Cuti Hospitalisasi

Jika terdapat hospitalisasi (pekerja dimasukkan ke dalam hospital bagi menerima rawatan), maka jumlah cuti sakit hendaklah 60 hari kesemuanya pada satu tahun kalendar.

Dengan syarat jumlah bilangan cuti sakit berbayar dalam satu tahun kalendar dimana seseorang pekerja berhak di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi 60 hari keseluruhannya.


Bilakah Pekerja Layak Dapat?

Pekerja layak mendapat cuti sakit ini serta merta ketika dia memasukki suatu kontrak perkhidmatan atau bahasa mudah, masuk kerja terus layak jika esoknya mendapat sijil cuti sakit daripada Perubatan Berdaftar. Ianya berbeza dengan Cuti Tahunan yang memerlukan pekerja itu genap 1 tahun perkhidmatan untuk melayakkanya mendapat cuti itu.


Siapakah Yang Tidak Layak Mendapat Cuti Sakit Berbayar?

Di bawah Seksyen 60F (2) (a), (b) Akta Kerja 1955, Seksyen 104E (3) (a) (b) Ordinan Buruh Sabah Bab.67 dan Seksyen 105E (3) (a) (b) Ordinan Buruh Sarawak Bab.76, :

Jika pekerja itu tidak mendapat atau tidak disahkan sakit oleh pengamal perubatan berdaftar yang pekerja ini betul-betul layak mendapat cuti sakit sebagaimana di subseksyen di atas, (Cth: disahkan oleh bomoh, pawang, tabib dll yang pekerja ini sakit, so tidak boleh)

Pekerja yang disahkan sakit oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan** atau doktor pergigian, tetapi tidak melaporkan atau memberitahu kepada majikannya dalam masa 48 jam daripada cuti sakit itu bermula. (Jika gagal memberitahu majikan pun dianggap tidak layak dan cuti itu bukan dianggap cuti sakit tetapi cuti tahunan atau cuti tanpa gaji)


Pindaan Akta Kerja : Cuti Sakit (Seksyen 60F)

Apa yang kita tahu atau yang baru mengetahui, pindaan akta kerja telah dilakukan terhadap pengasingan cuti sakit biasa yang mana 14, 18 dan 22 hari tersebut dengan cuti sakit hospitalisasi 60 hari. Maka, jelas di dalam akta, cuti ini adalah berasingan. Sebelum ini, praktisnya sudah begitu, tetapi tiada dinyatakan di dalam akta, Maka dengan pindaan ini, akan jelaslah untuk majikan menggunakannya tanpa was-was. 

Soalan:

Mengapakan kelayakan cuti sakit dan cuti sakit hospitalisasi diasingkan melalui pindaan akta ini?

Kelayakan cuti sakit dan cuti sakit hospitalisasi diasingkan bagi membolehkan pekerja mendapatkan tempoh rawatan dan pemulihan yang mencukupi. Dengan pengasingan cuti sakit yang dibuat melalui pindaan ini, pekerja akan mendapat cuti sakit berbayar yang lebih tinggi daripada 60 hari setahun kepada 74 hingga 82 hari setahun (bergantung kepada tempoh perkhidmatan).


Berapakah jumlah kelayakan baharu bagi cuti sakit dan cuti sakit hospitalisasi berkuat kuasa 1 Januari 2023 ?

Berkuat kuasa 1 Januari 2023, jumlah kelayakan baharu bagi cuti sakit dan cuti sakit hospitalisasi seperti berikut :



Tafsiran:

* “pengamal perubatan” – ertinya pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971

** “pegawai perubatan” – ertinya pengamal perubatan berdaftar yang diambil bekerja dalam bidang-tugas perubatan oleh Kerajaan Persekutuan atau oleh Kerajaan Negeri.


Jika ada soalan tentang cuti sakit berbayar ini, bolehlah kemukakan di ruangan komen di bawah, admin akan respon sepantas kilat, hehe.. Macam biasa, jika anda menyukai artikel ini, anda bolehlah share melalui button share yang ada di bawah. Terima kasih.

Admin resumecontoh
Friday - 23/09/2022
3:55pm

Pindaan Penulisan:
Admin resumecontoh
Saturday - 14/01/2023
1:49 pm
Newest Older

Related Posts

51 comments

  1. Salam tuan , saya nak tanya .. jika staff saya baru masuk 27.9.22 dan ketika bulan 10 telah mengambil MC selama 4 hari .. untuk bulan november dia ambil lagi MC 1 hari lagi .. berapa lagi tinggal MC berbayar dia sampai akhir tahun nie ?? Saya nak tahu kiraan 14 hari MC berbayar itu start dari tarikh die masuk kerja atau start awak tahun ?? Dan saya juga nak tahu , untuk 14 hari Mc berbayar itu , adakah kita sebagai majikan boleh limit berapa hari untuk sebulan staff ambik MC … sebab kita tak tahu staff itu kekal atau tak kerja dengan kita .. boleh tuan jelaskan .. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, pekerja akan layak 14 hari walaupun bila bermula pekerjaannya dengan majikan. 14 tu juga tidak boleh dilimitkan atau prorata setiap bulan.

      Delete
  2. salam tuan, boleh ke kalau majikan taknak terima MC dari klinik swasta? kalau sapa sapa bagi MC swasta, dia akan suruh isi borang cuti dan ganti dengan AL/NPL. MC swasta tu cuma bukti sakit je dia kata dan dia akan bayar MC dari klinik atau hospital government je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh tak terima, doktor perubatan klinik tu pun dikira pegawai perubatan berdaftar. Kecuali lah masa awak masuk kerja mmg tak ada dalam perjanjian kata mc kerajaan sahaja. So kena akur lah..

      Delete
    2. Salam Encik, nak tanya 2 soalan.. (1) macam mana kalau majikan tak terima MC dari klinik swasta dan bukan dari klinik panel ? Dia kata company hanya terima MC dari klinik yang dilantik sahaja. (2) kita dah ambil MC di klinik panel, tapi duit ubat kita kena bayar sendiri..company tak bagi claim sedangkan setiap pekerja ada peruntukan medical claim masing2 untuk setahun.. boleh tolong jawab admin..terima kasih

      Delete
    3. Wssalam
      1) kalau majikan ada klinik panel, perlu ke klinik panel tuan. Jika klinik panel itu tidak memyebabkan kesusahan untuk pergi contoh jauh atau ramai orang, maka majikan perlu pertimbangkan klinik lain boleh diterima pakai.
      2) kalau dah memang ada dijanjikan peruntukan ini, maka majikan perlu bayar la.. kecuali dalam kdaan tidak layak. So kena rujuk pada majikan kenapa tidak layak. apa justifikasi penolakan tsbt

      Delete
  3. Assalamualaikum tuan , pada 10/11/22 saya mengalami kemalangan di tempat kerja dan disahkan mengalami kecederaan pada kaki mendapatkan MC 14 hari kemudian 14 hari lagi pada tarikh temujanji hospital(kerajaan).kemudian temujanji hospital yang ketiga hospital telah mengeluarkan MC 30 hari tetapi pada 27/12/22 saya telah menerima notis dari majikan bahawa cuti saya bermula jan 2023 tidak akan dibayar apabila saya menghubungi majikan bahagian HR mereka memaklumakn MC saya tiada cop hospitalisasi . Saya kurang faham tentang ini . Bolehkah tuan terangkan dan adakah tindakan majikan salah ?

    ReplyDelete
  4. Waalaikummussalam.. Hospital atau doktor merawat memang akan jarang sangat akan mengesahkan perihal hospitalisasi ini. Tetapi, pihak majikan perlulah pandai mengandaikan atau menganggap adakah sakit pekerja itu dikategorikan sebagai mc biasa atau hospitalisasi. Kalau call JTK, mereka akan cakap boleh menganggap ini adalah cuti hospitalisasi.

    ReplyDelete
  5. saya ada seorang staff baru je mula bertugas 2 hari , hari ke dua dia di timpa kemalangan dan patah tangan adakah dia layak terima cuti hospitalisasi

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan, saya nk tanya. Saya berkhidmat kurang dr 2 tahun dgn majikan, pada 9/1/2023 saya kemalangan jalan raya semasa hendak ke site daripada ofis. sy telah dimasukkn ke hospital selama 4 kemudian mendapat mc selama 49 hari kerana cedera patah bahu. Adakah majikan perlu membayar gaji sy selama tempoh mc. Dan dalam masa sama adakah saya masih boleh claim socso atas kecederaan saya? Mohon pencerahan tuan.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika pertanyaan berkaitan bayaran, pekerja layak menikmati 1 bayaran sahaja dalam satu2 masa iaitu samaada bayaran daripada majikan @ perkeso. maknanya jika dalam tempoh tsbt dah dibyar oleh perkeso, majikan tak perlu bayar lagi.

      Delete
    2. Tuan, kalau tuntutan soscso belum dibuat, byrn perlu dibuat oleh majikan ke?

      Delete
  7. Pekerja telah mengambil MC, tetapi dalam tempoh MC tersebut pekerja diminta untuk bekerja WFH disebabkan ada kerja perlu diselesaikan. Apa kesan kpd bilangan MC dan jumlah gaji pekerja utk kes seperti ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah jelas diminta kerja WFH, majikan perlu bayar gaji seperti biasa tanpa potong mc. kalau jelas dikatakan WFH, tapi jika majikan minta tolong nak sesuatu benda sbb urgent, itu consider benda urgent la, tapi jika jelas kata diminta utk WFH, salah majikan potong mc dan tak bayar gaji pada hari tersebut.

      Delete
  8. Salam tuan. Boleh jelaskan utk cuti hospitalization selama 60 hari, bagaimanakah kiraannya? Adakah dikira sekali dgn hari off day, rest day & public holiday? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiraanya 60 hari tidak termasuk cuti sakit biasa yang lain tu yang 14,18 dab 22 tu. Cuti hospitalisasi sama macam cuti sakit, jika jatuh pada PH, maka majikan kena ganti hari lain sebagai cuti PH tsbt. Jika cuti offday/restday, majikan hanya perlu membayar cuti hospitalisasi ini untuk hari bekerja sahaja dan tidak boleh tolak utk kedua2 hari tsbt

      Delete
  9. Saya nak tanya suami saya masuk ward 4 hari dan dr bagy MC selama 10 hari.. suami kerja bru setahun lebih.. majikan perlu byar atau tak.. sebb bos suami tak nak bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majikan kena bayar la utk cuti sakit biasa 10 hari, dan hospitalisasi 4 hari.

      Delete
  10. Salam tuan , kawan saya mendapat 3 hari mc (iaitu berlainan mc) untuk sebulan dan ketiganya daripada klinik kerajaan . cuma majikan memberitahu hanya satu mc shaja dikira daripada 3 mc tersebut. sebulan ditetapkan hanya 1.2 mc sahaja dibenarkan itupun baru diberitahu . bolehka begitu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. mana boleh, kalau pekerja dapat mc, majikan kena terima dan bayar selagi mana pekerja tersebut masih lagi ada baki cuti sakitnya. Cuti sakit tak boleh prorata, kalau dapat 14 hari mc pada bulan januari, memang akan dapat 14 hari. Yang ini perlu bercakap baik2 dengan majikan, jika tidak boleh buat aduan ke JTK

      Delete
  11. saya kemalangan semasa berada ditempt kerja dan semasa melakukan kerja saya dimasukkkan ke ward untuk rawatan operation di jari tgn saya selama 3 hari bermula 1.11.2022,, dan diberi mc selama 30 hari,,dan pada 10.01.2023 saya jmpa doctor diberi lgi mc 30 hari kerana cedera masih belum pulih,,adakah mc saya dikira hospitalities atau mc sakit biasa,,kerana majikan hanya bayar 14hari dari tarikh mc sahaja,,selebihnya dikira unpaidleave kerana majikan beritahu saya masih boleh berjalan bukan terlantar

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu nak kategorikan adakah sakit itu adalah sakit mc biasa atau hospitalisasi adalah atas doktor kalau ikut dalam akta kerja. Tapi majikan sebenarnya boleh tengok sakit seseorang pekerja adalah mc biasa atau bukan. kalau refer pada pegawai jtk, kita boleh menganggap itu adalah sakit biasa atau hospitalisasi.

      isu encik ni patutnya 3 hari perlulah tolak dari cuti hospitalisasi, 14 cuti sakit biasa..itu kalau majikan nak berkira sangat la kan.. cuma bagi saya, minta comfirmation dari doktor mc dibagi itu consider sakit biasa atau hospitalisasi

      Delete
  12. tuan, kalau pekerja kemalangan bertujuan untuk keluar makan bersama rakan, adakah majikan masih perlu beri bayaran 60 hari hospitalisasi tersebut?

    ReplyDelete
  13. Assalam tuan, untuk permohonan MC, perlu ke minta keizinan supervisor?ada dalam akta ke.. mesti dapatkn izin majikan dahulu? Atau hanya maklumkan kepada majikan yang saya perlu mc sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. MC atau cuti sakit ni mana ada perlu keizinan siapa².. kalau betul sakit dan doktor sahkan pekerja itu cukup sakit hingga dikeluarkan MC kepadanya, maka pekerja just maklum sahaja pada majikan mengatakan beliau mendapat MC dari majikan sebab² penyakit apa dan layak dibayar mc itu jika masih dalam kelayakan.

      Delete
  14. Assalamualaikum, saya baru mula bekerja dalam dua bulan, untuk bulan ke-3 saya accident dan patah kaki semasa otw pergi kerja. Untuk bulan itu gaji saya dibayar, tapi bila masuk bulan baru saya dimaklumkan saya tak akan dapat gaji sebab belum masuk kerja sedangkan mc saya belum habis dan saya masih belum boleh berjalan. Boleh ke macam tu? Adakah saya perlu dibayar gaji atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Majikan ada carum socso tak? jika ada sepatutnya majikan pergi ke PERKESO untuk submit apa yang ptt utk dapatkan insurans socso.. Jika tiada, sepatutnya dalam tempoh 2 bulan tu majikan dah siap proses untuk carum sosco. Jika tiada camni, jika awak report ke PERKESO, majikan akan diminta untuk bayar pada pekerja.

      Untuk soalan di atas, sepatutnya jika ada lagi MC, majikan wajib bayar. Dan jika patah kaki, majikan perlu kira untuk cuti 60 hari hospitalisasi..

      Delete
  15. Assalamualaikum, Cuti Hospitalisasi selama 60 hari di dalamnya ada public holiday serta weekend. Adakah cuti hospitalisai kira sekali public holiday serta hari hujung minggu?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..tidak termasuk, sama seperti konsep cuti sakit biasa

      Delete
  16. Assalam tuan...pekerja baru 2minggu kerja then accident (bukan bencana kerja). warded 6 hari (13.2.23 - 18.2.23). Dapat MC biasa start 13.2.23 - 28.2.23 (14hari bekerja) + MC biasa start 1.3.23 - 14.3.23 (12hari bekerja). Total=26 hari.
    1) Bolehkan kita buat Cuti Hospitalisasi 6hari, Cuti sakit 14hari...means 20 hari saja dibayar, balance 6hari adalah unpaid leave.
    2) Bolehkah majikan memberikan notis tamat perkhidmatan pekerja mengikut peruntukan dalam agreement yang mana pekerja masih dalam tempoh pekerjaan dengan alasan faktor kesihatan dan majikan tidak membenarkan cuti tanpa gaji.

    seperti dinyatakan, pihak hospital jarang memberikan cuti sakit jenis hospitalisasi (MC pink/berehat di rumah atas saranan doctor). kami telah meinta pihak pekerja bertanya kpd doktor.
    3) Adakah atas justifikasi majikan boleh menganggap yg MC tersebut adalah MC biasa, bukannya hospitalisasi.
    TERIMA KASIH (>..<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. seperti mana yang banyak admin jawab di atas, mmg kebanyakan doktor jarang bagi cuti sakit spesifik iaitu cuti sakit biasa / cuti hospitalisasi. Maka apa yang terbaik, cuti sakit biasa / cuti sakit hospitalisasi adalah dengan mengganggap atau melalui visual yang mana kita/majikan sendiri boleh lihat adakah ia sakit biasa atau mmg cuti sakit hospitalisasi yang mmg perlu penjagaan rapi walaupun duk di rumah. Maka, majikan perlu anggap ia adalah cuti hospitalisasi.

      Bagi majikan yang nak menamatkan perkhidmatan pekerja atas alasan kesihatan adalah perbuatan yang agak rendah moralnya...Boleh fikirkan cara yang baik bagi kedua-dua pihak. Berbincang la dahulu..

      Delete
  17. salam tuan, saya diberikan cuti sakit (hospitalization leave) selama 42hari bermula 02mac2023 sehingga 12April2023. tetapi pihak majikan memberitahu saya yg mereka hanya bayar untuk cuti sakit sehingga 22hari sahaja, selebihnya dikira sebagai unopaid leave.
    adakah ianya benar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. tidak benar. Encik layak untuk 60 hari hospitalisasi. Minta majikan rujuk pada akta atau call JTK berdekatan. Jika tak bayar juga, buat report.

      Delete
  18. Salam tuan..
    Saya kemalangan semasa bekerja dan menerima mc hospitalisasi selama 82 hari.soalan
    60 hari dikira mc hospitalisasi
    12 bolehkah dikira mc cuti sakit biasa disebabkan mc hospital telah habis digunakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... dah berapa lama berkerja? berapa cuti sakit biasa yang ada awk layak?

      Delete
  19. Good afternoon.Actually I dah accident masa masa balik dari kerja tangan Dan kaki patah.Saya ada mc Selama 2 bulan mulai 25 February hingga 25 April tetapi gaji tak bayar untuk bulan April ni.Tolong explain

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERKESO ada bayar atau tidak? jika ada bayar, ia sudah betul. Jika dua2 pihak tidak bayar, majikan kena bayar dan tolak cuti hospitalisasi

      Delete
  20. Assalam nak tanya, sekiranya suami saya admitted. Saya wife & as penjaga di wad. Saya boleh apply EL kan? Sebab selalu jaga suami warded sakit boleh consider tak as emergency leave? Saya pekerja swasta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..atas budi bicara majikan. EL ni boleh jika majikan benarkan dan akan tolak cuti tahunan jika ada. Jika dah habis, gaji akan dipotong

      Delete
  21. Assalam...
    Cuti hospitalisasi dan cuti sakit, adakah kiraan 60+14/18/22 hari tersebut, (jika berterusan) adakah dicampur sekali dengan cuti rehat mingguan dan public holiday atau tidak?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. As salam tuan.. sy ada pertanyaan..
    1. jika mc hospitalisasi telah dibayar oleh Perkeso, boleh ke pihak syarikat tidak membayar lagi mc hospitalisasi?
    2. Pihat syarikat hanya membayar mc hospitalisasi jika ada cop warded atau hospitalisasi drpd hospital kerajaan. Jika mc tidak nyatakan warded atau hospitalisasi, pihak syarikat akan anggap mc tu seperti mc biasa.
    Hospital kerajaan maklumkan kepada sy yang mereka tidak boleh cop warded dan tiada cop hospitalisasi bila sudah keluar drpd ward. Sedangkan sy perlu bed rest utk 2 bulan di rumah. Minta pandangan tuan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      1. bayaran perlu terima satu sahaja. Sama ada dari perkeso atau majikan. Tidak boleh dua-dua dapat

      2. Perlu lihat pada sakit tuan/puan, jika mmg sakit itu perlukan rehat dan ada mc dari doktor, maka boleh rujuk pada pegawai JTK untuk sahkan sakit itu sakit hospitalisasi atau tidak. Tapi jika perkeso dah bayar, tak perlu lagi bayaran daripada majikan.

      Delete
  23. Salam Tuan .. suami sya 9/3 accident time kerja , dan jari tengah nya tputus smpai kuku .masuk hospital buat operation. Dan mndapat Mc sebulan dripada Dr . Mc bulan pertama ni dibyar oleh Majikan , dan dlm masa yg sma juga dpt byaran dari perkeso . Selepas sbulan luka tgn suami masih belum sembuh dan Dr bagi MC 3 mnggu .itu merupakan MC last lepas sbb luka tangan dh sembuh cuma masih tak dpt angkt benda berat .MC selama 3 mnggu last ni Majikan tak nak byar sbb dia bgitau Perkeso dh bagi pampasan maka company tak byar MC . Bukan kah stiap MC wajib dibyar ? Atau hnya boleh claim MC utk sbulan? Sebab suami MC 1 bln 21 ari . Hnya MC sbulan yg dpt byaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam.. untuk pengetahuan pihak puan, semasa dalam tempoh ketikupayaan pekerja dan dalam kes ini suami puan, jika perkeso sudah membuat bayaran, maka pihak majikan tidak lagi perlu membuat bayaran gaji. Ini kerana dalam undang-undang, hanya satu pembayaran sahaja boleh diterima. Itulah fungsi socso.. sebagai pihak insurans kepada pekerja jika dalam ketidakupayaan pekerja untuk bekerja. Jika sebelum ini dapat dua-dua bayaran, itu adalah lebih baik daripada akta yang ada.

      Delete
  24. Assalamualaikum Tuan, saya nak tanya sedikit berkenaan cuti sakit yang tidak diterima oleh majikan.

    Soalan 1: Seorang pekerja telah memaklumkan kepada pihak majikan berkenaan tarikh appointment operation mata akan dilakukan dalam tempoh terdekat, Memberitahu majikan akan cuti selama 3 hari. Tetapi majikan tidak membenarkan/meluluskan cuti tersebut kerana dikatakan itu bukan sakit semulajadi malah itu sakit yang dibuat buat. Jadi, boleh ke majikan bercakap sedemikian dan tidak membayar cuti tersebut?

    Soalan 2: Boleh ke majikan tidak menerima MC dari pekerja kerana tidak mendapat kelulusan cuti bagi appointment yang dinyatakan diatas sedangkan pekerja tersebut sudah memaklumkan dan mengemukan surat appointment dari pihak klinik?

    Soalan 3: Adakah majikan boleh terus membuang pekerja tersebut kerana ingkar arahan (cuti sakit tanpa kelulusan majikan) walaupun pekerja tersebut sudah mengemukan MC?

    Soalan 4: Sekiranya majikan tidak memberi respond sewajarnya, apakah solusi yang boleh dilakukan oleh pekerja tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. apa kelayakan majikan nak cakap tu sakit buat2? dia doktor ke? kalau tak puashati patutnya kena tanya la doktor yang merawat bukan suka2 tuduh macam2.. majikan wajib bayar mc yg dikeluarkan oleh pegawai perubatan berdaftar

      tidak boleh la majikan buat mcm tu.. hubungan majikan dan pekerja perlu harmoni. kalau majikan nak kepastian, kena rujuk pada tempatnya

      majikan ni dia ada hak jer buang kita. tapi pekerja ada hak dia untuk buat aduan di JTK atau JPP

      report JTK / JPP

      Delete
  25. Saya nak tanya. jika pekerja menggunakan 60hari cuti kemasukan hospital ini termasuk weekend dan public holiday kan. tetapi jika pekerja sambung cuti sakit 22 hari termasuk sabtu dan ahad ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mc biasa tak tmasuk sabtu ahad. tapi biasa pegawai perubatan akan bagi tarikh sekaligus kan.. kiraan majikan tak termasuk hari cuti la utk bilangan 22 hari tu..tolak 22 hari utk hari bekerja saja la

      Delete

Post a Comment