Pindaan Akta Waktu Kerja 48 Jam Kepada 45 Jam Seminggu | Pindaan Akta Kerja 1955 juga ada memasukkan klausa dimana dahulunya pekerja akan bekerja 48 untuk seminggu. Ianya bolehlah dipecahkan dimana pekerja akan bekerja selama 8 jam sehari untuk 6 hari seminggu. Satu hari wajib diberikan sebagai cuti rehat mingguan.
Baca terlebih dahulu apakah pindaan-pindaan yang terlibat. Anda boleh membaca artikel admin yang lepas. Klik tajuk ini : Pindaan-Pindaan Akta Kerja 1955 Yang Terlibat
Kini, pindaan akta kerja 1955 telah mewajibkan majikan mengurangkan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu. Ianya di bawah Seksyen 60A dan 60C. Waktu bekerja seminggu dikurangkan supaya ianya selaras dengan Reduction of Hours of Work Recommendation, 1962 (No. 116) yang mengesyorkan negara-negara yang mengamalkan waktu bekerja 48 jam seminggu supaya mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan waktu kerja tersebut tanpa melibatkan pengurangan gaji.
Pihak majikan perlu membuat pindaan terhadap waktu kerja yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan supaya ianya selaras dengan pindaan akta ini dan memberikan satu salinan pindaan tersebut kepada pekerja berkenaan.
Contoh Pengurangan Waktu Bekerja
Solusi agar majikan boleh mengamalkan waktu kerja yang bagaimana, bolehlah mengikut contoh di bawah:-
Pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu boleh dilaksanakan seperti berikut :
(i) Mengurangkan waktu bekerja pada setiap hari (dalam seminggu)
Contoh 1: Waktu Balik Diawalkan
Contoh 2: Waktu Masuk Dilewatkan
(ii) Mengurangkan waktu bekerja dalam mana-mana hari (dalam seminggu)
Adakah majikan perlu mendapatkan persetujuan pekerja bagi mengurangkan waktu bekerja ini, jawapannya adalah tidak perlu. Waiau bagaimanapun majikan digalakkan mengadakan perundingan dengan pihak pekerja.
Ada juga soalan yang ditanya, adakah sebelum ini majikan mengamalkan waktu kerja 8 jam sehari 6 hari seminggu, tetapi ingin mangubah hari bekerja kepada 5 hari seminggu sahaja tetapi waktu kerja sehari dinaikkan kepada 9 jam sehari. Jawapannya boleh dan tidak perlu membayar gaji kerja lebih masa pun tetapi iannya perlulah ada persetujuan daripada pekerja.
Ada juga soalan daripada majikan, adakah boleh memanjangkan waktu rehat yang mana akan menambah setengah jam lagi di dalam 1 jam rehat sebelum ini. Jawapannya tidak boleh kecuali dengan persetujuan pekerja kerana tujuan pengurangan waktu kerja adalah untuk mewujudkan work life balance bagi membolehkan pekerja mempunyai masa yang lebih untuk keluarga dan urusan peribadi lain.
Kiraan Ordinary Rate of Pay (ORP) dan Hourly Rate of Pay (HRP)
Jika kita mengamalkan contoh-contoh masa kerja di atas, majikan mesti akan tertanya-tanya, pengiraan ORP dan HRP bagaimana? Jawapan ada di bawah:
ORP = Gaji Bulanan / 26
HRP = ORP / 7.5 jam
Sekiranya majikan yang mengamalkan 6 hari bekerja seminggu mengekalkan waktu kerja sehari selama 8 jam (lsnin hingga Jumaat) dan mengurangkan waktu kerja sehari pada hari Sabtu kepada 5 jam bagi memenuhi keperluan 45 jam waktu kerja seminggu perlulah mengira ORP & HRP sebagaimana di bawah:
ORP = Gaji Bulanan / 26
HRP = ORP / 8 jam
Itu sahaja yang boleh kami sentuh berkenaan dengan waktu kerja 45 jam seminggu ini. Jika ada soalan boleh kemukakan di ruang komen. Terima kasih semua yang sudi membaca.
Admin resumecontoh
Sunday - 01/01/2023
9:45 am
Yg disebut diatas adalah waktu rehat 1 jam xboleh di panjangkan.. Bagaimana jika sebelum ini waktu rehat 45 minit (8-12, rehat 45 minit, 12.45 - 4.30pm DIUBAH menjadi 1jam waktu rehat..( 8am-12, 1jam rehat, 1-4.30pm.. Ok?..
ReplyDeleteTak boleh juga, sebab kena tengok objektif akta ini dipinda. Jika tetap nak serapkan setengah jam dalam pusingan kerja sehari, tetap tak memenuhi work life balance tu tadi. Kalau kita majikan, pertimbangkan lah.. Bab ni still boleh buat jika ada persetujuan pekerja. Kalau fikirkan, ada ke pekerja yang kata tak setuju apa-apa yang majikan nk buat. So fikir2kan lah majikan diluar sana..
DeleteJam 8.00 - 5.00 Ptg tu bukan 9 Jam bekerja ke, kalau tak silap waktu rehat adalah termasuk waktu bekerja.
Delete8-5 memang 9 jam, tapi waktu kerja 8 jam sahaja, 1 jam waktu rehat. waktu rehat bukan waktu bekerja. 8 jam bekerja adalah waktu bekerja sahaja tak termasuk waktu rehat. admin bukan hr syarikat, admin adalah orang yang menguatkuasakan akta ini :)
DeleteMaaf ingin bertanya sedikit apa tentang akta baru
Delete1) 45jam seminggu adakah wajib kepada majikan ?
2) masa saya bekerja waktu sekarang Isnin - Sabtu (8.30AM - 6.00PM)... Lebih daripada jam 6.00PM baru dikira Ot... Adakah salah jikalau akta ini wajib majikan follow ? Rate jam setiap hari 8.30AM - 10.00PM agak² penat sebab Ot wajib Isnin sampai sabtu...
3) Jikalau akta ini wajib kenapa ada artikel bercanggah(Akhbar FMT) yang buat majikan percaya 100% pada artikel sedangkan pekerja cuba sampaikan pembaharuan daripada majikan...
untuk pertanyaan tuan/puan
Delete1) ya pindan akta ni wajib diikut oleh semua majikan sektor swasta
2) 8:30am-6:00pm, rehat brape jam? kalau 1 jam, ini dah ada lebih 1 jam (ot), sbb waktu kerja biasa kita boleh simpulkan tmpt awak adalah 7.5 jam, jadi kalau start pukul 6 baru kira ot dah salah. 1 lagi salah majikan, sehari pekerja tak boleh kerja 12 jam. kena buat aduan. buat je aduan ikut online (portal fwcms)
3) yang ni saya tidak tahu artikel yang mana, so tak dapat nak komen.
sabtu pun jadi wajib kerja, work life balance apa nyer. ramai majikan dah ambik kesempatan bila akta baru ni keluar. dari tak kerja sabtu tiba2 kena kerja sabtu sbb diorang pandang 45 jam tu melainkan termasuk waktu rehat. tiada beza sebenarnya bila akta waktu bekerja ni diubah. semasa 48jam sabtu tak kerja, tapi bila 45jam sabtu kena kerja. dekat mana objektif work life balance tu? adakah memberi manfaat kepada kebanyakan pekerja swasta.?
ReplyDeleteKalau sebelum ni majikan buat kerja 5 hari seminggu 8 jam sehari, mana boleh ubah jadi 6 hari kerja 45 jam seminggu. Itu dah salah dan majikan dah melanggar seksyen 7 Akta Kerja 1955. Mana yang dah menjadi kelebihan tidak boleh diubah menjadi lebih merugikan. Buat la aduan di JTK jika encik mengalaminya.
DeleteMaaf ingin bertanya sedikit, waktu kerja syarikat kami sebelum ini dan sekarang isnin-jumaat 9pg-6pm (8jam kerja), hari sabtu minggu pertama 9pg-5pm (7jam kerja), sabtu minggu kedua dan seterusnya 9pg-1pm (4jam). Minggu pertama 47jam, kedua 44jam, ketiga 44jam , jadi average untuk 3minggu tu 45jam seminggu. boleh tak begini?
ReplyDeletekalau waktu kerja syif baru boleh kira average 45 jam utk 3 minggu, ya dibenarkan. tapi jika bukan syif ada minggu 45jam, ada minggu 40jam, ada minggu 47 jam, maka yang mana kurang okey, tapi yang lebih 45jam still kena bayar ot selepas 45 jam tersebut. Kerana undang-undang sebut 45jam SEMINGGU. tak boleh majikan nak topup2 mana yang kurang pastu buat kerja lebih sebab katanya boleh topup pada minggu yang kurang. itu salah tapi betul jika bayar ot. Namun begitu, majikan wajib menetapkan waktu kerja biasa yang tepat, bukan main-main macam tu
Deletebagi akta baru waktu kerja 45jam seminggu, untuk pengiraan OT, gaji bulanan/26/7.5jam X ot hour? betul ke yg sy paham?
ReplyDeletekalau majikan buat waktu kerja dia 7.5 untuk 6 hari yes betul bahagi 7.5, tapi kalau majikan buat waktu kerja 8 jam utk 5 hari, lagi satu hari dia buat 5 jam saja, maka yang ni kena bahagi 8.
DeleteKalau pekerja req kerja lebih 12 jam boleh ke? Ke still kena paksa dia kerja limit 12 jam sehari?
ReplyDeletetak boleh sebab dalam akta kerja dibenarkan kerja hanya 12 jam sahaja sehari
Delete