Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Pindaan-Pindaan Akta Kerja 1955 Yang Terlibat Berkuatkuasa 1 Januari 2023

Post a Comment
Pindaan-Pindaan Akta Kerja 1955 Yang Terlibat Berkuatkuasa 1 Januari 2023 | Umum tahu Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) akan menguatkuasakan pindaan-pindaan akta kerja 1955 pada 1 Januari 2023. Maka admin akan senaraikan apakah pindaan atau akta baru yang dimasukkan di dalam akta kerja 1955 tersebut.

kuatkuasa pada 1 Januari 2023

Sebelum itu mari kita kenalkan dahulu Akta Kerja 1955 yang dikuatkuasakan oleh JTKSM. Akta Kerja 1955 adalah terpakai hanya di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan Sahaja. Oleh itu, pindaan-pindaan yang akan kita bincangkan di dalam artikel ini adalah untuk golongan pekerja dan majikan di dalam kawasan tersebut sahaja. Manakala untuk Negeri Sabah dan Negeri Sarawak, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dan Sabah belum meminda ordinan masing-masing. Oleh itu undang-undang sedia ada masih terpakai sehingga dipinda kelak.

Antara objektif utama pindaan Akta Kerja 1955 adalah untuk :-

i. meningkatkan dan menambah baik perlindungan dan kebajikan golongan pekerja di negara ini;

ii. memastikan peruntukan undang-undang perburuhan dinegara ini selari dengan standard antarabangsa yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa;

iii. memudahkan Malaysia merundingkan perjanjian-perjanjian perdagangan yang pada ketika ini kerap memasukkan fasal berhubung standard minimum perburuhan sebagai salah satu daripada terma perjanjian yang perlu dipatuhi;


Berikut adalah pindaan dan akta baru yang terlibat seperti berikut:

(i) Perluasan liputan Akta 265 kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji;

(ii) Peningkatan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari; 

(iii) Pemberian cuti paterniti selama 7 hari;

(iv) Pengurangan waktu kerja daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu;

(v) Pengasingan cuti sakit hospitalisasi;

(vi) Menggalakkan majikan membenarkan pekerja membuat Aturan Kerja Fleksibel;

(vii) Larangan Diskriminasi dalam Pekerjaan;

(viii) Larangan Buruh Paksa;

(ix) Larangan Pemberhentian Pekerja Wanita Hamil;

(x) Mewajibkan majikan membuat bayaran gaji melalui institusi kewangan;

(xi) Meletakkan kewajipan majikan mempamer Notis berhubung Pencegahan Gangguan Seksual di tempat pekerjaan;

(xii) Memperkemas penggajian pekerja asing dengan mewajibkan majikan mendapatkan kebenaran awal daripada Ketua Pengarah JTKSM;

(xiii) Memasukkan formula pengiraan gaji bagi kerja tidak cukup bulan;

(xiv) Memasukkan peruntukan baharu berkaitan "anggapan pekerja" bagi memudahkan kes pendakwaan di mahkamah;

(xv) Memasukkan peruntukan baharu berkaitan bayaran gaji dan apa-apa bayaran lain yang tertunggak supaya dibayar sekali bersama denda oleh Mahkamah;

(xvi) Meningkatkan penalti ·am daripada RM10,000 kepada RM50,000 bagi pelanggaran peruntukan di bawah Akta 265; dan

(xvii) Pindaan-pindaan kecil lain yang bersangkutan.

Ini sahaja yang terlibat dengan pindaan tersebut. Pada artikel akan datang, admin akan menerangkan dengan terperinci setiap pindaan atau akta baru tersebut. Sekian terima kasih.


Admin resumecontoh
Wednesday - 28/12/2022
10:27am

Related Posts

Post a Comment