Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Cuti Bersalin Isteri dan Cuti Paterniti Suami (Selepas Pindaan Akta Kerja 1955)

6 comments
Cuti Bersalin Isteri dan Cuti Paterniti Suami (Selepas Pindaan Akta Kerja 1955) | Pada artikel yang lepas, admin ada kongsikan tajuk pindaan-pindaan yang terlibat. Kalau belum membacanya, anda boleh baca melaui link ini ( Pindaan-Pindaan Akta Kerja 1955 ). Kini masa untuk mengupas tajuk di atas. Sudah semestinya, tajuk ini sangat-sangat penting bagi wanita. Mereka begitu risau jika mereka tidak diberikan cuti bersalin yang mencukupi untuk menjaga bayi yang baru lahir. Tapi ada juga yang tidak tahu berapa jumlah cuti bersalin sektor swasta dan juga adakah mereka layan mendapat elaun bersalin.

Untuk tajuk ini, admin akan menulis begitu simple. Ini kerana tajuk ini sangat susah sedikit tetapi cukuplah jika kita mengetahui secara basic berkenaan dengan jumlah cuti bersalin, elaun bersalin, siapa yang layak dapat cuti bersalin, siapa tidak layak dapat elaun bersalin, semuanya admin akan rumuskan di bawah.

pindaan akta cuti bersalin ister dan cuti paterniti suami


Jumlah dan elaun bersalin terletak di bawah tajuk Perlindungan Bersalin di bawah Seksyen 37 – Akta Kerja 1955,  Seksyen 83 – Ordinan Buruh Sabah Bab.67, dan Seksyen 84 – Ordinan Buruh Sarawak Bab. 76.

Perlu diingatkan, Pindaan Akta Kerja 1955 terhadap cuti bersalin dan cuti paterniti ini adalah untuk kawasan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja. Untuk Sabah dan Sarawak perlu menunggu ordinan masing-masing dipinda kelak.

Cuti Bersalin

Di bawah peruntukan tersebut telah jelas menetapkan, setiap wanita tanpa mengira tangga gaji mereka dan wanita itu yang melahirkan anak sebenar (bukan anak angkat) berhak mendapatkan jumlah cuti bersalin 60 hari 98 hari berterusan bermula hari melahirkan anak.

Kenapa berjumlah 98 hari yang ditetapkan melalui pindaan akta ini adalah selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Maternity Protection Convention, 2000 (No. 183) yang menetapkan tempoh cuti tidak kurang daripada 14 minggu (98 hari)

60 hari 98 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika terdapat cuti umum semasa cuti bersalin diambil, maka tiada cuti gantian atau tambahan untuk pekerja.

Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.

Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh tiga puluh hari sebelum bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita.

Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang pekerja wanita itu bersalin (confinement).

Melahirkan anak selepas sekurang-kurangnya 22 minggu hamil sama ada anak itu hidup atau mati. Seksyen 2 Akta Kerja 1955. Bagi pekerja di Sabah dan Sarawak, yang terpakai akta masing-masing tempoh kehamilan adalah sekurang-kurangnya 28 minggu.

Wanita dalam tempoh cuti bersalin boleh menggunakan cuti bersalinnya itu untuk notis berhenti kerja. Tetapi majikan TIDAK BOLEH memberhentikan pekerja yang sedang cuti bersalin.

Daftar bersalin wajib di isi dan di simpan majikan dalam tempoh 6 tahun untuk semakan Pegawai Tenaga Kerja yang membuat lawatan ke tempat-tempat pekerja majikan. Jika tiada, ianya adalah kesalahan dan boleh dikompaun oleh pihak JTK.

Elaun Bersalin

Kelayakan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

Kurang daripada 5 orang anak (yang masih hidup). Sekiranya telah melahirkan 6 orang anak, tetapi 2 telah meninggal dunia, maka masih layak mendapat faedah bersalin. Sekiranya baru 2 kali hamil, tetapi setiap kali dapat kembar 3 (jumlah 6 orang anak), maka tidak layak untuk mendapat faedah bersalin tapi berhak untuk mengambil cuti bersalin.

Dia telah diambil bekerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum sahaja dia bersalin (digajikan 4 bulan sebelum tarikh bersalin)

Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuanya tidak kurang daripada 90 hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin (jika di atas adalah digajikan 4 bulan bermakna paling cincai kiraan 4 bulan itu adalah 120 hari, jadi dalam part ini 90 hari adalah bekerja untuk wanita itu bekerja penuh kerana ada wanita yang dalam masa dia mengandung, mungkin banyak dia mengambil cuti, so jika ambil banyak cuti menyebabkan dia kurang bekerja daripada 90 hari adalah tidak layak mendapat cuti bersalin).

Pembayaran elaun bersalin dibayar seolah-olah elaun tersebut adalah upah atau gaji pekerja yang dibayar sekian-sekian tarikh sebagaimana semasa wanita ini bekerja.

Tidak memberitahu majikan dalam masa 60 hari sebelum bersalin yang beliau sedang mengandung boleh ditahan elaun bersalin ini sehingga notis pemberitahuan diberikan.

Penamatan Kerja Semasa Hamil

Melalui Pindaan ini juga, majikan tidak dibenarkan memberhentikan pekerja mereka yang sedang hamil.

Bolehkah majikan menamatkan perkhidmatan pekerja wanita yang sedang hamil?

Melalui pindaan akta ini, majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja wanita yang sedang hamil atau sakit yang berbangkit daripada kehamilan kecuali dalam keadaan-keadaan berikut :

(i) Penamatan disebabkan perlanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan - seksyen 13(2)

(ii) Penamatan disebabkan salah laku - seksyen 14(1)

(iii) Penamatan disebabkan penutupan perniagaan majikan

Cuti Paterniti (Seksyen 60FA)

(Suami mendapat cuti kerana isteri melahirkan anak)

Mengapakah cuti paterniti selama 7 hari diperkenalkan dalam pindaan akta ini?

Cuti paterniti diperkenalkan bagi membolehkan suami menjaga isteri dan anak yang baru bersalin serta menguruskan hal-hal berkaitan kelahiran anak seperti pendaftaran kelahiran.


Syarat-syarat bagi mendapat cuti paterniti berbayar 7 hari :

(i) pekerja lelaki hendaklah telah berkahwin dengan pasangannya;

(ii) pekerja lelaki tersebut hendaklah telah bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan yang sama sebelum memulakan cuti;

(iii) pekerja perlu memaklumkan majikannya sekurang-kurangnya 30 hari sebelum isterinya bersalin atau seawal mungkin selepas kelahiran;

(iv) kelayakan cuti paterniti berbayar terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri.
 

Macam biasa, jika korang ada soalan nak ditanya, boleh hantar di rungan komen di bawah, admin akan jawab sepantas mungkin. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila share melalui button share yang disediakan. Terima kasih semua.

Admin resumecontoh
Thursday - 29/12/2022
3:53 pm

Related Posts

6 comments

  1. 7 hari utk paterniti tu, 7 hari bekerja atau 7 hari berturut

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7 hari berturut-turut, sama macam cuti bersalin.

      Delete
  2. Utk swasta jg ker cuti paternity tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya untuk swasta sbb ni pindaan bawah akta kerja yang mana terpakai utk swasta sahaja. Sektor kerajaan dah lama ada cuti pateniti ini

      Delete
  3. Kalau isteri bersalin..tapi baby meninggal setelah lahir macam mana kira tu admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Still layak, sebab akta hanya sebut pasal kelahiran, tak sebut pasal meninggal selepas kelahiran. Dari segi kemanusian pun, patutnya memang kematian selepas kelahiranlah paling layak diterima cuti ini untuk sentiasa disisi isteri, bagi semangat dan sebagainya.

      Delete

Post a Comment