Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan Part 1

21 comments
Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan | Di sini admin kongsikan beberapa contoh untuk anda yang tercari-cari contoh surat pertukaran tempat kerja yang mungkin ada masalah jauh dengan suami, masalah jauh dengan orang tua, masalah jauh dengan tempat tinggal, masalah kewangan dan macam-macam lagi alasan. Tak dilupakan juga, untuk pekerja yang dihantar jauh ke borneo nak balik bertugas di semenanjung pula pun ada. Koleksi di bawah ini hanyalah contoh, jika anda ada idea atau ayat-ayat yang lebih power, tambahkan aje. Mana tahu berkesan lagi. Berikut adalah contoh-contoh surat tersebut:

Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan http://buatresume.blogspot.com/


1. Contoh Surat Permohonan Pertukaran (Suka sama Suka)

Nama pemohon
Juruteknik Komputer (FT17)
alamat jabatan pemohon
tarikh

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Perkhidmatan
Aras 6, Blok C2, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p: Encik Fadzil Hisham Bin Jalaludin)

Melalui dan Salinan kepada:

jabatan pemohon dan alamat
kementerian pemohon dan alamat lengkap

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA

Dengan ini merujuk kepada perkara di atas. Saya seperti nama di atas ingin memohon pertukaran sukasama suka di antara nama kawan nak tukar suka sama suka yang beralamat alamat jabatan kawan nak tukar suka sama suka dengan saya nama pemohon serta jawatan dan alamat jabatan pemohon.

2. Tujuan permohonan ini dikemukakan kerana: bagi 2 -3 sebab mohon tukar tu..

i. Contoh pertama:

>> Sebab seperti jarak tempat kerja dan rumah jauh ker?. >>> Ini menyebabkan prestasi kerja saya terganggu dan tidak dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan.

ii. Contoh kedua:

>>> Kos sara hidup ker? >>.Kos sara hidup yang tinggi. Termasuk kos pengangkutan) Kos pengangkutan RM 30 (sehari) X 22 hari bekerja= RM 660.00

iii. Contoh ketiga:

>>> Tempat kediaman saya berdekatan dengan jabatan nak di tukar tu...ini dapat menjimatkan masa, kos dan juga risiko keselamatan diri terjamin kerana tidak perlu berulang-alik dengan kereta yang memakan masa 1 jam perjalanan dari tempat kediaman saya.

iv. Pertukaran ini tidak akan menjejaskan jabatan saya kerana ianya dibuat dengan ada penganti.(pertukaran suka sama suka)

v. Bersama ini saya sertakan salinan surat pertukaran suka sama suka >>> surat kawan nak tukar suka sama suka tu? untuk rujukan pihak tuan

3. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan danperhatian terhadap permohonan saya ini. Saya berjanji akan sentiasa berkerja bersungguh-sungguhdemi meningkatkan kualiti kerja untuk menjadi seorang anggota perkhidmatan awam yang cemerlang.

4. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar


,…………………………………………..
(nama pemohon nak tukar suka sama suka tu)


by deckadha
--------------------------


2. Contoh Surat Rayuan Pertukaran

Nama Penuh Anda
Alamat penuh,
--------------------------------
--------------------------------
--------------------------------
--------------------------------

Kepada ,
Yang berkaitan
--------------------------------
--------------------------------
--------------------------------
--------------------------------                                                                                             20 januari 2015

Tuan/Puan,

PER:RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN TEMPAT KERJA

Merujuk maklumat diatas yang bertarikh 20/01/2012

Berdasarkan maklumat di atas,saya seperti penama diatas _____________________,dengan ini ingin membuat permohonan pertukaran tempat kerja bagi jawatan________ pada tahun/sesi/semester________.

2. Berikutan itu,sebab untuk saya memohon pertukaran tempat kerja ini adalah berikutan faktor dan jarak antara suami dan saya, kini saya bertugas di kedah, manakala suami bertugas di Johor. Faktor jarak antara kami untuk menumpukan perhatian kepada dua anak kecil kami sedikit terabai, memandangkan anak ditinggalkan kepada jagaan keluarga mertua saya. Sedikit sebanyak, keadaan ini menimbulkan keresahan dan kekesalan kami berdua kerana menyusahkan orang tua suami saya. Selain itu, kesan daripada isu yang berpanjangan ini juga menggugat prestasi kerjaya tugas kami yang mencabar dan kadangkala menjejaskan tugas yang diberikan kerana runsing memikirkan keadaan anak dan orang tua kami.

3. Dengan kelulusan pihak tuan/puan ini,segala kerunsingan dan kerisauan kami berdua akan berakhir sekiranya saya mendapat kelulusan untuk berpindah ditempat kerja yang berdekatan dengan lokasi tempat kerja suami saya, justeru dengan itu, saya dan suami amat menghargai kerjasama dan keprihatinan budi bicara pihak tuan/puan didalam masalah kami ini.

Sekian,terima kasih.


Yang Benar 


---------------------------
(Nama Penuh Anda)


by Nurul Lutfi
--------------------------


3. Contoh Surat Pertukaran


Siti Masyitah Bt Abd Rashid
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Lembaga Pertubuhan Peladang
Kuala Lumpur.

Pengarah,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Lembaga Pertubuhan Peladang
Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON BERTUKAR KE LPP NEGERI PULAU PINANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2.  Saya seperti nama di atas bertugas sebagai Pembantu Tadbir (N17) di bahagian Pengurusan Sumber Manusia Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur memohon jasa baik tuan untuk bertukar tempat bertugas ke Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang.

3.  Pertukaran ini adalah kerana ibu saya yang tidak sihat yang memerlukan penjagaan berterusan. Saya terpaksa berulang alik ke kampung untuk membantu menjaga beliau. Memandangkan adik beradik saya yang lain tinggal berjauhan. Di sebabkan itu saya ingin bertukar ke LPP Pulau Pinang supaya dapat memudahkan saya untuk menjaga beliau. Sehubungan dengan itu juga saya akan melangsungkan perkahwinan saya pada bulan Mei ini dan bakal suami saya bertugas di Pulau Pinang.

4. Oleh yang demikian, besar harapan saya sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,


---------------------------
(SITI MASYITAH BINTI ABD RASHID)


by flowerlia
--------------------------


4. Contoh Surat Rayuan Pertukaran Sekolah

Nama 
Nama sekolah  
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama ketua sektor 
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,
Negeri.                                                                                                                                        Tarikh

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN KELULUSAN PERTUKARAN KE PPD xyz

Merujuk perkara di atas, saya nama, guru di SMK xyz ingin membuat rayuan agar pihak tuan meluluskan permohonan pertukaran ke PPD xyz. Saya telah menghantar borang permohonan melalui e-G Tukar baru-baru ini.

2.  Antara sebab saya perlu bertukar ke PPD xyz ialah kerana sudah ____ tahun berkhidmat di sini. Selama ___tahun jugalah saya berulang-alik dari ________setiap bulan seorang diri bersabung nyawa di jalan raya melaui perjalanan sejauh ___km. Kos berulang-alik yang tinggi menyebabkan saya sering kesempitan wang. Saya juga merancang untuk membina rumah di sana sebagai tempat tinggal ibu dan bapa saya yang sudah uzur sebagai melunaskan tanggungjawab saya sebagai anak yang sulung.

3.  Faktor lain saya mahu berpindah ke PPD ______ialah saya belum ________. Saya benar-benar mahukan pengertian dan belas kasihan dari pihak tuan.

4.  Saya juga sangat bimbang dengan keselamatan saya yang duduk di sini tanpa saudara mara. Rumah saya telah dipecah masuk oleh orang yang tidak bertanggungjawab pada ________. Pada hari kejadian, hanya bilik saya yang diselerakkan. Rasa fobia dan tidak selamat sering menyelubungi saya, lebih-lebih lagi saya belum __________________. Kebimbangan saya tiada penghujungnya kerana kejadian pecah rumah kerap berlaku berlaku di kejiranan saya diami. Malah ketika surat ini ditulis, satu lagi kejadian sama berlaku di sini beberapa hari lepas. Saya merasa sungguh terancam keselamatan diri dan harta benda. Saya ada lampirkan salinan laporan polis untuk rujukan pihak tuan.

5. Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil perhatian dan mempertimbangkan rayuan saya ini. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat saya hargai.

Yang Benar


,………………………………..
(nama)
Guru Siswazah DG41,
SMK xyz.


by shotanojosei
--------------------------


5. Contoh Surat Rayuan an Pertukaran Mengikut Suami

Pn.XXXXSMK XXXXX
Pt 00 Jalan xxxx
84xxx, xxxx, 
Johor 

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4 Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya 01 Julai 2010

Tuan,

RAYUAN PERTUKARAN SEKOLAH MENGIKUT SUAMI

2.  Merujuk perkara di atas, saya seperti nama tersebut ingin membuat rayuan pertukaran sekolah dengan segera. Pihak saya ingin memohon bertukar ke sekolah di daerah xxxxx, Kedah Darul Aman.

3.  Sehubungan itu, saya memohon pertukaran saya dipercepatkan berikutan tiada saudara mara yang boleh menemani saya di sini bagi menjamin keselamatan diri saya memandangkan pelbagai kes jenayah yang kerap berlaku kebelakangan ini. Selain itu, kos kewangan bagi menampung perbelanjaan perjalanan ulang-alik saya ketempat suami pada setiap minggu juga adalah tinggi.

4.  Bersama-sama dengan ini saya lampirkan surat arahan pertukaran suami ke xxxxx untuk rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat diperlukan dan dihargai. Sekian terima kasih.

Yang Benar


,…………………………….
(NAMA PEMOHON)


by gpmsri
--------------------------


Itu sahaja perkongsian untuk kali ini, insyaAllah admin akan kongsikan lagi jika ada peluang dan ruang. Doakan juga admin dapat pindah balik ke Semenanjung selepas beberapa tahun di Borneo. Amiin...

Khailiza (admin)
Pegawai Tenaga Kerja

Related Posts

21 comments

  1. Jangan stress.. susah nak karang ayat nanti, tenang2 ok :)

    ReplyDelete
  2. TQ. Baru ada idea nk karang mcm mana. hehe

    ReplyDelete
  3. Sangat berguna setiap contoh surat yg di pamerkan... Dan ia membantu sy utk membuat surat permohonan... Good job admin... Thanks a lot...

    ReplyDelete
  4. aduuhhh...nk tukar tpt...seb baik ada cintoh surat.kita ikhtiar,Allah maha penolong..AMIIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn.. insyaALLAH dapat, ikhtiar dlu.. moga bermanfaat yer

      Delete
  5. TQ ADMIN..KD BKN PER..SURAT KITA DIPERAM KT hq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena peram camtu susah sikit la.. kena selalu follow up jugak..

      Delete
  6. 3 tahun dah menunggu dengan penuh harapan.. xda pun bayang2..

    ReplyDelete
  7. Siapa pnh mohon utk pertukaran askar? Skg ada surat pebgesahan penyakit(anak) je dari hospital..

    ReplyDelete
  8. admin..surat untuk pindah jabatan dalam syarikat yang sama ada contoh tak?

    ReplyDelete
  9. Nak Tanya , boleh ker company tolak cuti annual leave , gong xi fa cai , kilang tutup .. Mintak pencerahan ? T.ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh,, mana boleh paksa pekerja apply AL sebab majikan tutup pernigaan kerana nak cuti raya lama.. buat aduan ya

      Delete

Post a Comment