Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Pindaan Akta Waktu Kerja 48 Jam Kepada 45 Jam Seminggu

24 comments
Pindaan Akta Waktu Kerja 48 Jam Kepada 45 Jam Seminggu | Pindaan Akta Kerja 1955 juga ada memasukkan klausa dimana dahulunya pekerja akan bekerja 48 untuk seminggu. Ianya bolehlah dipecahkan dimana pekerja akan bekerja selama 8 jam sehari untuk 6 hari seminggu. Satu hari wajib diberikan sebagai cuti rehat mingguan.

Baca terlebih dahulu apakah pindaan-pindaan yang terlibat. Anda boleh membaca artikel admin yang lepas. Klik tajuk ini : Pindaan-Pindaan Akta Kerja 1955 Yang Terlibat

Pindaan Akta Waktu Kerja 48 Jam Kepada 45 Jam Seminggu

Kini, pindaan akta kerja 1955 telah mewajibkan majikan mengurangkan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu. Ianya di bawah Seksyen 60A dan 60C. Waktu bekerja seminggu dikurangkan supaya ianya selaras dengan Reduction of Hours of Work Recommendation, 1962 (No. 116) yang mengesyorkan negara-negara yang mengamalkan waktu bekerja 48 jam seminggu supaya mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan waktu kerja tersebut tanpa melibatkan pengurangan gaji.

Pihak majikan perlu membuat pindaan terhadap waktu kerja yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan supaya ianya selaras dengan pindaan akta ini dan memberikan satu salinan pindaan tersebut kepada pekerja berkenaan.

Contoh Pengurangan Waktu Bekerja

Solusi agar majikan boleh mengamalkan waktu kerja yang bagaimana, bolehlah mengikut contoh di bawah:-

Pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu boleh dilaksanakan seperti berikut :

(i) Mengurangkan waktu bekerja pada setiap hari (dalam seminggu)


Contoh 1: Waktu Balik Diawalkan
Waktu Balik Diawalkan cadangan

Contoh 2: Waktu Masuk Dilewatkan

contoh Waktu Masuk Dilewatkan

(ii) Mengurangkan waktu bekerja dalam mana-mana hari (dalam seminggu)

Mengurangkan waktu bekerja dalam mana-mana hari


Adakah majikan perlu mendapatkan persetujuan pekerja bagi mengurangkan waktu bekerja ini, jawapannya adalah tidak perlu. Waiau bagaimanapun majikan digalakkan mengadakan perundingan dengan pihak pekerja.

Ada juga soalan yang ditanya, adakah sebelum ini majikan mengamalkan waktu kerja 8 jam sehari 6 hari seminggu, tetapi ingin mangubah hari bekerja kepada 5 hari seminggu sahaja tetapi waktu kerja sehari dinaikkan kepada 9 jam sehari. Jawapannya boleh dan tidak perlu membayar gaji kerja lebih masa pun tetapi iannya perlulah ada persetujuan daripada pekerja.

Ada juga soalan daripada majikan, adakah boleh memanjangkan waktu rehat yang mana akan menambah setengah jam lagi di dalam 1 jam rehat sebelum ini. Jawapannya tidak boleh kecuali dengan persetujuan pekerja kerana tujuan pengurangan waktu kerja adalah untuk mewujudkan work life balance bagi membolehkan pekerja mempunyai masa yang lebih untuk keluarga dan urusan peribadi lain.

Kiraan Ordinary Rate of Pay (ORP) dan Hourly Rate of Pay (HRP) 

Jika kita mengamalkan contoh-contoh masa kerja di atas, majikan mesti akan tertanya-tanya, pengiraan  ORP dan HRP bagaimana? Jawapan ada di bawah: 

ORP = Gaji Bulanan / 26


HRP = ORP / 7.5 jam


Sekiranya majikan yang mengamalkan 6 hari bekerja seminggu mengekalkan waktu kerja sehari selama 8 jam (lsnin hingga Jumaat) dan mengurangkan waktu kerja sehari pada hari Sabtu kepada 5 jam bagi memenuhi keperluan 45 jam waktu kerja seminggu perlulah mengira ORP & HRP sebagaimana di bawah:

ORP = Gaji Bulanan / 26


HRP = ORP / 8 jam



Itu sahaja yang boleh kami sentuh berkenaan dengan waktu kerja 45 jam seminggu ini. Jika ada soalan boleh kemukakan di ruang komen. Terima kasih semua yang sudi membaca.


Admin resumecontoh
Sunday - 01/01/2023
9:45 am

Related Posts

24 comments

  1. Yg disebut diatas adalah waktu rehat 1 jam xboleh di panjangkan.. Bagaimana jika sebelum ini waktu rehat 45 minit (8-12, rehat 45 minit, 12.45 - 4.30pm DIUBAH menjadi 1jam waktu rehat..( 8am-12, 1jam rehat, 1-4.30pm.. Ok?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh juga, sebab kena tengok objektif akta ini dipinda. Jika tetap nak serapkan setengah jam dalam pusingan kerja sehari, tetap tak memenuhi work life balance tu tadi. Kalau kita majikan, pertimbangkan lah.. Bab ni still boleh buat jika ada persetujuan pekerja. Kalau fikirkan, ada ke pekerja yang kata tak setuju apa-apa yang majikan nk buat. So fikir2kan lah majikan diluar sana..

      Delete
    2. Jam 8.00 - 5.00 Ptg tu bukan 9 Jam bekerja ke, kalau tak silap waktu rehat adalah termasuk waktu bekerja.

      Delete
    3. 8-5 memang 9 jam, tapi waktu kerja 8 jam sahaja, 1 jam waktu rehat. waktu rehat bukan waktu bekerja. 8 jam bekerja adalah waktu bekerja sahaja tak termasuk waktu rehat. admin bukan hr syarikat, admin adalah orang yang menguatkuasakan akta ini :)

      Delete
    4. Maaf ingin bertanya sedikit apa tentang akta baru
      1) 45jam seminggu adakah wajib kepada majikan ?
      2) masa saya bekerja waktu sekarang Isnin - Sabtu (8.30AM - 6.00PM)... Lebih daripada jam 6.00PM baru dikira Ot... Adakah salah jikalau akta ini wajib majikan follow ? Rate jam setiap hari 8.30AM - 10.00PM agak² penat sebab Ot wajib Isnin sampai sabtu...
      3) Jikalau akta ini wajib kenapa ada artikel bercanggah(Akhbar FMT) yang buat majikan percaya 100% pada artikel sedangkan pekerja cuba sampaikan pembaharuan daripada majikan...

      Delete
    5. untuk pertanyaan tuan/puan
      1) ya pindan akta ni wajib diikut oleh semua majikan sektor swasta
      2) 8:30am-6:00pm, rehat brape jam? kalau 1 jam, ini dah ada lebih 1 jam (ot), sbb waktu kerja biasa kita boleh simpulkan tmpt awak adalah 7.5 jam, jadi kalau start pukul 6 baru kira ot dah salah. 1 lagi salah majikan, sehari pekerja tak boleh kerja 12 jam. kena buat aduan. buat je aduan ikut online (portal fwcms)
      3) yang ni saya tidak tahu artikel yang mana, so tak dapat nak komen.

      Delete
  2. sabtu pun jadi wajib kerja, work life balance apa nyer. ramai majikan dah ambik kesempatan bila akta baru ni keluar. dari tak kerja sabtu tiba2 kena kerja sabtu sbb diorang pandang 45 jam tu melainkan termasuk waktu rehat. tiada beza sebenarnya bila akta waktu bekerja ni diubah. semasa 48jam sabtu tak kerja, tapi bila 45jam sabtu kena kerja. dekat mana objektif work life balance tu? adakah memberi manfaat kepada kebanyakan pekerja swasta.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sebelum ni majikan buat kerja 5 hari seminggu 8 jam sehari, mana boleh ubah jadi 6 hari kerja 45 jam seminggu. Itu dah salah dan majikan dah melanggar seksyen 7 Akta Kerja 1955. Mana yang dah menjadi kelebihan tidak boleh diubah menjadi lebih merugikan. Buat la aduan di JTK jika encik mengalaminya.

      Delete
  3. Maaf ingin bertanya sedikit, waktu kerja syarikat kami sebelum ini dan sekarang isnin-jumaat 9pg-6pm (8jam kerja), hari sabtu minggu pertama 9pg-5pm (7jam kerja), sabtu minggu kedua dan seterusnya 9pg-1pm (4jam). Minggu pertama 47jam, kedua 44jam, ketiga 44jam , jadi average untuk 3minggu tu 45jam seminggu. boleh tak begini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau waktu kerja syif baru boleh kira average 45 jam utk 3 minggu, ya dibenarkan. tapi jika bukan syif ada minggu 45jam, ada minggu 40jam, ada minggu 47 jam, maka yang mana kurang okey, tapi yang lebih 45jam still kena bayar ot selepas 45 jam tersebut. Kerana undang-undang sebut 45jam SEMINGGU. tak boleh majikan nak topup2 mana yang kurang pastu buat kerja lebih sebab katanya boleh topup pada minggu yang kurang. itu salah tapi betul jika bayar ot. Namun begitu, majikan wajib menetapkan waktu kerja biasa yang tepat, bukan main-main macam tu

      Delete
  4. bagi akta baru waktu kerja 45jam seminggu, untuk pengiraan OT, gaji bulanan/26/7.5jam X ot hour? betul ke yg sy paham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau majikan buat waktu kerja dia 7.5 untuk 6 hari yes betul bahagi 7.5, tapi kalau majikan buat waktu kerja 8 jam utk 5 hari, lagi satu hari dia buat 5 jam saja, maka yang ni kena bahagi 8.

      Delete
  5. Kalau pekerja req kerja lebih 12 jam boleh ke? Ke still kena paksa dia kerja limit 12 jam sehari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh sebab dalam akta kerja dibenarkan kerja hanya 12 jam sahaja sehari

      Delete
  6. Jika sepanjang tempoh bekerja kita wajib berada di premis majikan termasuk waktu rehat. Keluar dari premis perlu kebenaran walaupun waktu rehat. Adakah waktu rehat wajib dikira atau boleh ditolak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu rehat bermaksud bebas untuk ke mana-mana sahaja yang pekerja itu inginkan. Waktu rehat tidak ada kawalan oleh majikan ke atas pekerjanya. Jika berlaku kawalan atau kebenaran perlu diperolehi itu tidak dikira waktu rehat walaupun 3 @ 4 jam sekalipun ditulis dalam offer letter..

      Delete
  7. Mohon bantuan berkenaan tempoh bekerja berikut apakah sudah memenuhi tuntutan pindaan waktu kerja-
    "Total Work Hours per week max 48hrs (1 hr UNPAID meal break) " - tertera di perjanjian
    Tapi syarikat arahkan waktu kerja 8 pagi - 5.30 petang dan untuk makan 1 petang-2 petang
    Terima kasih

    ReplyDelete
  8. kalau perjanjian cakap mx 48 hour per week, mungkin akan ada capai mgkin adakala tak capai 48jam, apa-apa hal kena tengok kalau seminggu lebih 45 jam,, maka yang lebih itu adalah OT

    ReplyDelete
  9. Merujuk komen sebelum ini
    "Total Work Hours per week max 48hrs (1 hr UNPAID meal break) " tertera di perjanjian
    Syarikat arahkan waktu kerja :
    8 pagi - 5.30 petang ( makan 1 petang-2 petang )
    5 dari Isnin - Jumaat
    Jadi jumlah 47.5 jam/seminggu (9.5 jam x5 hari)
    Tapi bila dilihat contoh yang disertakan dalam posting ini, hanya melibatkan 6 hari bekerja rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak kisah 6 hari atau 5 hari seminggu kerja. Asalkan jumlah waktu kerja tidak termasuk rehat adalah 45 jam seminggu. Kurang tak pe, kalau lebih kena bayar ot. So kalau seminggu total kerja 47.5 jam, maka majikan wajib bayar ot 2.5 jam yang lebih itu.

      Delete
  10. akta baru 45 jam kerjaa tapi hari sabtu kerja 8-5pm katanya OT 3 jam. akan di bayar kalau seminggu kita full kerja tanpa mc tanpa annual leave. kalau tak full kerja isnin-sabtu 45jam maka OT tak dikira dan kami rugi annual leave and mc . betull ke JTK tetapkan 45jam wajib full seminggu baru sabtu OT 3 jam dibayar? tapi still tolak annual leave kalau ambil cuti and OT burn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pindaan akta dibuat 45 jam seminggu.. jadinya, jika seminggu ada lebihan jam kerja contoh kerja 6 hari seminggu, 8 jam sehari (8jam sehari X 6 hari seminggu = 48jam/minggu) 48 jam - 45 jam, maka ada lebih 3 jam seminggu, maka yang ini kena bayar OT.

      Paling utama kita kena faham,, kita mesti bekerja 6 hari seminggu, 8 jam sehari. Maka barulah ada OT (kerja lebih masa). Jika pekerja mc/al,, maka memang takkan sampai la jam kerja kita seminggu tersebut 45 jam. Takkan la majikan nak bayar jika kita kerja tak cukup 45 jam seminggu pun apatah lagi 48 jam. Sebab sehari atau 2 hari atau lebih kita tidak bekerja. Isu tolak mc/al tu isu berbeza. Pasal bekerja tu kena faham dulu..

      Delete
  11. Kalau waktu kerja adalah 9:00 pg hingga 7:00 ptg, 5 hari bekerja, tapi tiada penetapan khas waktu rehat kerana kadangkala pelanggan datang tak kira waktu dan adakalanya tak dapat rehat sehingga petang. Bagaimana bolehkah dikira OT. Atau bolehkan majikan menafikan bayaran OT kerana alasannya boleh rehat secara flixible waktu tiada pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukul 9:00 pagi hingga 7:00 ptg adalah 10 jam kerja. 1 jam adalah rehat maka 9 jam sehari X 5 hari seminggu =45 jam seminggu. Maka yang ini dibolehkan tanpa bayar OT.

      Cuma soalan tuan yang berkenaan dengan 1 jam rehat tersebut ya. JTK membenarkan majikan menetapkan waktu rehat flexible selagi ianya tidak melanggar peruntukan akta yang ada iaitu, mesti diberi rehat selepas bekerja terus menerus 5 jam, sekurang-kurang 30 minit rehat. Kalau memang majikan ada menyebut, boleh rehat 1 jam tetapi flexible, maka majikan dah beri rehat tsbt, tunggu kita sahaja menggunakan rehat tsbt dengan baik dan waktu yang sesuai. Maka tiada kiraan OT dalam waktu kerja tuan.

      Delete

Post a Comment