Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Kewajipan Memberi Cuti Rehat Mingguan / Off Day dan Pengiraan Gaji Sepatutnya

7 comments
Kewajipan Memberi Cuti Rehat Mingguan dan Pengiraan Gaji Sepatutnya | Hari ini admin tulis sikit pasal undang-undang cuti rehat mingguan. Mengikut undang-undang buruh, majikan wajib memberi mana-mana hari paling kurang 1 hari kepada pekerja sebagai hari rehat mingguan. Di dalam Akta Kerja 1955, ianya terletak di bawah Seksyen 59, manakala untuk Ordinan Buruh Sabah Bab.67 pula terletak di bawah Seksyen 104B, dan Ordinan Buruh Sarawak Bab.76 terletak di bawah Seksyen 105B. Jika majikan tidak memberi atau menyediakan cuti rehat mingguan ni kepada pekerjanya, maka majikan tersebut telah melakukan kesalahan.

Kewajipan Memberi Cuti Rehat Mingguan dan Pengiraan Gaji Sepatutnya

Penjelasan Cuti Rehat Dalam Akta/Ordinan

Di bawah adalah penjelasan lebih khusus yang terdapat di dalam akta dan ordinan yang dibincangkan di atas. jom baca..

1. Tiap-tiap pekerja hendaklah dibenarkan dalam setiap minggu suatu hari rehat satu hari penuh sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh majikan, dan di mana seorang pekerja diberikan lebih daripada satu hari rehat dalam seminggu maka yang terakhir itu adalah hari rehat : Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai pada tempoh di dalam yang pekerja adalah cuti bersalin sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini atau cuti sakit sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 60F, atau semasa tempoh hilang upaya sementara di bawah Pekerja Akta Pampasan 1952 [Akta 273], atau di bawah Sosial Pekerja Akta Keselamatan 1969.

2. Walau apa pun subseksyen (1) dan tafsiran mengenai ungkapan-hari‖ dalam subseksyen 2 (1), dalam hal pekerja terlibat dalam kerja peralihan apa-apa tempoh berterusan tidak kurang daripada tiga puluh jam akan menjadi hari rehat.

3. Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah, dengan permohonan bertulis oleh majikan dan tertakluk kepada apa-apa syarat dia mungkin difikirkan patut dikenakan, boleh membenarkan majikan memberikan rehat hari untuk setiap minggu pada mana-mana hari bulan di mana hari rehat jatuh dan hari yang diberikan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hari rehat pekerja bagi maksud seksyen ini.

4.  Majikan hendaklah menyediakan suatu jadual sebelum permulaan bulan di mana hari rehat jatuh memberitahu pekerja hari-hari yang dilantik untuk menjadi hari rehat di dalamnya, dan di mana pula hari dalam setiap minggu telah dilantik sebagai hari rehat untuk semua pekerja

5. Undang-Undang Malaysia AKTA 265 di tempat pekerjaan, majikan boleh, sebagai ganti menyediakan jadual, memaparkan notis di tempat yang mudah dilihat di tempat pekerjaan yang memaklumkan pekerja hari rehat yang tetap demikian dilantik.

6. Tiap-tiap senarai itu dan tiap-tiap sesuatu yang direkodkan di dalamnya hendaklah dipelihara/disimpan dan hendaklah disediakan untuk pemeriksaan (oleh Pegawai Tenaga Kerja) untuk tempoh tidak melebihi enam tahun dari hari terakhir bulan berkenaan yang senarai disediakan atau menyebabkan disediakan.

7.  Mana-mana majikan yang melanggar mana-mana peruntukan ini seksyen melakukan kesalahan.


Bekerja Pada Hari Rehat

1. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 60A (2), tiada pekerja hendaklah dipaksa bekerja pada hari rehat kecuali dia terlibat dalam kerja yang mana oleh sebab sifatnya perlu dijalankan secara berterusan atau secara berterusan oleh dua atau lebih peralihan: Dengan syarat bahawa dalam hal apa-apa pertikaian Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada atau tidak pekerja terlibat kerja yang disebabkan oleh sifatnya yang perlu dijalankan secara berterusan atau berterusan oleh dua atau lebih peralihan.


Pengiraan Gaji Kerja Hari Rehat

2. Dalam kes pekerja yang bergaji hari, jam atau kadar gajinya yang serupa yang bekerja pada hari rehat, dia akan dibayar apa-apa tempoh kerja-

i. yang tidak melebihi separuh jam kerja biasa, upah satu hari pada kadar gaji biasa; atau

ii. yang lebih daripada separuh tetapi tidak melebihi beliau jam kerja normal, upah dua hari pada kadar biasa bayaran.


3. Dalam kes pekerja yang bergaji bulanan atau mingguan kadar gajinya yang bekerja pada hari rehat, dia hendaklah dibayar untuk apa-apa tempoh kerja-

i. yang tidak melebihi separuh jam kerja biasa, upah bersamaan separuh daripada kadar bayaran biasa kerja yang dilakukan pada hari itu; atau

ii. yang lebih daripada separuh tetapi tidak melebihi jumlahnya jam kerja biasa, upah satu hari pada biasa kadar gaji untuk kerja yang dilakukan pada hari itu.


Contoh Pengiraan:

i. Gaji Harian

Si A adalah pekerja bergaji hari (maka rujuk no 2 di atas)
Si A bergaji RM 70 sehari.

Jika waktu normal di tempat pekerjaan si A adalah 8 jam sehari, maka waktu tersebut dibahagikan 4 jam sebelum, 4 jam selepas. Faham ya setakat ni. 

Maka, jika si A bekerja 1 - 4 jam sahaja, maka dia dikira 1 hari gaji untuk hari rehat itu adalah sebanyak RM70 ringgit.

Jika si A bekerja 4 - 8 jam, maka dia layak untuk dibayar gaji 2 hari sebanyak RM140 pada hari tersebut.


ii. Gaji Bulanan

Si B adalah pekerja bergaji bulanan (maka rujuk no 3 di atas)
Si B bergaji RM 1500 sebulan

Jika waktu normal di tempat pekerjaan si B adalah 8 jam sehari, maka waktu tersebut dibahagikan 4 jam sebelum, 4 jam selepas. Faham ya setakat ni. 

Maka, jika si B bekerja 1 - 4 jam sahaja, maka dia dikira gaji untuk hari rehat itu adalah sebanyak separuh hari sahaja pada kadar biasa gajinya iaitu:

RM1500 / 26 = RM57.69 sehari
RM57.69 / 2 = RM28.84 

Jika si B bekerja 4 - 8 jam, maka dia layak untuk dibayar gaji 1 hari iaitu sebanyak RM57.69 pada hari tersebut.


Wajib Sediakan Jadual

Majikan perlu menyediakan satu jadual sebelum bermula bulan yang baru dan menampal pada atau tempat yang pekerjanya senang tengok atau lihat. Untuk jadual ini, hanya majikan yang menjadualkan hari rehat sahaja seperti kedai makan atau pasaraya yang tidak pernah tutup tetapi setiap hari ada sesetengah pekerja yang bercuti rehat. Maka wajib majikan menyediakan jadual.


Maksud Cuti Rehat Bagi Pekerja Syif

Jika pekerja telah bekerja shift, maka bilangan jam tidak kurang daripada 30 jam berterusan adalah dikira sebagai cuti rehat bagi pekerja shift tersebut. Majikan ambil perhatian, kerana banyak syarikat pengawal keselamatan atau syarikat yang mengamalkan waktu shift yang tidak mengikut akta dan peraturan ini. Pekerja boleh menbuat aduan jika terdapat mana-mana majikan yang melanggar perintah ini.


Menentukan Cuti Rehat?

Jika pekerja mendapat dua hari cuti sebagai contoh hari sabtu dan ahad, maka hari terakhir tersebut dikira sebagai cuti rehat mingguan iaitu hari ahad.


Jika ada soalan yang hendak di utarakan, taip sahaja pada kotak komen di bawah. jangan malu jangan segan. terima kasih.

Admin resumecontoh
Saturday 04/04/20
10:11 a.m stay@home

Related Posts

7 comments

  1. Saya security kerja 12 jam dengan gaji rm35.00.cuti mingguan tidak digalak kan.tapi Klau kerja gaji tetap rm35.00.buat aduan pun ibarat tuang air kt daun keladi.ada kawan2 tahu kt mana lagi nk buat aduan hal majikan ni...dari 2013 sampai 2021 gaji tak naik.masih rm35.00...elaun Pegawai operasi rm300 sebulan.tapi jawatan PO saya tak pegang lagi.pening kepala tak berbaloi dgn elaun rm300...dgn sapa atau jabatan mana lagi nk buat aduan...

    ReplyDelete
  2. hi.
    saya ingin tahu pengiraan jam kerja pada restday.
    Situasi : A bergaji bulanan dan waktu kerja biasanya (normal) adalah 8.30 pagi - 5.30 petang. Jika A kerja melebihi dari 4 jam tetapi kurang dari 8 jam pada restday, ianya akan dikira 1 hari kerja dan akan dibayar sehari gaji.
    soalan saya, adakah tempoh 8 jam itu akan dikira bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang sahaja? atau 8 jam itu tidak terikat dalam tempoh waktu kerja normal seperti A buat kerja bermula jam 3.00 ptg hingga 9 malam (6 jam berkerja) sudah boleh dikira 1 hari kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukul 3:00 hingga 9 malam tu majikan benarkan atau tidak? jika majikan benarkan dan menyuruh kerja waktu tersebut, maka layak dapat tambahan gaji 1 hari.

      Delete
  3. Hi, nak tanya. Saya baru dapat offer kerja. Tahun pertama majikan cakap tiada Annual leave. Adakah saya kena kerja 12 bulan dahulu, baru dapat AL untuk tahun berikutnya? Tkasih admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. ya betul kena kerja dulu 12 bulan baru layak untuk ambik @ apply AL untuk tahun berikutnya. Tetapi, jika ada pemberhentian berlaku (sama ada pekerja berhenti sendiri @ diberhentikan, maka perlulah dikira juga secara pro rated kelayakan semasa dan wajib dibayar)

      Delete
  4. Saya selalu kerja pada hari off day,Biasanya Off day akan diganti pada hari yang lain.Pada tahun ini,Majikan kata off day tidak boleh diganti pada hari lain lagi.Betul ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Off day mana boleh ganti2 sebab off daya ada kadar bayaran yang lebih kalau kerja. Majikan tak boleh suka2 ganti..

      Delete

Post a Comment