Bagaimana OT / Kerja Lebih Masa Berlaku dan Cara Pengiraan Bayaran Gaji Kerja Lebih Masa | Cara kira OT atau Pengiraan Gaji Lebih Masa adalah kesalahan yang paling banyak berlaku di Malaysia menurut kes-kes yang difailkan di Jabatan Tenaga Kerja. Ada majikan yang langsung tidak membayar, ada majikan yang salah kira, ada majikan yang memberikan gaji kerja lebih masa secara tetap (lump sum) yang mana jumlah diberikan itu jauh lebih rendah (jika lebih takpe la jugak) dan ada majikan yang cincai-cincai saja maa… adoii apa nak jadi ini. Nak kena denda dulu ker?
Okey, artikel kali ini admin akan ajar macam mana nak kira gaji kerja lebih masa ini. Admin sediakan contoh untuk setiap pengiraan gaji lebih masa hari biasa, hari rehat dan cuti umum. Jika anda seorang pekerja, sila semak sendiri adakah gaji yang ada terima setiap bulan itu adalah betul pengiraannya dan jika yang membaca ini seorang majikan atau wakil majikan yang terlibat secara tidak langsung dalam pengiraan gaji setiap pekerja.
Berlaku OT Apabila?
Gaji lebih masa adalah berlaku pada mana-mana masa selepas 8 jam (waktu kerja normal) atau selepas 10 jam (waktu kerja yang ada rehat yang panjang ditengah-tengah) adalah dikira sebagai gaji lebih masa yang layak dituntut.
So kita nak tahu dulu, semua layak ke dapat claim OT ni? Tidak.. bukan semua boleh dan berhak. Siapa yang berhak? (berhak/layak secara terus @ automatik)
i. Bergaji 2000 ke bawah.
ii. tak kira gaji berapa asal dia buat pekerjaan kasar. (manual workers) Contoh : mekanik, tukang masak, welder dan lain-lain.
ii. pekerja admin tidak layak jika lebih RM2000 gajinya
Kecuali
jika pekerja bukan di bawah kategori i,ii,iii sebagaimana di atas, jika majikanya atau semasa persetujuan melalui kontrak perkhidmatan ada mengatakan beliau juga layak untuk kerja lebih masa, maka beliau layak berdasarkan kepada perjanjian bertulis berkenaan.
Pergiraan Bayaran Gaji Kerja Lebih Masa
So, Jom kira lihat pengiraannya:-
Contoh Gaji Lebih Masa Hari Biasa
Amin bekerja sebagai pemandu yang bergaji RM1500 sebulan. Beliau telah membuat kerja lebih masa sebanyak 50 jam pada bulan Ogos.
Jadi kita cari kadar gaji sejam amin dahulu : RM1,500 / 26 = RM57.68 / 8 jam = RM7.21
Formula untuk pengiraan ot hari biasa adalah 1.5
Cara kira RM7.21 X 1.5 X 50 jam ot = RM540.86
Jadi untuk gaji lebih masa Amin pada bulan Ogos adalah RM540.86
Contoh Gaji Lebih Masa Hari Rehat
Ali diarah/disuruh/dipaksa oleh majikannya bekerja di tapak pembinaan pada hari ahad iaitu hari rehatnya kerana ada banyak kerja perlu disiapkan dengan segera dan Ali telah membuat kerja sehingga terpaksa membuat kerja lebih masa pada hari rehat tersebut Maka Ali yang bergaji RM1700 sebulan telah mematuhi perintah boss nya. Beliau telah membuat kerja lebih masa sebanyak 3 jam pada hari tersebut.
Jadi kita cari kadar gaji sejam Ali dahulu : RM1,700 / 26 = RM65.38 / 8 jam = RM8.17
Formula untuk pengiraan ot hari biasa adalah 2.0
Cara kira RM8.17 X 2 X 3 jam ot = RM49.04
Jadi untuk gaji lebih masa Ali pada cuti rehat adalah RM49.04
Contoh Gaji Lebih Masa Hari Cuti Umum
Abu telah bekerja pada cuti umum dan telah bekerja lebih masa sebanyak 3 jam. Maka Ali yang bergaji RM1800 boleh menuntut gaji lebih masa sebagaimana di bawah.
Jadi kita cari kadar gaji sejam Abu dahulu : RM1,800 / 26 = RM69.23 / 8 jam = RM8.65
Formula untuk pengiraan ot hari biasa adalah 3.0
Cara kira RM8.65 X 3 X 3 jam ot = RM77.88
Jadi untuk gaji lebih masa Abu pada cuti rehat adalah RM77.88
Catatan:
* Jika gaji pekerja tersebut bergaji hari, terus bahagikan dengan 8 untuk mendapatkan gaji sejam.
* Jika gaji pekerja tersebut sudah bergaji jam, terus darabkan saja menggunakan formula di atas.
* Jika majikan tidak tahu atau tidak menyuruh pekerja membuat kerja lebih masa, majikan berhak tidak membayar gaji kerja lebih masa ini.
* Jika majikan tidak mahu membayar atau menggunakan formula yang salah, anda berhak untuk menegur, atau membuat aduan di Pejabat Tenaga Kerja berdekatan dengan tempat pekerjaan anda.(rujuk sini)
* Jika majikan tidak mahu membayar atau menggunakan formula yang salah, anda berhak untuk menegur, atau membuat aduan di Pejabat Tenaga Kerja berdekatan dengan tempat pekerjaan anda.(rujuk sini)
Semua faham cara pengiraannya? jika belum jelas boleh bertanya di bawah nanti admin akan jawabkan. InsyaALLAH secepat mungkin.
Admin resumecontoh
Sunday 26/04/2020
12:02pm stay@home
Admin resumecontoh
Sunday 26/04/2020
12:02pm stay@home
Saya bergaji RM 1700
ReplyDeleteOvertime normal saya adalah 70 jam
Overtime public holiday saya 12 jam
Overtime kerja pada off day saya 12jam..
Overtime normal : 70jam x RM10.89= RM762.30
Overtime PH : 12jam x berapa
Overtime OFFDAY : 12jam x berapa
Saya tak faham Cara pengiraannya
1700/26/8 = RM8.17 sejam
DeleteHari biasa = 8.17 x 1.5 x 70 jam = RM857.85
Hari cuti mingguan = 8.17 x 2 x 12 jam = RM196.08
Hari PH = 8.17 x 3 x 12 = RM294.12
Camni pengiraannya..
Tapi jangan tertukar total jam tu hanya OT sahaja iaitu kerja selepas 8 jam
Salam.. sy nak mohon pencerahan dr admin,,
ReplyDeletesekiranya pekerja shift bergaji bulan iaitu basic rm1900 bekerja 12 jam sehari selama 5 hari dan cuti 2 hari, bagaimana cara pengiraan OT mereka. Rehat pertama 1jam dan rehat kedua 45minit.
12 jam tu termasuk rehat atau tidak?
Delete