Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Contoh Surat Tunjuk Sebab Majikan dan Pekerja

4 comments
Contoh Surat Tunjuk Sebab Majikan dan Pekerja | Ok, untuk kali ini, admin akan ajarkan anda cara menjawab surat tunjuk sebab (show cause letter) yang diberikan oleh majikan kepada anda sebagai pekerja yang mungkin korang ada melakukan salah laku atau seumpamanya.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Majikan dan Pekerja

Kenali apa itu Surat Tunjuk Sebab

Tujuan pemberian surat tunjuk sebab ini adalah bukan menuduh korang sudah melakukan kesalahan tersebut, tetapi majikan ingin meminta anda menulis sebab-sebab atau apa cerita yang sebenar disebalik berlakunya perkara-perkara yang mungkin melanggar polisi syarikat.

Surat tunjuk sebab ini wajib dibalas setiap pekerja sebagai pertahankan diri jika pekerja betul-betul tidak bersalah. tetapi jika bersalah, pekerja tetap kena membalasnya dengan mengakui kesilapan tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Majikan biasanya akan menetapkan tarikh akhir untuk mengahantar surat ini.


Bagi admin sebagai Pegawai Tenaga Kerja, pemberian Surat Tunjuk Sebab lebih baik berbanding dengan terus memberi Surat Amaran (Warning Letter) kerana surat amaran bersifat "kejam" kerana tiada hujung pangkal, tiada siasatan dibuat mungkin, majikan terus keluarkan surat amaran pertama, kedua sebagai contoh kepada pekerja yang mungkin selalu datang lewat. Kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan masalah. Majikan kena ingat, tanpa pekerja-pekerja ini maka tidak dapat la kita membuat keuntungan dalam satu satu perusahaan. Maka jalan terbaik, siasat dulu kenapa pekerja selalu datan lewat jangan nak marah jer pandai. Mungkin nak mengaku depan-depan malu, tapi dengan pemberian Surat Tunjuk Sebab ini akan membolehkan pekerja menjawab apa masalah beliau sehingga beliau terpaksa datang lewat, mungkin dia terpaksa menpersiapkan mak ayah dia yang sakit dahulu sebelum masuk kerja, mungkin motor rosak, mungkin masalah anak isteri sakit teruk atau bencana alam. Kemungkinan itu ada. Ini bukan soal pekerja akan menipu dalam surat tersebut, insyaALLAH kalau pekerja menipu, semoga Allah akan tunjukkan perkara sebenar kepada anda sebagai majikannya.

Jika selepas pemberian surat ini, dan pekerja mengakui setiap pertuduhan yang dinayatakan,  majikan bolehlah memberi surat amaran kepada pekerja tersebut.

Di bawah disertakan contoh surat tunjuk sebab untuk rujukan tuan puan.

Contoh Surat Tunjuk Sebab (Majikan Kepada Pekerja)



Contoh Surat Tunjuk Sebab (Pekerja balas surat Majikan)



Semoga dengan sedikit contoh ini memudahkan majikan dan pekerja membuat sesuatu yang betul demi keharmonian dalam organisasi.

Related Posts

4 comments

  1. assalamualaikum ..ada tak contoh surat majikan untuk hantar kepada pekerja sebab pekerja tak datang kerja tanpa bagi notis berhenti..pekerja tu dah kerja lebih 6 tahun tiba2 xdatang mcm tu je xde bagi alasan

    ReplyDelete
  2. Siapa tahu macam mana hndak mmbuat surat tnjuk sebab tidak hadir kerja tanpa kebenaran.

    ReplyDelete
  3. Trmksh yea admin. Kadang bukan salah kita pun.. Tapi turut kena juga sebab kecuaian orang lain.

    ReplyDelete

Post a Comment