Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Kami Dedahkan 10 Rahsia HR Tidak Mahu Anda Tahu

Post a Comment
Kami Dedahkan 10 Rahsia HR Tidak Mahu Anda Tahu | Apabila ia melibatkan sumber manusia (human resources, HR) dan merekrut pekerja baru, sesetengah syarikat mempunyai beberapa best practices (amalan terbaik) yang mereka tidak mahu anda tahu. Tetapi sebagai seorang profesional, adalah mungkin perlu tahu 10 rahsia HR ini.

Kami Dedahkan 10 Rahsia HR Tidak Mahu Anda Tahu

1. Peraturan 90 hari pertama

Beberapa tahun lalu, J.T. O’ Donnell, pengasas dan CEO CareerHMO.com yang baru sahaja menceburkan diri dalam bidang HR ketika itu diberitahu, “Apa sahaja tingkah laku yang anda lihat dalam 90 hari pertama seseorang pekerja baru di tempat kerja, kalikan dengan 10 dan sebegitulah pekerja itu akan jadi dalam tempoh setahun.” Pekerja baru lazimnya akan menunjukkan tingkah laku terbaik, tetapi selepas beberapa ketika, mereka akan menunjukkan tingkah laku sebenar. Atas sebab itu, kebanyakan syarikat kini memperuntukkan terma “90 hari pertama” atau notis dalam kontrak pekerja yang membolehkan mereka untuk memecat pekerja tanpa penjelasan.  Terma ini membenarkan mereka melepaskan pekerja baru yang menunjukkan tingkah laku yang tidak disukai majikan. Majikan menganggarkan kehilangan berjuta-juta dolar setiap tahun disebabkan pengambilan pekerja yang tidak berkualiti. Terma ini membolehkan mereka mengurangkan kerugian dengan lebih cepat.

2. Melakukan rujukan “backdoor”

Sebelum mengambil pekerja, HR akan melakukan rujukan. Anda mungkin fikir mereka hanya akan memeriksa daripada orang rujukan yang anda beri sahaja, tetapi sebenarnya HR juga akan melakukan rujukan “backdoor” atau “pintu belakang”. Mereka akan merujuk kepada rangkaian kenalan dalam bidang HR untuk mencari seseorang yang pernah bekerja dengan anda pada masa lalu demi mendapatkan pandangan yang jujur. Teknik ini biasanya digunakan khusus untuk mereka yang meninggalkan majikan terdahulu dalam keadaan yang mencurigakan. Contohnya, bakal pekerja itu mungkin mengatakan beliau telah diberhentikan oleh majikan terdahulu, tetapi sebenarnya telah dipecat.

3. Mereka tidak takut untuk “memancing” calon

Pernahkah anda dihubungi oleh “Recruiter” dan mereka bertanya kepada anda tentang pekerjaan anda terdahulu serta siapa bos atau ahli kumpulan anda ketika bekerja di syarikat terdahulu. Anda mungkin fikir temuduga itu telah berjalan lancar, tetapi recruiter itu tidak pun menghubungi anda semula. Apa yang berlaku? Sebenarnya mereka sedang melakukan “candidate phishing” atau “memancing” calon – dengan cara mendapatkan nama rakan-rakan anda yang masih bekerja di syarikat terdahulu, dengan tujuan merekrut mereka pada masa yang terdekat. Malangnya, perkara yang kerap berlaku, calon yang ditemuduga tidak pun mendapat pekerjaan baru walaupun mereka sedang menganggur. Perkara ini disahkan lagi oleh kajian yang menunjukkan – majikan lebih suka  mengupah orang-orang yang sedang berkhidmat dengan majikan atau syarikat lain berbanding dengan mereka yang menganggur.

4. Anda dicop “high-maintenance” apabila terlalu menegakkan polisi syarikat

Ya, buku panduan HR dicipta sebagai panduan dan rujukan setiap pekerja, tetapi ini tidak bermakna anda harus melaporkan kepada HR setiap kali rakan sekerja tidak mematuhi peraturan. Choose your battles. Sekiranya ada perkara yang boleh menjejaskan syarikat, sudah tentu anda perlu melaporkannya. Tetapi, terlalu banyak lawatan ke HR tentang rakan-rakan anda, menyebabkan anda dicop sebagai “high-maintenance” dan mula diperhatikan oleh HR.

5. Mereka melakukan apa sahaja untuk mengurangkan masa berehat anda

Kajian menunjukkan, apabila semakin lama seseorang itu bercuti sakit, semakin kurang kemungkinan pekerja itu untuk kembali bekerja. Ramai yang berasa “jauh” daripada alam pekerjaan dan berasa tertekan sekembalinya mereka daripada cuti sakit yang panjang. Mereka lebih mudah menyesuaikan diri menerima pencen ilat pada kadar lebih rendah dan sering tidak kembali bekerja. Untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, HR bekerja sama dengan doktor untuk membantu pekerja itu bekerja semula – apa-apa jenis kerja, asalkan pekerja kembali semula ke pejabat. HR tidak mahu anda berada di rumah dan berasa kasihan terhadap diri sendiri. Mereka mahu anda menjadi lebih produktif di meja kerja anda.

6. Mereka tidak memberi testimonial untuk mengelakkan disaman

Banyak syarikat mempunyai polisi tidak memberikan rujukan atau testimonial kepada bekas pekerja untuk mengelakkan disaman – lebih-lebih lagi dalam kes di mana bekas kaki tangan itu meninggalkan syarikat dalam keadaan tidak baik. Pada zaman ini, syarikat hanya dikehendaki untuk menyatakan tarikh bekerja serta tangga gaji dan berhak menolak memberikan komen mengenai prestasi pekerja. Akan tetapi, sekiranya ditanya jika mereka berminat mengambil semula pekerja itu bekerja di syarikat, mereka boleh menyatakan “ya” atau “tidak” tanpa implikasi disaman. Perkara ini adalah penting, kerana sekiranya majikan terdahulu menyatakan “tidak”, ia menjadi indikasi buruk kepada bakal majikan baru. Jadi, adalah penting untuk anda menyatakan secara jujur kepada bakal majikan anda sebab-sebab anda meninggalkan pekerjaan anda yang terdahulu sekiranya ditanya.

7. Pengenalan pelan prestasi adalah cara HR mengatakan, “Cari kerja baru!”

Apabila HR meletakkan anda pada “performance plan” atau pelan prestasi yang formal, jangan harap ia akan mengubah keadaan dan anda akan mula jadi pekerja cemerlang. Apa yang mereka benar-benar maksudkan dengan pengenalan pelan ini adalah, “Mula hantar resume anda kepada majikan lain dan mula cari kerja baru secepat mungkin!” Jika anda mendapat pekerjaan lain sebelum anda dipecat, anda tidak perlu menghadapi risiko menganggur. Ia adalah lebih baik untuk kedua-dua belah pihak, kerana menganggur menyebabkan anda lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan baru, juga bermaksud anda perlu menganggur dengan lebih lama.

8. Ketika penstrukturan semula, HR mengambil berat personaliti pekerja

Apabila HR disuruh menyempurnakan proses penstrukturan semula dan mengurangkan peratusan tenaga kerja, mereka akan berbincang dengan pengurus untuk memilih siapa yang akan kekal. Walaupun kemahiran dan produktiviti adalah penting, personaliti akan menjadi faktor pertama di dalam senarai ketika penstrukturan semula. Mengapa? Pemberhentian kerja kakitangan ketika penstrukturan semula akan mewujudkan persekitaran kerja yang tertekan. HR akan mencari kakitangan yang sebtiasa bersemangat dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk kekal positif. Mereka yang kritikal dan menyuarakan kekecewaan mereka kepada pihak pengurusan selalunya akan dilepaskan.

9. Rekod prestasi yang baik tidak akan menyelamatkan anda daripada dipecat atau diberhentikan

Jangan anggap rekod prestasi yang baik tahun demi tahun akan menjamin kerjaya anda di syarikat. Itu cumalah pengiktirafan terhadap kerja yang anda telah dibayar untuk lakukan. Pada bila-bila masa, situasi boleh berubah dan syarikat mungkin tidak lagi memerlukan khidmat anda. Rekod prestasi masa lalu bukan polisi insurans yang membenarkan anda untuk terus berkhidmat dalam syarikat. Sebagai HR, mereka tidak dapat lari daripada berfikir, “Adakah apa yang anda lakukan sekarang dapat menjimatkan atau membuat duit secukupnya untuk menanggung kos kamu (pekerja) berada dalam syarikat?”

10. Pemeriksaan latar belakang secara dalam talian adalah amalan standard masa kini

Walaupun beberapa buah syarikat membayar untuk mengadakan pemeriksaan latar belakang secara formal, dan dikehendaki meminta kebenaran anda sebelum melakukannya, lebih banyak syarikat melakukan pemeriksaan latar belakang melalui carian Internet secara percuma, tanpa pengetahuan anda. Sekiranya terdapat perkara-perkara lalu yang menjadikan anda pekerja berisiko, HR akan menjumpainya secara online.

Memahami 10 perkara di atas akan membantu anda memilih tindak tanduk yang sesuai, yang menyokong permohonan kerja anda. Sentiasa bersedia dan selalulah bertindak baik, tidak kira dalam alam sebenar atau di atas talian. Anda juga boleh meminta bantuan coaching daripada pakar HR untuk memastikan anda mengambil langkah meningkatkan kerjaya secara pintar. Memahami agenda HR dapat membantu anda berinteraksi dengan mereka secara lebih berkesan.


Related Posts

Post a Comment