Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Tindakan Anda Jika Ditamatkan Perkhidmatan, Dibuang Tanpa Notis dan Alasan Munasabah

256 comments
Tindakan Anda Jika Ditamatkan Perkhidmatan, Dibuang Tanpa Notis dan Alasan Munasabah | Assalammualaikum, salam sejahtera semua pembaca dan pengunjung blog contoh resume dan temuduga ini. Hari ini admin nak kongsikan 1 perkara berkaitan dengan pekerja. Yes, pekerja. Admin nak kongsikan hak seorang pekerja jika seseorang pekerja dibuang kerja oleh majikan 24 jam tanpa notis, tanpa alasan munasabah tanpa diberikan baki gaji atau apa-apa tanpa faedah penamatan (jika bekerja lebih 1 tahun). Jika ada diantara anda, saudara mara anda, terkena atau mengalami nasib demikian, jangan risau, anda boleh pergi ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan untuk membuat laporan atau tuntutan seperti di atas.

Tindakan Anda Jika Ditamatkan Perkhidmatan, Dibuang Tanpa Notis dan Alasan Munasabah http://buatresume.blogspot.com/

Okey, yang pertama adalah notis. Notis adalah 1 bentuk bertulis yang akan diberikan sama ada jika pekerja hendak berhenti, pekerja wajib menyerahkan dahulu notis kepada majikan, begitu juga jika majikan hendak memberhentikan pekerja, perlu bagi notis bertulis (berapa bulan notis bergantung kepada kontrak perkhidmatan yang diberikan majikan semasa mula-mula bertugas/bekerja dahulu) jika tiada, boleh terus refer/rujuk kepada Labour Law. Jika di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Akta Kerja 1955 (Employment Act. 55) adalah digunakan. Jika di Sarawak, Ordinan Buruh Sarawak (Bab 1976) (Sarawak Labour Ordinan 76) digunakan manakala di Sabah pula Ordinan Buruh Sabah 1950 digunakan. Beza antara undang-undang buruh ini hanyalah berdasarkan nombor seksyen sahaja, manakala isi adalah seakan sama.

1. Gaji Ganti Notis

Jika di Pejabat Tenaga Kerja/Jabatan Tenaga Kerja mereka memanggil notis ini ialah Gaji Ganti Notis. Jika majikan mahu membuang, menamatkan kontrak anda, memberhentikan anda, mereka perlu memberi surat ganti notis yang mencukupi seperti terkandung di dalam kontrak perkhidmtan anda, jika 1 bulan notis, atau 2 bulan notis, majikan perlu mematuhinya dan perlu memberi surat atau notis 1/2 bulan lebih awal untuk memaklumkan penamatan perkhimatan pekerja tersebut. Jika majikan gagal memberikan apa-apa tempoh notis anda berhak menuntut 1/2 bulan Gaji Ganti Notis bergantung kepada kontrak perkhimatan bertulis anda. Jika tiada, anda boleh tuntut mengikut undang-undang buruh seperti berikut:

Anda layak membuat tuntutan mengikut berapa lama perkhidmatan anda dalam syarikat:

Mengikut Akta Kerja 1955 :-

Seksyen 12. Notis Penamatan Kontrak.

(1)  Mana-mana pihak dalam kontrak perkhidmatan boleh pada bila-bila masa memberi notis kepada pihak yang satu lagi hasrat beliau untuk menamatkan kontrak itu daripada perkhidmatan.

(2) Panjang notis itu hendaklah sama untuk kedua-dua majikan dan pekerja dan hendaklah ditentukan oleh peruntukan yang dibuat secara bertulis bagi notis itu dalam terma kontrak perkhidmatan, atau, dalam ketiadaan peruntukan sedemikian secara bertulis, hendaklah tidak kurang daripada :

(a) notis empat minggu jika pekerja itu telah bekerja sedemikian kurang daripada dua tahun pada tarikh notis itu adalah diberikan;

(b) enam minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh itu;

(c) lapan minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama lima tahun atau lebih pada tarikh yang ditetapkan: Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh diambil untuk mengelakkan sama ada pihak daripada melepaskan haknya untuk notis di bawah subseksyen ini.

dan mengikut Sabah & Sarawak juga sama.

Jika majikan anda tidak memberikan notis yang mencukupi, anda hanya perlu pergi melaporkan di PTK yang berdekatan.

Begitu juga jika baki gaji tidak dibayar semasa peberhentian berlaku, anda boleh membuat tuntutan bersama dengan Gaji Ganti Notis.

Contoh pengiraan;

gaji terakhir anda adalah RM2000, manakala anda telah diberhentikan dalam bulan Ogos 2014.

RM2000 / 31 (jumlah hari dalam bulan Ogos, jika bulan Jun perlu bahagi dengan 30) = RM65.00

Jika anda telah bekerja lebih daripada 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun, jumlah notis anda adalah 6 minggu.

(b) enam minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh itu;

6 minggu = 7 hari seminggu X 6 = 42 hari.

= RM65 X 42 hari = RM2,730 (layak tuntut sebagai Gaji Ganti Notis)


2. Faedah Penamatan Kerja.

Jika anda sudah bekerja satu tahun dan anda mengalami nasib diberhentikan oleh majikan, anda boleh menuntut  satu lagi hak anda iaitu, Faedah Penamatan Kerja. Anda boleh meminta pegawai PTK untuk kirakan untuk anda, atau ada boleh sendiri kirakan dengan formula seperi berikut:

i. Jika anda bekerja 1 tahun tetapi kurang daripada 2 tahun - anda layak 10 hari gaji dalam setahun

ii. Jika anda bekerja 2 tahun hingga 5 tahun - anda layak 15 hari gaji dalam setahun

ii. Jika anda bekerja lebih 5 tahun - anda layak 20 hari gaji dalam setahun
Jika anda mula bekerja pada 1 January 2005 dan dibuang pada 31 Disember 2010 anda layak berada di iii.

iaitu : 1 January 2005 - 31 Disember 2010 = 6 tahun tempoh anda bekerja (layak 20 hari)

Kirakan gaji sehari anda. Jika anda sudah bergaji hari, terus darabkan.

Contoh:

gaji sehari 100 sehari X 20 hari layak X 6 tahun = RM12,000 (layak tuntut sebagai Faedah Penamatan Kerja)


jika gaji bulan, contoh RM2,300 sebulan X 12 bulan / 365 hari =  RM76.00 sehari

RM76 x 20 hari layak X 6 tahun = RM9,120.00 (layak tuntut sebagai Faedah Penamatan Kerja)


Kesimpulannya, makin lama anda bekerja dengan satu-satu syarikat, makin banyak la jumlah Gaji Ganti Notis dan jumlah Faedah Penamatan yang anda akan dapat. Jumlah ni boleh la tampung kehidupan anda sebelum dapat kerja yang lain.

Jika anda ada sebarang soalan atau kekeliruan, anda boleh tinggalkan komen di bawah. InsyaAllah admin jawab selagi termampu. Undang² di atas terpakai untuk sektor swasta, GLC kecuali sektor Kerajaan dan Badan Berkanun. Semoga hak anda sebagai pekerja sentiasa di lindungi. 






Korang boleh rujuk undang² buruh melalui link yang admin sediakan di bawah:

i. Akta Kerja (1955) - Disini
ii. Ordinan Buruh Sabah [Cap. 67] - Disini
iii. Ordinan Buruh Sarawak [Cap. 76] - Disini

Khailiza (admin)
Pegawai Tenaga Kerja

Related Posts

256 comments

  1. Jika diberhentikan kerja dan diberi notis 1 minggu pada tarikh yg sama notis diberi. Apakah tindakan saya dan tindakan majikan ? Patutkah majikan memberi notis sebelum tarikh akhir saya bekerja disana atau sebelum saya diberhentikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama: Semak dahulu kontrak perkhidmatan ada mention atau tidak berapa lama/panjang notis perlu diberi oleh kedua-dua pihak jika nak berhenti atau diberhentikan. Jika seminggu dicatatkan, majikan perlu bagi seminggu awal, kalau tarikh majikan beri surat, dan terus kena berhenti hari tersebut, pekerja layak tuntut gaji seminggu tersebut. Jika tiada kontrak perkhidmatan, ikut tempoh notis yang ditulis diatas.

      Kedua : Pasal notis bila kena bagi terpulang kepada majikan. Majikan boleh bagi sebulan awal sebelum pekerja diberhentikan. Ini sah dan mengikut undang², tetapi kena tengok services pekerja la. Kalau dia bagi semasa pekerja diberhentikan, its mean pekerja diberhentikan 24 jam, so boleh tuntut dengan majikan sebulan or seminggu gaji mengikut kontrak or labour law.

      Delete
  2. salam, dalam perkhidmatan awam dimana penjawat awam tersebut dikenakan pemotongan gaji 100% setiap bulan hingga tidak dapat hadir ke pejabat berbulan2..akibatnya penjawat awam dikenakan buang kerja oleh kementerian..apabila rayuan dibuat ke spa..proses rayuan dari 1 bulan menjadi lebih 5 bulan..apabila disemak pada bulan ke6 dimana ksu yang sama di kementerian tersebut dilantik menjadi pengerusi spa..apa yang patut dibuat apabila pembantu khas pengerusi spa meminta perkara ini dirujuk ke mahkamah sekiranya ingin kemukakan rayuan diperingkat selanjutnya. sekian terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam ,, kalau kene dibuang kerja disebabkan kesalahan sendiri . cth mcm x dtg kerja 3 hari berturut2 tanpa ada alasan munasabah, atau pun x dtg kerja tapi ada org tlg punch kad kan. boleh dapat ker faedah penamatan kerja. sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..dalam undang2 buruh memang ada peruntukan juka pekerja tdk dtg bekerja melebihi 2 hari bermaksud 3 hari dan lebih tanpa memberikan alasan atau tidak cuba memberitahu kepada majikan boleh dibuang kerana dikira memberhentikan diri sendiri. Tidak layak untuk mendapatkan faedah penamatan kerja. Orang lain tlg punch card kn adalah kesalahan serius. Tidak patut berlaku. Terima kasih

      Delete
  4. As'salam.

    saya hendak bertanya, saya telah berkhidmat selama 13 tahun di satu syarikat ini (badan berkanun). Baru-baru ini ada ura-ura yang mengatakan syarikat hendak mengurangkan pekerja kerana potongan sumber pendapatan dari kerajaan. Lantikan saya ada lah kontrak yang disambung 2 tahun sekali. Tetapi taraf jawatan sementara. Sekiraya saya diberhentikan apakah yang boleh saya tuntut dari syarikat berkenaan? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti yang admin bagitahu di bawah tajuk ini, faedah ini tidak termasuk untuk sektor kerajaan dan badan berkanun. Admin kurang pasti jika badan berkanun.

      Delete
  5. Assalamualaikum admin, saya telah mengalami kemalangn yang teruk... cuti sakit tanpa gaji selama setahun sehingga kini.. masih dlam rawtan. Company mungkin akn kluarkn notis diberhentikan.... saya ada hak terima sebarang pampasan ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Munai...

      Jika majikan hendak berhentikan pekerja, memang pampasan automatik akan dapat, melainkan pekerja berhenti dengan sendiri atau ada kesalahan berat yang membolehkan pekerja dibuang 24 seperti melibatkan kes dadah atau pergaduhan yang boleh mengakibatkan ketakutan kepada majikan dan pekerja lain.

      Dalam kes ini, majikan kena memikirkan pampasan sewajarnya jika tuan setuju, settle. Sila rujuk Pegawai di Pejabat Tenaga Kerja berhampiran untuk nasihat lebih lanjut. :)

      Delete
  6. salam, saya sudah bekerja dari bulan ogos 2009 dan kini syarikat saya akan ditutup. pihak pengurusan telah memberi notis sebulan kepada saya. saya ingin mengetahui cara pengiraan faedah penamatan kerja yang akan saya perolehi. utk pengetahuan, sepanjang 2009-2014 jumlah gaji saya adalah sama, dan pada april 2015 gaji saya telah dinaikkan. adakah pengiraan faedah akan mengikut prorate atau bagaimana? mohon bantuan nasihat, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..

      Wssalam... ni admin kira jika gaji sebulan anda adalah RM5000/sebulan. Contoh.. mungkin tinggi lagi :D

      Ogos 2009 - Ogos 2015 = 8 tahun
      (admin kira sampai bulan 8, sbb admin xtahu bila compny ttp)

      RM5000 / 26 = 164.38 sehari

      RM164.38 x 20 hari kelayakan x 8 tahun = RM 26,301.37.

      Itulah sebenarnya agka yang anda akan dapat. Tapi ia terpulang kepada budi bicara kamu dan keupayaan majikan. Lebih baik pergi ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat dan minta nasihat pegawai di sana.



      Delete
  7. Salam,

    Syarikat saya bekerja (swasta) akan ditutup Disember ini.Saya ingin bertanya mengenai Faedah Penamatan kerana saya telah bekerja lebih daripada 10 tahun.Adakah faedah penamatan hanya diberikan berdasarkan budi bicara majikan atau ia termaktub dalam akta Kerja?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..

      Jika company akan ditutup, sepatutnya majikan perlu memberi Faedah Penamatan dan jika tidak mampu majikan sepatutnya bagi juga walaupun paling minimum. Majikan sepatutnya perlu berbincang dengan semua pekerja untuk hal ini. Majikan boleh meminta pengurangan dan atas budi bicara pekerja juga, sepatutnya terimalah jika jumlah tersebut munasabah dengan kewangan semasa syarikat. Pastikan tuan berhubung dengan Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat untuk mereka mengetahui hal ini kerana ianya perlu. So, tanggungjawab tuan untuk melaporkannya.

      Delete
  8. salam nak tanya. jika semasa meeting ada pekerja yg tidak puas hati dengn peraturan dan tugasan lalu bangun keluar dari tempat kerja . masalah ini pula berlaku ketika bos sedang meeting sekali dan bos sangat marah kerana tidak respect dan biadap kerana tidak mengendah penrintah bos. bos mengarahkan pekerja tersebut berhenti serta merta dengn alasan tidak respct dan tidak boleh bawa berbincng. pekerja tersebut akan dapat pampsan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. nasihat admin, pergi dahulu ke PEJABAT TENAGA KERJA di daerah anda bekerja untuk minta nasihat mereka kerana situasi anda sangat complicated.

      Delete
  9. Salam admin...sy nak tanya...sy bkerja d bawah jbtan dan pkhidmatan kontrak...sy da buat kesalahan..lepastu majikan xnak sambungkan kontrak dan suruh sy buat notis bhnti keja...sepatutnya kontak sy masih da 6 bulan lagi...adakah sy plu buat notis gaji ganti fan pmpasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. kalau tuan ada buat kesalahan serius, tuan sepatutnya sedar dan boleh mengemukan surat permohonan maaf dan jika majikan tidak mahu menyambung kontrak tuan, itu adalah hak majikan. Dan jika habis kontrak tidak layak dapat pampasan dan gaji ganti notis. Klau masih ada baki kontrak itu tuan perlu pergi ke PEJABAT TENAGA KERJA berdekatan dengan tempat tuan utk maklumat lanjut dengan mereka. terima kasih

      Delete
  10. Assalam tuan,saya telah bekerja selama lebih 4 tahundan diberhentikan kerja 24jam tanpa sebab munasabah,tanpa notis tanpa perbincangan antara dua belah pihak tanpa hitam putih oleh majikan.pemberhentian dibuat hanya melalui sms yg mengatakan sy diberhentikan 24jam.sy seperti dizalimi oleh syarikat tempat sy bekerja.pemecatan yg dibuat tanpa melalui prosedur yg betul dan sepatutnya.syarikat mempunyai kewangan yg kukuh.tiada surat tunjuk sebab diklukan kan ketika sy menerima sms pemecatan itu.gaji saya hanya 1600sebulan.soalan nye tuan,bolehkah sy menyaman syarikat tersebut?dibawah akta apa?dan boleh kah sy mendapatkan pekerjaan itu kembali.ini no hp sy 0134626487 alif utk sebarang pertanyaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Jika tuan ingin bkerja kembali, tuan boleh rujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berdekatan.

      Delete
  11. Salam. Saya ingin tahu betul ke kalau resigned selepas kerja selama seminggu tak layak mendapat gaji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..adakah tuan yang berhenti?atau diberhentikan?

      1. Kalau tuan yang berhenti, tidak boleh. Malahan majikan boleh sekat gaji tuan untuk bayar notis kepada pihak majikan. Maksudnya majikan yang boleh minta 1 bulan gaji dengan tuan.

      2. kalau diberhentikan oleh syarikat, tuan layak dapat gaji tersebut dan boleh claim dengan gaji ganti notis sekali.

      Nasihat admin, pergi dahulu ke PEJABAT TENAGA KERJA di daerah tuan bekerja untuk minta nasihat mereka dan boleh submit trus claim tuan itu di sana.

      Delete
  12. Salam admin..sy ingin tahu boleh ke sy baru bekerja dlm 2 ke 3 bulan dan dibuang kerja 24 jam tanpa notis atas alasan yg sy telah menyebabkan duit o akaun shortt..malahan gaji sy kerja sebulan turut kene hold..kalau mengikut pada offer letter pihak majikan perlu memberi notis tempoh n bayar jika hendak membuang pekerja...sy telah membuat aduan di pejabat buruh tetapi pihak pejabat buruh nasihat sy agar meminta surat berhenti o buang kerja sy di bekas majikan sy..jd bagaimana hendak sy tuntut gaji sy n gantirugi yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Sepatutnya pegawai di pejabat buruh tersebut boleh terus proceed tuan punya kes kerana memang majikan telah membuang dan itu dikira tanpa notis. Kenapa perlu pergi lagi minta surat tersebut. Dalam kes ini tuan boleh tuntut baki gaji dan gaji ganti notis. Pergi balik ke pejabat tenaga kerja tersebut dan bgtau camna nak mtk surat tu sedangkan mmg tuan diberhentikan tanpa notis.

      Delete
  13. salam,
    saya telah berhenti kerja tanpa memberi sebarang notis atas sebab-sebab tidak tahan dengan pengurusan syarikat. Dan sekarang saya menerima surat daripada pejabat tenaga kerja meminta saya membayar pampasan kepada syarikat saya. Bagaimana sekiranya saya mengambil keputusan tidak mengendahkan tuntutan itu kerana saya berhenti juga disebabkan pengurusan syarikat tersebut. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Tidak boleh sebenarnya sebab nanti ada satu peringkat, surat saman utk hadir akan dikeluarkan dan dihantar kepada tuan. Jika tuan ingkar hukuman akan dijatuhkan dan tuan tetap kena bayar. Jika tuan hadir, tuan boleh mempertahankan diri tuan. Pegawai PTK akan bantu selesaikan kes tuan. InsyaALLAH

      Delete
  14. Salam,

    Saya pekerja eksekutif diberhentikan pada 2 minggu yang lalu. Melihat surat notis dari majikan menyatakan saya melanggar kontrak kerja dibawah akta Pekerja 1955 artikel 15 (2). Soalan saya sebagai pekerja bergaji lebih 3k adakah saya terikat dgn akta tersebut dan bolehkah majikan menuntut pembayarabn 2 bulan dari saya untuk gantirugi. sebelum ini tiada warning letter atau notis dari majikan akan salah laku saya. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Jika diikutkan, hanya pekerja bergaji 2500 kebawah sahaja terpakai, tetapi ada pengecualian sesetangah kes dan boleh sampai limit 5000. Kes tuan boleh proceed. Yes, majikan takde buat siasata dalaman dan takde surat tnjuk sebb diberikan utk tuan menjawab tuduhan tsebut, so kalau majikan nak mtk 2 bln gaji tak perlu layan dan jikan majikan pergi ke pTK tuan boleh pergi dan pertahankan hak tuan. Pegawai akan dengar masalah dan buat kputusan terbaik.

      Delete
  15. Salam,

    Majikan saya sering lambat membayar gaji (lebih daripada tujuh hari dari tempoh gaji). Apakah tindakan yang boleh saya ambil? Dan adakah saya boleh berhenti kerja tanpa memberikan notis dua bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Majikan dah buat kesalahan iaitu memabayar gaji lewat seperti yang tuan bgtau. Tindakan tuan ialah, boleh pergi ke PTK berdekatan untuk buat aduan. Segala butir peribadi anda akan dirahsiakan. Tindakan kedua tuan hendak berhenti tanpa memberikan notis adalah satu kesalahan lain. Dan tuan tidak boleh memberikan alasan kerana gaji lewat tuan nak berhenti tanpa notis. Itu salah. Berhentilah dengan baik iaitu beri notis 2 bulan jika ia tertulis dalam kontrak. Dan jika majikan tak bayar gaji bulan terakhir, tuan boleh pergi ke PTK dan buat aduan di sana. InsyaALLAH gaji tuan akan dapat kembali.

      Delete
  16. salam,

    saya saya telah membuat aduan berkaitan diberhentikan tanpa notis..

    persoalan saya

    jika majikan mempunyai kabel di jabatan tenaga buruh..dan keputusan yg diambil tidak telus,,,bolehkah saya proceed ke bahagain sprm ..kerana ada rakan memberitahu majikan mempunya kabel di PTK dan ada staff yg tidak dpt membuat tuntutan sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. cuba proceed kes di PTK dahulu, dan kalau kalah dan tidak dapat tuntut seperti mana yang dituntut.. silakan ke SPRM jika tuan di pihak yang benar. Pekara ini serius dan boleh laporkan terus ke KSM dan SPA. TQ

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam tuan, untuk kes tuan ni admin memang tak dpat nak tolong sebab memang diluar bidang kuasa admin la. Sebab kalau melibatkan badan berkanun memang perlu bhgian spa. Maaf admin pun tak pandai nak advise mcm mana. majikan sepatutnya perlu bagi peluang utk pekerja kemukakan surat tunjuk sebab dulu sebelum nak buang.

      Delete
  18. Salam. Saya ingin bertanya. Saya telah ditamatkan kontrak. Bagaimana saya nak declare ke LHDN yang saya sudah tidak bekerja?. Kerana bulan ni tiada potongan PCB untuk saya. Saya ada baca tentang borang CP22A tapi itu untuk diisi oleh majikan kan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam... itu tuan kena tanya di LHDN la.. Itu diluar bidang dan admin pun tidak mahir dengan prosedur LHDN.Terima kasih

      Delete
  19. salam..sy ingin bertanya mengenai termination dri kerja serta merta..
    1) sy dikatakan tidak hadir kerja berturut2 tanpa sebab..
    - pada hari sy tidak dpt hadir kerja kerana cuti sakit dan telah mendapat pengesahan cuti sakit dri hsptl kerajaan pd 26/11/15 selama 3hari..
    - sy telah maklumkan pd manager sy tntg cuti sy dp 26/11/15 slma 3hri..
    - sy juga ada maklum kn pada rakan sekerja sy mengenai ketidakhadiran sy kerana sakit..dan sy ada beritahu yg sudah beritahu pd manager..

    2)diberi peringatan dri manager..
    - 27/11/15 sy diberitahu agar membuat kptusan segera sblm dia ambik tndakan ke ats sy..dan dia mklumkn pd sy sudah menghantar smua fail2 peribadi sy kepada org atsan utk tindakan ke atas sy diambil..
    - sy hnya berdiam dan rakan sy ada beritahu sy manager sy bising kerana sy tidak masuk kerja dan tidak laporkan pd dia..dia trus beritahu pd rakan sy yg dia xnk sy merayu pd dia lgi..sdgkn manager sy thu mgenai cti skit sy..
    - pd 28/11/15 sy mendapat sms penyindiran dri rakan sy..dan mention jadual kerja ada prubahan kerana sy tidak akan masuk kerja..
    - pd 29/11/15 sy ingin mulakan kerja tetapi sy diberikan peringatan agar rakan sy mgntikan jadual kerja sy..sy dimklumkn dri manager sy klu tidak rse minat utk kerja bt keputusan dan jgn kerja..
    ( sebelum ni sy pnh mndpt amaran kerana kedatangan lambat ke tempat kerja..sy pn tunjuk prubahan sy pd manager sy..dia nmpk prubhn sy tetapi dia mgatakan pada rakan2 sy yg prubhn pd sy hnya sebulan sja bln dpn pasti ada lewat kdatangan..sy ckup kecewa kerana diperlekehkan smpi sbgitu rupa..dia pnh kata pd sy tidak boleh manage sy lg dan cadangkan sy utk meletakkn jwtan sebelum diberhentikan kerja..dia juga ckp sikap sy xpnh nk brubh sdgkn slma sy kerja xpnh lg sy dipanggil kerana ketidaksempurnaan kerja sy..sy xpnh dapat tguran dri rakan dan doktor mgenai cara kerja sy..sy kecewa kerana dia xnmpk kebaikan sy..dia cma nmpk kesalahan sy..dia kly blh nk cri slh sy smpikn kerja sy dia telitu satu per satu..smpi kn sy rsa takut klu dia jmpa salah kerja sy..sy hormat dia..xpnh tinggi suara malah hanya mengangguk setiap apa yg dia katakan pd sy baik buruk sklipn..sy bsabar kerana sy fikirkn niat sy utk kerja dan mencri rezeki halal bkn utk mncri musuh atau dibenci org lain..)

    pada surt trminate kerja tu memaklumkn bahawa sy dibuang kerja serta merta bkuatkuasa pada trikh 26/11/15..
    sy tkjut sbb trikh tsbt trikh sy dlm cti sakit..apa yg perlu sy laku kn utk bersihkn nama sy..mohon pencerahan..kerana sehingga hrini sy msih blm jmpa dgn manager sy..sy malu kerana dia bjaya bt sy ditertawakan oleh rakan2 sy kerana kuasa dia mampu ubah sgalanya..sy msih btnya adakah sy perlu dptkn jasa baik mereka bersihkn nama sy..

    terikasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. nasihat admin, tuan/puan boleh pergi buat aduan di pejabat tenaga kerja di dalam daerah yang sama anda bekerja. Adukan masalah ini kepada pegawai di sana, dan mereka akan memanggil manager dan anda sekali. Jika anda ada mc tersebut, anda jangan takut, pasti kes ini boleh menang. Bila menang, insyaALLAH ia boleh membersihkan nama baik anda. amiinnn..Terima kasih..

      Delete
  20. Salam saya ingin bertanya mengenai diri saya dengan majikan.

    saya di arahkan memberi tunjuk sebab diaatas berikut:-
    1. Mengunakan kenderaan sendiri untuk travel
    2. Membuat tuntutan travel.

    untuk makluman, tugasan di luar pejabat diarahkan oleh pegawai tetapi tidak menyatakan bahawa saya perlu mengunakan kenderaan syarikat atau tidak. bila saya mengisi borang permohonan untuk kerja luar secara online dan di luluskan oleh pegawai tanpa sebarang pertanyaan walaupun borang secara online telah di isi dengan menyatakan kenderaan sendiri.

    Namun ketika hari perjalanan saya terima massage yang menyatakan saya tidak sepatutnya bawa kenderaan sendiri dan kerana sudah separuh perjalanan, saya teruskan juga ke destinasi.

    keduanya, setelah pulang dari kerja di luar kawasan, saya membuat tuntutan kerana bagi saya, saya ada hak kerana telah mengunakan kenderaan saya sendiri tetapi membuat tuntutan dan di luluskan oleh pegawai yang lain.

    sehubungan itu, saya di berikan 2 pertuduhan:-
    1. Ingkar arahan pegawai.
    2 Membuat tuntutan yang tidak sah

    di sini saya ingin bertanya,

    1. jika saya menjawap surat tunjuk sebab dan mengaku kesalahan dan memohon di pertimbangkan hukuman untuk tidak di buang kerja dengan mengambil kira ini adalah kesalahan pertama saya dan 15 tahun saya telah berbakti kepada syarikat. Adakah pihak syarikat boleh menerimanyua dan saya kerja seperti biasa.

    2. cara terbaik untuk menjawap surat tunjuk sebab bagi tidak di kena tindakan yang lebih berat.

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..

      Dalam kes tuan, pastikan semua bukti yang menunjukkan pegawai yang meluluskan itu ada. Dan jadikan kelulusan mereka itu sebagai asas untuk tuan membela diri iaitu utk menjawab surat tersebut.

      Tuan lampirakan bersama surat2 kelulusan mereka. Format utk membuat surat tunjuk sebab sama mcm surat rasmi biasa. Setiap perenggan mesti ada point baru. Jika tiada, taip macam biasa. Tiada format khusus utk surat tersebut.

      Delete
  21. SALAM,

    KES DIBERHENTIKAN TANPA NOTIS,

    MAJIKAN PUTAR BELIT KATA SAYA YG LARI DARI SYARIKAT..PADAHAL SAYA MASIH BEKERJA DAN DISURUH BALIK MELALUI TELIFON..DI JTK MAJIKAN KATA HARI YG DIA KOL SUH SAYA BALIK DIE BERADA DI BALI..SIAP TUNJUK BORDING PASS.SAYA TIDAK MEMBUAT RAKAMAN TEKEFON TERSEBUT..MAJIKAN BNYK PUTAR BELIT CERITA SEHINGGA KATA SAYA CUBE JATUHKAN SYARIKAT KERANA TARIK SEMUA STAFF KEJE DI TEMPAT BARU..DAN MAJIKAN TIADA BUKTI DAN SAYA TIDAK BERBUAT DEMIKIAN.KES KAMI AKAN DIBICARAKAN KERANA TIADA KATA PUTUS.MAJIKAN MASIH TIDAK MAHU MEMBAYAR GANTI RUGI.ADAKAH SAYA BOLEH MENANG DALAM KES INI?ALASAN MAJIKAN LAGI DIE KATA SAYA MMG ADA NIAT NAK BERHENTI KERANA NAMPAK SAYA KEMASKAN BRG2..WALHAL SAYA DISURUH UTK KEMASKAN BRG2 KAWAN SAYA YG TELAH BERHENTI KERANA MEREKA TIDAK MASUK OFIS LAGI..APA PENDAPAT TUAN..ADAKAH AKAN MEMIHAK KEPADA SAYA..DIE ORG BERDUIT DAN DIE BOLEH GUNAKAN KUASA DAN DUIT UTK MENANG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam,

      Jika tuan proceed utk perbicaraan, tuan perlu ada saksi. bawak saksi kawan yg tuan kemas barang dan apa yang patut. Kalau dalam mahkamah, keputusan dibuat berdasarkan eksibit yg ada, kalau tiada harapan utk menang tipis. Sebab alasan kehakiman nanti berdasarkan bukti-bukti yang ada, kalau soal terima arahan daripada fon, memang susah nak buktikan. Tapi tak mengapa, semoga Allah permudahkan dan menyebelahi tuan. Amiin...

      Delete
  22. Sy sbg kerani kontrak di syarikat A.kontak sy telah tamat sebln yg lepas.tp sy masih pergi keje..masalah skrg kalau sy nak berhenti kerja..perlu x bg notis kpd majikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Company ada keluarkan surat apa-apa tak?
      Atau company ada cakap apa-apa pasal kontrak dah tamat tu?
      Jika dia tanya ada nak sambung ke x, dan anda jawab nak.. tu tuan kena ada notis. Jika company terlupa, anda boleh berhenti tnpa notis sebab majikan pun takde bagi hitam putih apa-apa utk pekerjaan selepas habis kontrak itu.

      Delete
  23. salam sejahtera..sy sudah bkerja d sbuah syrkat A sbg kerani.pkhdmatan sy sudah slama hmpir 6 bulan..gji dibawah gaji minimum.iaitu rm850.dan tiada hitam putih slama sy bkrja.baru2 ni bos sy marah kn sy dsebab kan jualan tidak mningkat.apabila dtnya sy cakap la puncanya brang yg djual agk mahal bbanding kedai lain yg bdekatan.dan utk mbayar staf 3org yg bjumlah 2500 dia mgatakan kena cari duit lain.padahal bos agk boros dan mgunakan duit syrikat utk buka hotel cawangan.dan bos menghina sy.mngatakan sy mberi alasan bodoh..sy bhasrat berhenti kerja sbb xtahan dgn makian bos yg xhormat staf dan mngatakan pkerja nya sbg beban.sdangkan kami bkerja bsungguh2..

    perlu kah sy mberi notis bhenti kerja memandangkan sy bkerja tanpa sbarang kontrak.dan berapa lama tmpoh notis? boleh kah sy menuntut baki gaji selama sy berkerja beberapa hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. utk kes u ini, jika tiada kontrak kerja sekalipun, automatik kita akan refer kepada akta mana2 bahagian negeri seperti yang admin terangkan di atas la. Memang kalau dalam undang2 buruh perlu bagi notis jika nak berhenti. dalam kes u, kena bagi notis 4 minggu. Cara yang u boleh buat ialah, ini cara kurang baik..:
      1. bgtau bos kamu, jika saya tidak berguna lagi, suruh saja dia pecat atau berhentikan kamu. kerana itu lebih selamat. tetapi kamu ada ada rekod yang tak baik kan?

      2. kalau nak berhenti juga, bagi je notis 4 minggu, kerja 4 mggu macam biasa, dapat gaji jadi terus berhenti. Jika dia tidak mahu bayar gaji tersebut, kamu ada hak utk buat aduan di PTK yg berdekatan dengan tmpt pekerjaan u.

      Delete
  24. Assalamualikum... saya diberhentikan melalui pengumuman secara verbal sahaja semasa tiba d pejabat. Tiada surat hitam putih diberikan. Untuk makluman tuan, saya mula join company itu (sales and marketting) pada bulan Mac 2015 di bawah probation period. Sehinggalah pada awal bulan October, saya memberi notis sebulan berhenti kerja. Majikan tidak menerima malah meminta saya memasuki bahagian Engineering. Saya terima tawaran tersebut dan masih juga dalam probabtion. Utk makluman tuan, Pihak majikan tidak mengeluarkan apa-apa surat untuk tawaran tersebut. Saya mempunyai lebih 8 tahun pengalaman dalam bidang tersebut berbanding Sales and marketting. Saya melakukan kerja dengan baik dan hal itu diperakui oleh manager di mana beliau juga mengatakan markah KPI saya adalah antara yg tertinggi di syarikat tersebut. Persoalannya, sekitar jam 11 pagi, manager tiba2 mengumumkan pemberhentian saya serta merta secara verbal. Saya menanyakan tentang surat notis, beliau berkata pegawai atasan belum sediakan lagi. Saya diarahkan utk meninggalkan pejabat tersebut serta merta tanpa ada alasan yang kukuh. Saya kembali ke pejabat beberapa minggu selepas itu setelah dihubungi dan disuruh untuk menandatangai beberapa dokumen yg mengesahkan tentang gaji saya yg diwartakan di bawah 'elaun' instead of declare sebagai gaji. Saya bekerja lebih masa pun tidak pernah diberi gaji. Persoalannya, adakah harapan utk saya menuntut hak saya sebagai seorang pekerja probabtion? Masih berpeluang kah saya utk fight kes ini dengan keadaan saya kekurangan byk dokumen seperti punch card, tiada surat perakuan kerja dan sebagainya? Boleh kah saya gunakan potongan EPF sebagai salah satu bahan bukti? Saya harap tuan dapat membantu dan emal saya di farheeznavin@rocketmail.com my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. untuk kes ini, tuan boleh menuntut gaji ganti notis. Semasa sebutan, boleh kemukakan bukti EPF yg dicarum majikan. Untuk bukti lain yang tiada tu, menyukarkan sedikit proses jika kes ini berlarutan ke Mahkamah Buruh. Boleh pergi dahulu ke Pejabat Tenaga Kerja yang sama daerah dengan tempat pekerjaan anda. :)

      Delete
  25. Assalam Admin,

    Saya mempunyai sedikit pertanyaan. soalan saya ialah sekiranya dalam aapointment letter tertulis notis berhenti antara 2 pihak ialah 2 bulan, tetapi saya telah menghantar notis sebulan dan majikan menerimanya, adakah pihak majikan boleh mempertikaikan notis saya apabila menyebut tentang notis 2 bulan tersebut sedangkan majikan telah menerima notis saya pada awalnya (surat sudah dibaca dan disimpan sehingga tempoh sebulan).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..

      Notis itu masih terpakai.. tempoh untuk majikan membuat aduan di pejabat Buruh bila-bila masa..takde had limit. So jika majikan baru perasan yang notis tertulis 2 bulan tapi pekerja bagi 1 bulan notis, majikan boleh menuntut lagi baki notis 1 bulan. Jika majikan tidak menuntut, selamat la.. :)

      Delete
  26. salam Admin,

    Apa perbezaan antara Appointment Letter dan Offer Letter. Jika saya mendapat tawaran kerja dengan majikan hanya memberi Appointment Letter, adakah kandungan dalam surat tersebut sah? saya hanya diberi salinan fotokopi dan tiada sebarang tandatangan saya untuk sebarang perjanjian dokumen selain surat tersebut. Itu sahaja, terima kasih Admin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Ianya sama dan tetap sah dan terpakai kerana tuan meneruskan pekerjaan di sana tanpa apa-apa permintaan untuk diberi surat kontrak penggajian yang dalam bentuk bertandatangan pekerja. Jika majikan tidak mahu menyediakannya, hak kamu nak terima pekerjaan itu atau tidak.

      Delete
  27. Assalamualaikum,
    saya bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 march 2016 atas sebab masalah kewangan syarikat.
    saya telah berkhidmat dari May 2012 dengan gaji RM2800.
    soalan saya, jika saya diberhentikan tanpa notis, berapakah yang boleh saya tuntut dengan majikan? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam tuan..
      Kenapa tanpa notis? Sedangkan tuan bagitahu 31 March ni tamat perkhidmatan.. itu kira dah tahu dan terpakai sebagai notis.

      Cuma boleh tuntut faedah penamatan. pengiraan seperti di atas. :)

      Delete
  28. Salam,

    saya baru bekerja selama 3 bulan di sebuah syarikat swasta. masih belum di confirmkan lagi jawatan saya.

    kelmarin saya telah diberikan notis 24 jam untuk berhenti serta dibayar baki gaji pokok. Ini adalah kerana saya melawan cakap majikan dan tidak mahu menerima teguran majikan disebabkan saya kepenatan setelah habis bekerja.

    adakah majikan saya berhak membuat demikan? bolehkan beliau memberhentikan saya dengan notis 24jam? adakah saya boleh mengambil tindakan pada majikan?

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..

      Boleh ambil tindakan pada majikan walaupun amsih dalam tempoh percubaan.

      Sila ke Pejabat Tenaga Kerja di dalam daerah yang sama tempat tuan bekerja. Jika tiada, boleh ke daerah yang berhampiran.

      Delete
  29. Assalammualaikum Tuan,

    Baru-baru ini saya telah diberikan Notis Pemberhentian dalam tempoh 24 jam. Alasan dari Majikan kononnya saya tidak menjalankan tugas dengan baik. Majikan telah berjanji akan membayar gaji penuh pada saya. Saya masih ada baki cuti sebanyak 24 hari dan majikan akan mempertimbangkan tentang bayaran ganti cuti tersebut.Pertanyaan saya berkenaan faedah penamatan kerja. Layakkah saya menuntut dari majikan memandangkan saya telah bekerja selama 8 tahun. Kawan-kawan saya mengatakan saya layak memandangkan saya diberi notis berhenti 24 jam dan layak untuk menerima faedah 20 hari bekerja dalam setahun. Boleh Admin terangkan. Sekian dan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..

      Yup, tuan layak, sila pergi ke PTK yang terdekat tuan.

      Delete
  30. Assalamualaikum,

    Untuk maklumat tuan, saya telah bekerja di Syarikat A, Gaji bulanan RM 2600, status kontrak probation (1 tahun). Tetapi telah diberhentikan setelah 3 bulan setelah berkhidmat kerana syarikat ada masalah kewangan. Pihak syarikat telah memaklumkan pada saya verbal (seminggu sebelum diberhentikan) dan mengeluarkan surat tamat perkhidmatan (3 hari sebelum berhenti). Menurut Handbook kakitangan kontrak akan diberi 1 bulan notis.

    Saya telah menuntut bayaran ganti notis pada majikkan, tetapi majikkan menolak kerana diberi alasan kerja tidak cukup setahun.

    Soalan saya, adakah saya layak menuntut bayaran ganti notis daripada majikkan? Jika ya, adakah majikkan perlu membayar mengikut daripada Verbal ( seminggu sebelum diberhentikan) atau mengikut surat rasmi (3 hari sebelum diberhentikan).

    Mohon pencerahan pihak tuan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. tuan layak terima notis seperti dalam handbook, tetapi jika dalam handbook juga tercatat mesti habiskan 1 tahun bekerja baru dapat notis 1 bulan, tuan tidak layak kerana tuan kiranya bersetuju syarat tersebut ketika menerima kerja itu.. Jika tiada tertulis perkara tersebut, tuan layak

      Delete
  31. Assalammualaikum..
    Saya nak bertanya beberapa soalan.

    1) Suami saya telah bekerja di syarikat selama setahun 3 bulan sebagai pekerja kontrak tetapi tiada surat hitam putih dan dia telah diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam tanpa sebarang notis bertulis.
    Apakah tindakan yang perlu suami saya lakukan?

    2) Jika ada surat MC, boleh kah pihak syarikat menolak gaji pekerja tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam puan..

      1. Suami layak mdapat gaji ganti notis dan faedah penamatan jika suami puan tiada melakukan apa-apa kesalahan sehingga beliau dibuang kerja.

      2. Jika ada mc, majikan tidak boleh menolak gaji suami puan melainkan jika cuti sakit & cuti tahunan suami juga sudah habis, majikan boleh menolak gaji. Manakala ada sesetengah company tidak menerima mc swasta, majikan juga boleh memotong gj pekerja dengan syarat, pekerja sudah tahu akan peraturan bhw mc swasta tidak boleh diterima.

      Bkenaan dengan no.1, suami puan boleh ke Pejabat Tenaga Kerja didaerah sama suami bkerja, jika tiada boleh ke daerah berhampiran untuk membuat tuntutan terhadap majikan.

      Delete
  32. salam,

    Saya dahulu bekerja di sebuah syarikat event dan semasa saya diberi surat offer later, saya kena sign tanpa sempat membaca segala isi kandungan.Selepas pada itu,saya tidak pernah menerima surat appoinment latter,dan bila dimintak majikan lama cakap nanti2 sampai saya berhenti pada hujung tahun lepas. Bila majikan lama tahu saya berkerja di syarikat event yang lain,mereka bagitahu yang saya langgar syarat dalam kandungan kontrak dan nak saman saya. Soalanya, saya tidak pernah menerima salinan surat tawaran kerja dan pengesahan kerja. adakah saya dipihak yang benar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...

      1st, tuan salah sebab tak baca apa-apa terma syarat dalam offer letter tersebut. Jika ada tertulis ttang apa yang majikan tersebut buat terhadap tuan sekrang, mereka boleh lakukan.

      Jika tiada, kira tuan skrg dianayai dan tuan boleh ambik melawan kes ini.

      Rujuk balik offer letter tersebut jika tiada, nasihat saya boleh pergi ke PTK berdekatan untuk nasihat sewajarnya

      Delete
  33. As'salam puan, saya adalah pekerja swasta(berkontrak tahunan) & bekerja dlm syif saya mempunyai 2-kes yg dicajkan oleh ketua jab. sy.

    1/-Bagaimana sekiranya saya tidak hadir pada 30/12/15 kerja mendapat cuti sakit, tetapi surat cuti sakit dr doktor sy tercicir dan tidak dapat sy kemukaan kepada ketua jab. adakah sy boleh dicajkan sebagai tidakhadir bertugas.

    2/- saya masuk syif malam pada 12/1/16 dan setelah Thumb-print kehadiran, sy mohon izin ketua syif untuk balik kerana urusan keluarga (keuar lebih kurang 5.30pm), kemudian lebihkurang jam 10pm sy kembali kerja & mendapati tempat sy telah diganti oleh pekerja lain & sy terus ambil keputusan untuk pulang dan kembali ke esok hari 13/1/16 untuk thumb-print keluar lalu memohon cuti utk 14/1/16 hingga 15/1/16. Sy telah dicajkan tidakhadir bertugas pada 2-hari iaitu 12/1/16 & 13/1/16. Sy juga telah diberikan surat tunjuk sebab oleh ketua jab. sy & hendaklah dijawab dalam tempoh tujuh(7) hari secara bertulis.

    SOALAN ; Patutkah 13/1/16 tersebut yg sepatutnya hari rehat sy boleh dicajkan tidakhadir.

    Mohon pihak puan dapat memberi pandangan & nasihat, Terima-kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam

      1. menjadi kewajiban pekerja mengemukakan MC yang dapat daripada hospital atau klinik. jika tercicir itu kecuaian pihak tuan sendiri, dan majikan boleh cajkan sedemikian. Ini kerana bukti konkrit tiada, jika dapat ambil resit lain dengan doktor lagi baik.

      2. Jawab dalam surat tu, 13 hrbln adalah hari cuti anda, kenapa dikatakan tidak hadir. dan kenapa tempat saya digantikan dengan org lain.

      Surat tunjuk sebab adalah surat terbaik untuk tuan menjawab segala tuduhan. Jika masih ada pemberhentian kerja berlaku, sila ke PTK berdekatan untuk tuan meminta nasihat daripada pihak mereka.

      Delete
  34. as salam..saya telah beri notis sebulan kepada majikan saya atas alasan tidak sesuai bekerja di situ.tetapi disebabkan kesalahan saya memberi staff partime baki gajinya majikan saya menganggap notis tersebut sebagai notis pemberhentian kerja.(saya bagi bukan suka2 tapi takut dan cemas,lagipun kalau orang lain di tempat saya dia pasti akan buat perkara yang sama).tetapi majikan saya serahkan notis itu kepada saya 3 hari sebelum notis asal saya tamat.atas tindakan saya tersebut gaji saya telah dipotong 1/2 bulan dan selebihnya telah ditolak untuk ganti rugi duit syarikat yang hilang semasa jagaan staff partime tersebut.kalau saya rujuk kepada jabatan buruh adakah saya memang bersalah?kerana majikan saya pun bagi gaji yg rendah dari rm900,tiada slip gaji dan bayar gaji lebih dari 15hb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. jika hal berkenaan, sangat rumit untuk saya fahami masalah ini, lebih baik ke PTK berdekatan dan minta nasihat mereka dan tuan juga boleh membuat aduan tentang gaji minimum yang rendah dan tiada slip gaji diberikan. Lambat bayar gaji juga boleh diadukan.

      Delete
  35. Assalamualaikum,
    Suami saya telah di berhentikan kerja melalui sms Tampa sebarang notis, leader menghantar sms mengatakan,tak perlu datang kerja esok, hari ni hari terakhir anda kerja, pada 20/January/2016, suami hanya menurut Dan buntu sekarang nak cari kerja,suami telah berkhidmat hampir 5 tahun,boleh ke buat aduan walaupun tampa appointment letter(da hilang), Dan SMS yg leader suami hantar, suami da delete, Dan lagi 1 baki gaji suami tidak di bayar...bagaimana saya nak buat adaun...boleh ke ke suami buat tuntutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Puan boleh minta suami ke PTK berdekatan. Bukti juga sudah tiada, bimbang majikan tidak mengaku dan menjadi masalah dipihak suami puan utk buktikan beliau dibuang kerja. tetapi boleh pergi ke sana dan minta bantuan pegawai di sana. hak suami puan masih ada. InsyaALLAH

      Delete
  36. Saya berumur 54 tahun ketika diambil bekerja oleh Syarikat A pada Jun 2006. Perkhidmatan secara kontrak(year to year contract) dan diperbaharui setiap tahun pada bulan Jun. Bagaimanapun, pada Jun 2015, kontrak kerja hanya untuk 6 bulan sahaja iaitu bagi Jun 2015 hingga 31 Dis 2015. Saya dimaklumkan secara lisan syarikat akan membuat penstrukturan dan untuk memudahkan pihak pengurusan, dokumen kontrak akan dikeluarkan pada Januari 2016. Bagaimanapun, pada 28 Nov 2015, saya diberi Notis Penamatan Kontrak selama 4 minggu. Saya mengemukakan surat rayuan tetapi ditolak dan dinyatakan bahawa bayaran pampasan/faedah pemberhentian kerja tidak layak dibayar kerana saya bukan kepada pekerja taraf tetap. Setelah bekerja hampir 10 tahun di syarikat yang sama, pada hari terakhir bekerja saya hanya bawa balik sebulan gaji.

    i. Saya sepatutnya diberi notis 8 minggu kerana telah berkhidmat lebih daripada 5 tahun (9.5 tahun). Adakah saya layak mendapat apa-apa remedi bagi tempoh notis terkurang 4 minggu itu?

    ii. Benarkah saya tidak layak mendapat apa-apa Faedah Penamatan Kerja yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955?

    iii. Bagaimana hendak memastikan kes saya diproses dengan sepatutnya? Telah diketahui pegawai PTK ditempat ini tidak menjalankan tugasnya dengan jujur kerana boleh disogok oleh pihak majikan.

    iv. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Pekerja-pekerja yang tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh? Adakah saya termasuk di bawah kategori ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i. Jika tempoh penyambungan kontrak tuan tidak terputus selama 30hari, tuan layak seperti mana tercatat dalam undang2 buruh. layak dapat 8bln notis. Jika majikan tidak bagi cukup notis, tuan berhak boleh tuntut baki notis yang tidak cukup itu.

      ii. Tuan juga layak mendapat dan menuntut faedah penamatan kerja tersebut ikut kepada akta kerja. Jika tuan tidak pernah terputus kontrak selama 30 hari

      iii. Yang ini adalah perkara serius bagi saya kerana ia adalah suatu benda yang tidak boleh dibuat tuduhan tanpa ada bukti yang benar. Jika ada dan siapa yang bagitahu perkara tersebut, sila ke SPRM untuk buat laporan. Itu adalah saluran yang betul untuk mengambil tindakan terhadap pegawai tersebut. Jika hati tuan juga mengatakan SPRM juga boleh disogok, saya tiadk tahu nak jawab macam mana lagi..

      iv. Ok, ini penting.. Pekerja yang tidak dilindungi oleh undang2 buruh adalah pekerja yang bergaji RM2500,00 ke atas. Jika pekerja ini pekerja mahir bergaji lebih daripada RM2500, mereka ini masih dilindungi. Tetapi jika jawatannya lebih berada di pejabat daripada ditapak pekerjaan, mereka ini tidak dilindungi. Jika tuan beranggap tuan adalah pekerja tidak dilindungi, tuan tidak layak utk menuntut point i & ii. Tetapi tuan boleh ke JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN kerana jabatan ini yang mengendalikan kes pekerja eksekutif ke atas.

      Tuan tiada memberitahu JAWATAN dan GAJI tuan, so sy tidak jelas tuan berada pada tahap mana. Tk

      Delete
  37. Sy nk tyer klu kite kjer ade cmfmsion letter die tulis prcubaan slme 3bulan brgantung dlm prtasi kje...tpi bru sbulan kjer die brhenti kn...ngn tiada sbb mcm mne???blh ambk tindakan x...lps tu prkjer yg lme kjer dkt 5 ke 1thun kjer xde epf sosso n gaji 1k ke 800????mcm mne erk kes nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan/puan layak menuntut dan boleh pergi ke PTK berdekatan dengan anda untuk buat laporan.

      Delete
  38. Saya bekerja selama 10 bulan tanpa di berikan surat tawaran kerja.saya selalu mendesak majikan untuk memberikan saya surat tawaran tapi majikan saya selalu mengelak sehingga akhirnya pada bulan jun majikan memberitahu akan bersara dan mengikut keluarga dan saya tidak diberikan apa-apa pampasan atau notis.adakah saya dapat menuntut sebarang pampasan dari bekas majikan

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum wbt..
    Saya telah mengalami stress ditempat kerja dan saya trauma nak pegi kerja.. sekarang saya nak berhenti atas alasan tidak tahan dengan pihak pengurusan disebabkan masalah mengarahkan saya untuk menyelesaikan masalah orang lain... tapi saya x nak.. disebabkan perkara tersebut.. saya stresa dan pada hari sabtu nanti saya akan berjumpa dengan doktor pakar emosi.. saya dah beri surat notis 24jam... tetapi pihak hr tidak nak simpan.. so mcm mana saya nak berhenti kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Berhenti kerja adalah hak pekerja. tetapi proses untuk berhenti kerja perlu mematuhi undang2. Tidak boleh berhenti 24jam kerana anda boleh dikenakan tidakan. Jika ada masalah bergini, perlu berbincang dengan baik dengan pihak majikan. Dan tuan boleh boleh aduan di PTK berdekatan

      Delete
  40. Assalamualaikum..

    Kalau suda kerja 2 tahun, kemudian diberhentikan kerja 24jam atas alasan bergaduh mulut dengan atasan dan kerana kereta kompeni ada sedikit calar akibat tergesel.. bagaimana dgn kes ini..minta penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam

      Tuan boleh cuba untuk tuntut dengan pergi ke PTK berdekatan. Tetapi saya tidak boleh berjanji kerana kes kamu sebagai pekerja adalah serius sehingga menyebabkan pergaduhan dengan pihak atasan. Dan memang boleh dibuang kerja.

      Delete
  41. Salam admin
    Saya ingin bertanya, kwn saya telah memberi notis 2bulan mengikut kontrak.jika dia melanggar kontrak tersebut contohnya berhenti kerja sebelum cukup 2bulan, apakah kesan yang akan berlaku keatas dirinya? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam anak raja
      Jika kwn bagi notis 2 bln tanpa habiskan tempoh itu contoh 1 bulan sahaja, dia perlu bayar gaji 1 bulan kepada majikan dia.. Jika seminggu xcukup seminggu lah gaji kena bayar.. Klu gaji bulanan kena bahagi dgn 26

      Delete
  42. HAI...
    SAYA ADA SATU SOALAN...
    SAYA DAHULU KERJA DISEBUAH SYARIKAT SWASTA...PADA BULAN APRIL 2014,SYARIKAT TEMPAT SAYA BEKERJA TELAH TUTUP...SYARIKAT ITU TELAH BUAT LIKUDASI SECARA SUKARELA...
    ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MENDAPAT PAMPASAN DARI PENUTUPAN SYARIKAT?
    BERAPA LAMA PAMPASAN ITU AKAN DIPEROLEHI?

    ReplyDelete
  43. Hello..
    Sekiranya majikan memecat kita tanpa memberi apa2 notis berhenti dan dia hnya memberi kita gaji sbyk 3 bulan, adakah tindakan ini sah? Boleh ka diberhentikan tanpa diberi apa2 sebab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello,
      Boleh tiada masalah jika majikan membayar segala hak anda seperti di atas.

      Delete
  44. Rakan diberhentikan kerja serta merta tanpa alasan yang munasabah..tetapi dibayar 3 bulan gaji..boleh ke tindakan saman ke atas majikan dibuat..

    ReplyDelete
  45. Assalam sy nak tanya ..
    Klau kerja kurang 12bulan msih layak ke dpt faedah penamatan kja dibawah akta kerja 1955.section 12(3)
    majikan xmampu mmpu mneruskan perniagaan..tq

    ReplyDelete
  46. Pemotongan gaji 4 hari atas alasan cuti tanpa pemberitahuan? Boleh ke majikan buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh majikan memotong gaji 4 hari untuk sehari cuti. Tetapi jika 4 hari tuan/puan tak hadir tanpa apa2 sebab dan takde usaha nak bagitahu majikan, dikira sebagai unpaid. majikan boleh potong. tapi jika majikan baik, boleh potong annual leave. tapi kalau dia potong gaji tak salah juga

      Delete
  47. Assalamualaikum

    Sy nk brtnye, kes disuruh berhenti kerja atas sebab yg tidak munasabah. Tapi gaji melebihi 5k dan jtk tidak mampu untuk mengendalikan kes ini, bagaimana sy mahu meminta faedah pampasan sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berdekatan

      Delete
  48. Sebagai majikan, sekiranya kita terpaksa melepaskan pekerja yang telah bekerja 8 tahun dan bergaji RM 4000 sebelum allowance kerana masalah kewangan, apa langkah2 yang perlu kita ambil? Bagaimana kalau kita tidak ada kewanga untuk membayar pampasan sebanyak yang kita patut bayar itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya jika pekerja itu layak memdapat pampasan, nak tak nak majikan kena ikhtiar juga cari kewangan tu. Sbb dalam akta dah tertulis mcm itu. Tapi, jika pekerja tuan tu baik, bagus, mesti dia faham keadaan tuan dan boleh dibawa berbincang mengenai nilai pampasan yang nak dibayar. Asal diorg happy dan tak lapor di PTK, kira okey la..

      Delete
  49. Assalamualaikum.saya bekerja di sebuah kedai pakistan kedai perabot dan karpet. Majikan saya berhentikan saya krja tnpa notis/gaji dan sebab kenapa saya di berhentikan. Saya baru shja bkerja nak smpai sebulan 6hari lagi saya dah genap sebulan.tiap hari tak da cuti. 7hari bekerja. Kalau nak cuti pun bagitau tapi gaji tak potong. Saya ingin bagi MC tp dia tak ambil. Saya nak tanya saya patut buat apa ni. Saya sda buat laporan kan jtk. Saya nak tanya berapa hari proses dan saya nak tanya jga adakah jumlah yg jtk ingin majikan saya bayar. Saya dpat semuanya. Atau pun separuh. Kalau majikan saya enggan nak bayar jtk ingin buat apa. Saya bekerja misalnya saya masuk tanggal 12 saya gaji bulan depan tanggal 12 juga. Jadi boleh bagi saya sedikit nasihat dan penjelasan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Ini puan boleh claim banyak, claim kerja hari rehat, claim cuti yang ada mc tapi tak diterima, boleh claim gaji hari yang puan bekerja. Paling penting pergi labour office, minta nasihat officer sana.InsyaALLAH boleh claim

      Delete
  50. Assalam. Suami saya adalah pekerja tetap sebuah syarikat selama 5 tahun. Akan ditamatkan perkhidmatan hujung Ogos tanpa sebab yang munasabah. Mungkin politik dalaman. Surat notis berhenti akan diberi hujung bulan Mei. Adakah suami saya berhak mendapat tuntutan diberhenti kerja? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. Dari segi notis company sudah ikut undang2.. Tp suami boleh tuntut faedah penamatan kerja. Seeloknya nanti lepas sudah ditamatkan terus ke PTK bdekatan minta nasihat mereka lg ok

      Delete
  51. Assalamualaikum admin..kalau bekerja di sektor kerajaan dan berkhidmat lebih dari 15tahun boleh ke ditamatkan dalam perkhidmatan,saya buntu memikirkan...apa boleh membuat aduan di PTK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. Pekerja sektor kerajaan dan badan berkanun tdk boleh mnuntut di JTK tetapi haknya boleh di cabar di mahkamah tinggi di bwh pelembagaan persekutuan. So msa di court pekerja itu akan melawan kerajaan. Terima kasih

      Delete
  52. salam. saya dah lapor diri dgn menghadirkan diri pada hari pertama tersebut. tapi saya belum submit or sign offer letter. soalan saya boleh tak saya terus berhenti keesokan hari since offer letter belum submit. perlu bagi notis jugak ke? adakah saya akan dikenakan tindakan? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. Jika belum sign offer letter.. Blh berhenti jer tanpa notis sebab belum terikat dengan syarikat itu

      Delete
  53. salam admin.mohon penjelasan sekiranya diberhentikan kerja kerana syarikat kurangkan kos. notis 2jam saya akan dapat:- 2bulan gaji(ikot offer letter) + pampasan 20hari x 5tahun kerja? terima kasih.

    ReplyDelete
  54. Salam admin,
    Saya ingin bertanya, jika saya dihentikan dan mendapat pampasan, kiraan pampasan itu hanya basic pay sahaja atau termasuk special allowance yang saya dapat setiap bulan selama perkhidmatan saya? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      basic + dengan fixed allowance. Jika elaun tu elaun bukan tunai atau elaun mengikut kepada kedatangan misalnya, tidak tetap setiap bulan tak boleh ditambah untuk dikira pampasan.

      Delete
  55. Assalammualaikum admin.

    Saya ada menerima saman dari pihak majikan saya. Saya turut diminta untuk hadir ke pejabat buruh.

    Kes saya.

    Saya menerima jawatan Operation Executive dan bergaji RM 2900.00. Tempoh percubaan adalah selama 3 bulan. Dalam tempoh percubaan saya dikehendaki untuk memberikan notis berhenti kerja selama 7 hari. Saya ada memberi surat berhenti kerja dan terus tidak datang kerja. Setelah itu saya menerima surat daripada pihak majikan dan pejabat buruh berkenaan tuntutan mereka terhadap saya.

    Ingin dinyatakan disini, saya berhenti kerja kerana mengalami masalah kebajikan yang diabaikan oleh pihak majikan.

    1. Saya diminta pergi ke appoinment di beberapa lokasi dan tidak diberi sebarang wang mahupun dibolehkan claim. Sebaliknya saya diminta menggunakan kenderaan dan perbelanjaan sendiri. Saya berasa tertipu dengan keadaan ini kerana ketika saya diberi tugasan-tugasan tersebut, saya ada bertanyakan hal ini kepada HR dan superior saya, ( superior dan HR adalah orang yang sama). Superior saya mengatakan saya diminta untuk claim pada awal bulan berikutnya iaitu sebelum 10hb. Namum setelah saya -memberikan dokumen-dokumen tersebut,ianya ditolak dan dinyatakan hanya pekerja tetap sahaja yang dibenarkan untuk membuat claim. Saya berasa tertipu dengan perkara ini.

    2. Saya diminta bekerja pada sabtu dan ahad dan tidak dibayar gaji sedangkan didalam offer letter dinyatakan untuk 9.00 am - 6pm ( monday - friday).

    3. Saya diprovokasi secara lisan berkaitan pengesahan jawatan dan kenaikan gaji. Saya diugut untuk tidak dinaikkan gaji tetapi akan dibebani dengan banyak kerja.

    4. Saya diminta untuk melakukan kerja-kerja peribadi Boss saya seperti pergi mengambil vacuum cleaner beliau yang rosak di harvey norman ikea menggunakan kereta saya sendiri.

    5. Saya seorang wanita. Saya diminta untuk mengikuti pihak contractor ( syarikat lain ) dalam melakukan kerja mereka di sebuah lokasi. Pekerja kontractor itu 2-3 orang ( semua lelaki) dan saya diminta mengikut mereka dengan pergi bersama menggunakan lori contractor. Saya enggan pergi kesana menggunakan kereta saya kerana saya tidak dibenarkan membuat claim, jadi pihak majikan saya meminta saya untuk pergi dengan contractor tersebut tanpa mengambil rasa tanggungjawap keselamatan terhadap saya.

    6. Saya dipanggil denagan perkataan seperti bodoh dan sebagainya ketika melakukan urusan kerja. Saya menganggap pihak majikan saya tidak profesional dalam melakukan kerja dan mengabaikan kebajikan pekerja.

    7. Saya juga tidak diberikan slip gaji sepanjang bekerja disana dan apabila diminta, saya diberitahu bahawa hanya akan menerima slip gaji saya selepas 3 bulan.

    Oleh yang demikian, saya berasa tidak berminat dan bimbang prestasi kerja saya menurun sekaligus membuatkan hasil kerja saya kurang berkualiti sekiranya terus bekerja disana. Saya mengajukan surat berhenti saya kepada boss saya dan beliau meminta saya berbincang dengan superior saya. Saya tetap tidak mahu meneruskan perkhidmatan saya di syarikat tersebut.

    Setelah kira-kira 7 hingga 15 hari, saya menerima surat dari pihak majikan dan pejabat buruh untuk datang membayar tuntutan daripada pihak majikan saya. Iaitu sejumlah wang daripada gaji saya.

    Soalan saya,

    1. Adakah saya akan dimasukkan ke penjara sekiranya saya mengabaikan surat daripada majikan dan pejabat buruh ?

    2. Apakah pendapat admin berkaitan kes saya ? Adakah pihak pejabat buruh akan mendengar masalah saya mengapa saya melarikan diri dari pihak majikan ? Adakah saya mungkin menang akan kes ini dan tidak perlu membayar tuntutan majikan saya?

    ReplyDelete
  56. kami selaku majikan telah mengeluarkan surat amaran sebanyak 3 kali kepada seorang pekerja yang melakukan kesalahan yang bertentang dan polisi syarikat. kami telah memberi notis pemberhentian 24 jam pada awal bulan may lalu setelah memberikan masa 6 bulan untuk berubah beserta beberapa sesi perbincangan terdahulu. kesalahan2 seperti berikut:
    1. datang lewat
    2. bermain youtube fb dan games semasa waktu pejabat
    3. cuti tanpa kelulusan terlebih dahulu
    4. keluar waktu pejabat tanpa sebarang makluman
    5. menjalan perniagaan ( design printing baju) semasa waktu bekerja dan menggunakan peralatan pejabat
    6 gagal melaksanakan tugas yang diberi
    soalan;
    perlukah kami membayar sebarang bayaran kepada pekerja berkenaan.sedangkan notis dikeluarkan pd 5hb dan cuti tahunan telah terlebih digunakan sebnyak 5 hari oleh pekerja berkenaan dan pekerja tersebut menuntut bayaran notis dari pihak kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika majikan ingin menamatkan perkhidmatan pekerja, mereka perlu memberi surat tunjuk sebab kepada pekerja mereka. Warning letter tidak digalakkan kerana tidak dapat defend majikan kalau kes masuk mahkamah buruh. Jika tuan sudah kasi Show Cause Letter kepada pekerja, dan mereka perlu menjawab surat itu atas kesalahan yang telah ditulis di dlm surat yg majikan berikan. Jika alasan kurang memuaskan, dan masih lagi berulang pekerja yang sama,majikan boleh berhentikan pekerja, dan perlu kasi notis tanpa pampasan. Harap jelas.

      Delete
  57. Waalaikumsalam Alyana Serizawa

    Maaf saya mencelah sebelum admin memberi jawapan. :-)

    1- Setakat ini saya rasa belum ada lagi sampai tahap dipenjarakan sekiranya mengabaikan surat tersebut. Tetapi adalah lebih baik awak datang pejabat buruh(PTK) pada tarikh yang ditetapkan kerana saman yang dihantar tersebut bertujuan untuk berbincang bagi tuntutan majikan awak. Sila rujuk kembali surat tersebut samada ianya bertujuan untuk SEBUTAN atau PERBICARAAN. Saya rasa itu surat untuk sebutan. Jika sebutan ianya masih dalam peringkat perbincangan. Tetapi jika tertera PERBICARAAN maka ianya sudah melibatkan Mahkamah Buruh dan perbicaraan boleh dijalankan tanpa kehadiran awak dan jika keputusan telah dikeluarkan dan tidak memihak kepada awak maka awak akan diminta untuk membayar tuntutan majikan awak itu.

    2- Pejabat buruh hanya melihat kepada Fakta, iaitu bukti. Awak telah diberi kontrak perkhidmatan, dalam kontrak perkhidmatan telah dinyatakan dengan jelas bahawa tempoh notis untuk menamatkan perkhidmatan adalah 7 hari maka tindakan awak memberikan notis serta merta(bagi notis dan terus berhenti) adalah satu kesalahan. Oleh itu majikan awak berhak menuntut daripada awak gaji ganti notis 7 hari tersebut. Walaubagaimanapun, nasihat saya, awak hadir sahaja ke pejabat buruh seperti mana ketetapan surat tersebut, bawa segala bukti kesalahan(bukti mestilah dalam bentuk dokumen) yang majikan telah lakukan dan berbincang secara baik dengan majikan, jangan terlalu emosi. Mungkin majikan awak bersetuju menarik balik tuntutan terhadap awak selepas mendengar penjelasan awak. Tak pun dia bagi diskaun dari jumlah tuntutan tu.

    Banyakkan berdoa moga Allah permudahkan urusan awak ini. Hati manusia Allah yang pegang :-)

    Jangan lari dari masalah dan belajar setiap momen dengan hati terbuka. Mana tahu satu hari nanti awak akan jadi majikan pula.

    Good Luck

    ReplyDelete
  58. Kalau diberhentikan oleh syarikat dlm masa 24jam tanpa notis berkerja xcukup setahun mcm mane. Dalam kontrac syarikat kena beri notis 2bulan oleh syarikat.. dlm saman tertulis tidak hadir berkerja dan tanpa notis penamatan pada syarikat
    Sedangkan kerja telah dibuang tanpa notis

    ReplyDelete
  59. Saya telah brhenti kerja selama setahun dan duit gaji masih brjalan. Saya telah menggunakan wang tersebut. Baru2 ini saya menerima panggilan dari pihak bekas majikan meminta untuk dipulangkan jumlah wang tersebut. Apakah hak saya.. pada mula saya ingin melaporkan tetapi dilema mereka akan membuat tuntutan. Apakah saya yang harus brtanggungjawab sedangkan punca adalah kecuaian pihak HR sendiri.apakah tindakan yang mungkin diambil terhadap saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes ni memang sah-sah salah tuan..tak kira la cuai ke, salah masuk ke.. memang bukan hak tuan. So salah lah, di sisi undang-undang dah salah, apatah lagi dari segi agama.

      Delete
  60. SAYA INGIN MELETAK JAWATAN DENGAN MENYERAHKAN NOTIS I BULAN SEBAGAIMANA TERTULIS DALAM AGREEMENT. WALAUBAGAIMANAPUN MAJIKAN SAYA TELAH MENOLAK NOTIS TERSEBUT DAN TIDAK MEMBENARKAN SAYA BERHENTI. APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN KERANA SAYA MEMANG TIDAK BERMINAT LAGI UNTUK MENERUSKAN PERKHIDMATAN SY DI SYKT TERSEBUT. ADAKAH PERKARA INI BOLEH DIADUKAN DI JTK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berhenti dengan notis, puan lakukan apa yang sepatutnya, puan just pergi ke JTK minta advice pegawai di sana dan mungkin pegawai di sana boleh call ofis puan bertanya kan masalah ini dengan majikan itu sendiri.

      Delete
  61. Salam

    Saya bekerja di syarikat swasta, dan saya diberhentikan tanpa notis, hanya melalui Whatssap dan diberi tahu saya diberhentikan kerana gagal dalam tempoh percubaan. dan dia suruh amek surat berhenti kat opis.

    dalam waktu tu saya tak boleh datang kerja atas sebab tak sihat. boss cakap tempoh percubaan saya selama 3month masa interview, dalam borang takde tulis, tapi dia cakap by mulut. kat borang tu cuma ada tulis utk isi kerja je. sedangkan saya baru kerja 2bulan.

    apa yang patut saya buat ? saya ada hak ke utk bela diri saya ? utk pampasan atau mcm mana ? kerana saya ada bukti bukti Whatsapp dia berhentikan saya. di berhentikan saya atas sebab sebab tidak respon dalam group Whatsapp, dan tidak update gambar kerja sahaja.

    Mohon pencerahan sis. Terima kasih - Amat

    ReplyDelete
  62. assalam..

    sy bekerja di syarikat swasta selama 4 tahun dan kontrak saya diperbaharui mengikut prestasi. kontrak saya masih lagi berbaki sebulan dan dalam proses untuk perbaharuan. Tiba2 saya dimaklumkan saya telah diberhentikan kerja serta merta melalui lisan dan notis kurang dari sebulan atas alasan saya tidak fit utk bekerja disebabkan high mc tetapi prestasi kerja saya tiada masalah. Untuk makluman saudara, saya telah memberi justification dari hospital kepada pihak syarikat mengenai sakit saya (prolapsed disc) dimana salah satu punca sakit saya ialah kondisi kerusi yg teruk di syarikat saya. adakah saya layak untuk membuat tuntutan daripada syarikat kerana memberhentikan sy serta merta kerana seolah2 ditindas oleh majikan saya disebabkan sakit saya ni. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Jika benar tuan diberhentikan kerana tidak fit, majikan masih perlu memberi faedah atau hak yg tuan berhak di atasnya iaitu notis, faedah penamatan kerja dan baki cuti tahunan. Boleh ke PTK untuk laporan.

      Delete
  63. Assalam,
    Saya bekerja disyarikat swasta yang menawarkan kerja-kerja event,tak sampai berbulan bertahun.saya terlalu baru dengan bos saya ni.saya bekerja pun sebab ingatkn saya akan dapat gaji event.
    tetapi bila saya diterima kerja saya perlu bekerja atas nama syarikat bos saya tapi bukan event.maksud saya disini, gaji saya masuk untuk gaji bulanan bukan gaji event habis je event dapat gaji.
    Suatu hari saya ambil cuti urgent,selama sehari, oleh sebab saya cuti sehari,malam tu bos saya whatapps yang saya dah pun diberhentikan kerja.keesokkannya saya tidak perlu lagi datang bekerja seperti biasa.Dalam masa sama bos saya dan suami beritahu yang mereka tak akan membayar gaji saya sesen pun atas alasan gaji saya mereka ambil untuk tanggung kerugian sehari saya tidak bekerja..
    Saya nak tuntut gaji saya, dan yang saya ada cuma bukti whatapps yang mereka suami dan isteri beritahu tentng gaji saya yang mereka ambil juga saya diberhenti pada malam tu juga.
    Apakah yang patut saya buat? Boleh bagi cara saya nak ambil hak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. tuan boleh rujuk ke PTK berdekatan dengan anda. Kalau dari cerita tuan ini, mereka tidak ada hak buat sedemikian. Boleh buat tuntutan melalui PTK berdekatan dengan anda.

      Delete
  64. Salam
    admin nak mintak tolong bagaimana sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan saya sedangkan noticed belum cukup 3bulan daripada tarikh aq terima..kurang 7hari ..tolong komen

    ReplyDelete
  65. hi . saya ingin bertanya kalau majikan memberhentikan saya serta-merta dan tidak memberikan sebarang notis sebelum tarikh saya diberhentikan , apakah tindakan yang saya boleh ambil ? saya baru berkerja selama 5 bulan .

    saya masih ada baki 21 hari sehingga gaji . adakah saya layak mendapatkan gaji penuh atau bagaimana . terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok alasan apa dlu, jika saudara yang buat masalah, memang tak dapat. Jika alasan tidak munasabah, saudara boleh claim notis. Tak dapat full tapi dapat jumlah hari yang saudara bekerja sahaja.

      Delete
  66. Assaalamualaikum & salam sejahtera,
    Syarikat saya sedang dalam membuang kakitangan. Saya adalah kakitangan tetap yang telah bekerja selama 7tahun. Saya telah diarahkan meletakkan jawatan/mencari kerja ditempat lain dan diberikan tempoh sebulan. Atas alasan tidak perform. Syarikat tidak akan memberikan sebarang pampasan kepada kakitangan yang akan diberhentikan kerja. Apa yang tindakan/langkah-langkah yang perlu saya buat. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..
      Majikan tidak boleh mereka reka alasan yang tidak logik seperti itu semata-mata nak kurangkan pekerja. Anda boleh lawan di PTK atau melalui sivil

      Delete
  67. Salam

    Kalau seseorang itu tidak berkerja sampai 1 tahun iaitu 6 bulan tidak termasuk bulan Oktober. Kes seperti ini, sabanyak berapakah gaji yang perlu diganti oleh majikan?
    Cara kiraan dia macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Kalau majikan sudah bagi notis selama sebulan kepada tuan, tuan tidak layak lagi tuntut gaji dengan majikan. Jika majikan buang tanpa notis, pengiraan seperti di atas. Iaitu notis selam 4 minggu atau sebulan atau bnrgantung kepada kontrak perkhidmatan anda.

      Delete
  68. Salam..

    saya nak bertanya..tempat kerja saya telah memberhentikan operasi nya pada bulan ogos 2016..company ini swasta dibawah nama sendirian berhad..kes telah dirujuk kepada pejabat buruh untuk tuntutan pampasan serta pembayaran gaji yang masih tertunggak dari bulan july-ogos 2016.

    persoalan saya adakah kes tuntutan pampasan ini mudah untuk di selesaikan di mana saya ada membaca bahawa kes tuntutan di bawa syarikat sendirian berhad adalah mengambil masa yang lama untuk di selesaikan..

    minta penerangan dari pihak tuan..

    adakah majikan lama saya boleh di dakwa atas kesalah ini?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. kalau melibatkan syarikat menutup operasi sukar juga nak settle.

      Tapi kalau syarikat sudah ditutup/winding up sekalipun kes tetap akan dirujuk ke Jabatan Insolvensi Malaysia. Minta bersabar dan bagi pegawai labour buat kerja dahulu. dan puan boleh follow up kes dengan pegawai tersebut. InsyaAllah semoga dapat diselesaikan sebaik mungkin.

      Delete
  69. Assalamualaikum..

    Di sini saya nk bertanya company tempat saya bekerja telah tamat operasi dan berpindah ke tempat lain memandangkn projek dah siap.

    Company tempat kami berkerja tidak memberikan notis secara bertulis hanya secara lisan sahaja.

    Saya berkerja di company tersebut selama 2 tahun lebih.

    Persoalannya di sini adakah saya layak menuntut pampasan ?

    Mohon pencerahan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..

      Projeknya memang dah dibagitahu awal-awal ke sampai bila?
      Kalau dah berhenti operasi ke apa kena bagi notis juga sebenarnya. Nasihat admin, pergi ke PTK yang terdekat, dan minta nasihat mereka.

      Delete
  70. Salam sejahtera,

    Pertanyaan, sekiranya syarikat saya telah bertukar baru yang mana masih menggunakan nama syarikat yang sama dan pengambilan alihan oleh pengurusan baru, serta tidak semua pekerja yang asal di ambil, cuma yang terpilih sahaja yang dipilih. Apakah yang perlu saya buat.
    bermaksud
    Sekiranya setelah pengambil alihan berlaku, apakah yang terjadi dan nasib kepada pekerja asal syarikat yang tidak terpilih.
    Adakah pekerja lama diberhentikan bergitu saja tanpa sebarang pampasan atau boleh buat tuntutan atau sebagainya kepada pemunya syarikat lama. Dan setelah pemindahan berlaku, Pemunya Syarikat lama mengistiharkan bankrap. Apa tindakan yang boleh dibuat.

    Harap dapat penjelasan

    terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera,

      Untuk jawapan kepada soalan ini, mana-mana pekerja yang tidak diambil bekerja oleh syarikat baru yang diambil alih, pekerja ini boleh menuntut pampasan kepada majikan lamanya. Boleh minta mereka bayarkan, jika mereka tidak mahu, anda boleh pergi ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan. (Jika selama ini majikan anda terlalu baik, sampai hatikan anda menuntut dengannya dikala dia sudah tidak ada apa-apa? Tepuk dada tanya selera)

      Jika pemilik lama sudah diisytiharkan bankrap, still boleh tuntut tapi melalui Jabatan Insolvensi Malaysia, boleh gugel alamat dan proceed dengan mereka.

      Harap jelas, Terima kasih :)

      Delete
  71. As Salam..

    Sy nak tny bg pihak suami sy...suami sy telah berkerja selama 21 thn di syarikat swasta..pd hujung bulan lepas suami sy telah diberhentikan keje oleh majikan tanpa sebarang notis. Alasan majikan pd suami sy tiada disiplin dari segi kedatangan. Majikan suami sy bg pilihan samada suami sy beri surat berhenti atau majikan yg akan berhentikan suami sy..syarat majikan suami sy ialah jika suami sy beri surat berhenti majikan akan byr 3 bulan gaji kepada suami sy...tp jika majikan yg berhentikan suami sy mereka akan byr sebln gaji pd suami sy...soalan sy...blh ke majikan suami sy berhentikan dia tny notis sedangkan majikan suami sy x penah berikan surat amaran atau surat tunjuk sebab kepada suami sy..apakah suami sy boleh menuntut ganti rugi dr majikan dia?

    sy harap sy dpt penjelasan tentang perkara ini...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..

      Memang tidak dapat kalau majikan berhentikan tanpa notis. Macam janji company tu kalau suami yang tulis surat, mereka nk kasi 3 bulan gaji. Kalau ikut pada servis suami puan 21 tahu tu kalau claim pampasan boleh banyak lagi pada tu.

      So pikir la nak terima yang mana, kalau terima yg 3 bulan, suruh diorang bayar dulu baru serah surat, kalau nak teruskan kena tahu jawatan suami puan apa, dan gaji berapa. Kalau tak dapat melalui Jabatan Tenaga Kerja, boleh melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan.

      Delete
  72. Semakan kedatangan dari 5hb - 15hb
    10/10 - tidak hadir ,tiada sijil mc-cirit birit
    11/10 - tidak hadir- tiada sijil mc- cirit birit
    13/10 - AL
    17/10 - tidak hadir ✅terkandas sbb air besar kat banting
    22/10 - MC ✅ demam
    25/10 - tidak hadir❌ tanpa sebab
    31/10 - tidak hadir❌ tanpa sebab
    01/11 - tidak hadir❌ tanpa sebab
    7/11 - MC
    11/11 - tidak hadir tanpa sebab
    12/11 - tidak hadir tanpa sebab
    15/11 -MC
    kalau kes camni boleh di berhntikan ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak berhentikan pekerja. Kalau yg tak dtg tanpa sebab tu, majikan kena call tanya kenapa tak dtg, xboleh diam juga. Kalau tgk rekod mmg teruk dan xlayak pun kerja orang mcm ni.. tapi utk terminate mereka ni, kena hati-hati. Majikan perlu kasi surat tunjuk sebab dulu bg dia jawab, kenapa xdtg, kalau tak puashati dgn jawapan dia tu baru la blh berhenti. Kasi dulu peluang dia jawab, baru adil, jangan buang dulu..

      Delete
  73. Salam

    Sy br berkerja di kedai bakery selama 2 mgu tp semalam sy dpt panggilan utk kerja ditmpt lain. Mslh sy skrg sy kena bg notis selama smgu sedangkan kerja yg sy dpt nie perlukan sy mula secepat mgkn. Majikan sy ckp kalo sy benti tanpa notis smgu dia x byr gaji sy. Sedangkan ms sy mula keje dia xde bg sy apa2 surat pun. Jd blh ke sy berhenti 24jam dan minta gaji sy yg sy berkerja selama 2 mgu?

    Harap sy dpt jwpan tentang soalan sy ini secepat mgkn...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam

      Kalau ikutkan undang-undang buruh, kalau company dah tetapkan kena kasi notis seminggu, kena kasi seminggu. Kalau gagal bagi notis, nak berhenti juga 24jam, kena bayar la gaji ganti notis selama seminggu kepada majikan, so dalam kes tuan/puan ni boleh tuntut 1 minggu jer lah baki gaji. Jika majikan enggan, boleh tuntut melalui pejabat tenaga kerja yang berdekatan.

      Delete
  74. assalam
    sya pekerja swasta sebgai opts executive.pd 31/3/16 sya dpt panggilan dr majikan..bhwa tmpat kerja sya akn di tutup pd 20/4/16.dan majikan mberi sya pilihan samada berhenti atau berpindah ke kuala lumpur.tetapi sya memilih untuk berhenti kerana atas tanggungjawab sya sebagai isteri dan ibu. sya menolak berpindah ke tmpat lain. dlm beberape bln kmudian Slh satu cawangan tutup..tetapi mereka d beri pampasan pula.sedang sya dan kawan2 sya tidak dpt ape2 dr majikan..sya terase sgt tidak adil.sya hilang punca pencarian..dan layak kah sya mendpt hak sya.

    ReplyDelete
  75. saya bekerja di sebuah syarikat bermula dari 28 Ogos 2016. satu kontrak telah dimasuki dimana saya ditawarkan bekerja untuk tempoh 2 tahun termasuk 3 bulan probation.

    tapi pada 7 November 2016 saya telah dipanggil dan dimaklumkan saya hendaklah tinggalkan syarikat selepas 30 November atas satu2nya alasan yang dimaklumkan ketika itu bahawa syarikat kekurangan file/client.

    selepas saya tinggalkan syarikat selepas 30 November, saya ada tulis surat kepada syarikat minta compensation. sebab dalam kontrak ada cakap termination oleh syarikat adalah dengan 2 bulan notis bertulis jika tiada notis bertulis, syarikat hendaklah membayar 2 bulan gaji.

    syarikat kemudiannya membalas surat tersebut dan menyatakan dalam surat tersebut alasan2 termination yang mana pada sebelum2 ni tak pernah dimaklumkan samaada secara lisan ataupun bertulis. syarikat juga mengugut jika saya ingin meneruskan untuk saman ke mahkamah mereka akan membuat tuntutan balas berdasarkan alasan2 termination yang hanya baru dinyatakan dalam surat balasan tersebut.

    Mohon maklum balas apa yang saya perlukan dan samaada saya mempunyai good ground dalam tuntutan saya.

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara kasar boleh teruskan dan minta nasihat pegawai buruh di PTK berdekatan dengan saudara

      Delete
  76. Salam Sejahtera,

    Di sini saya ingin bertanya. Syarikat saya bekerja sedang dalam downsizing kerana business tidak bagus. Untuk cut-cost, majikan telah menukarkan status pekerja dari full-time kepada part-time(ada hitam putih), pekerja bekerja 3hari dalam seminggu dan gaji dibayar secara pro-rated dari gaji sebulan yang asal. Selama 11bulan sebagai fulltime, dan 3bulan sehingga kini part-time. Selain dari status pekerja & gaji, semua sama seperti di dalam kontrak pekerja, notis berhenti masih selama 2bulan. Saya ingin bertanya, adakah pekerja masih layak untuk tuntut haknya seperti yang diterangkan di atas walaupun kini sebagai part-timer? adakah gaji ganti notis dan faedah itu pro-rates @ boleh dikira dari gaji yg asal. Dan adakah penukaran kepada part-timer boleh sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kontrak asal ada, tidak boleh sebenarnya buat mcm tu.. boleh ke PTK berdekatan dengan tempat anda untuk minta nasihat dan tindakan selanjutnya. terima kasih

      Delete
    2. Salam Sejahtera,

      Ini bermakna syarikat tidak boleh menukarkan status pekerja dari sepenuh masa ke separuh masa ye?

      Selain itu, saya nak bertanya juga, syarikat ingin memberhentikan pekerja dan telah whatsapp kepada pekerja berkenaan itu dan mengikut notis 2bulan. Tiada surat notis lagi dan juga tiada pampasan yang akan diberikan. Apakah yang boleh pekerja lakukan bagi membela haknya? Pekerja mostly kerja kurang dari 2tahun. Mohon pencerahan.

      Terima kasih!

      Delete
    3. Tidak boleh tukar. Tapi jika manfaatnya masih sama masa kerja sepenuh masa tak mengapa. takut bila tukar ke part time segala manfaat mereka selama ini hilang

      kalau bagi notis 2 bulan okey sebab pekerja hanya layak dapat sebulan setengah sahaja. itu lagi baik la.

      Delete
  77. Assalamualaikum tuan/puan

    Saya merupakan fresh graduate yang bekerja di dalam syarikat pengurusan hartanah. Baru-baru ini saya telah difitnah oleh salah seorang staff. beliau menceritakan kepada boss bahawa saya telah mengambil letter head syarikat dalam kuantiti yang banyak. Sedangkan pada hari kejadian, saya masuk ke dalam stor hanya untuk mengambil beberapa dokumen yang diarahkan oleh salah seorang staff. sekarang saya rasa tawar hati untuk bekerja di syarikat disebabkan isu ini, untuk makluman tuan/puan, saya telah bekerja melebihi 3 bulan. Ini bulan yang ke 6. Saya telah pun diconfirm dalam jawatan secara verbal tanpa ada sebarang surat dari pihak majikan. Sekiranya saya ingin berhenti 24 jam...adakah saya akan disaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam..

      Jika sudah bekerja lebih dari sebulan dikira sudah dikira sebagai pekerja di bawah jadual dimana cik telah terikat dengan employment act dan mesti memberi notis kepada majikan. Tetapi dalam kes ini, cik boleh slow talk dengan boss dan mungkin akan berhenti tanpa di saman. Terima kasih.

      Delete
  78. assalammualaikum....saya baru bekerja selama 2minggu di sebuah kilang ....jika saya buat notis berhenti 24jam ....adakah pihak syarikat akan saman saya...sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam..

      jika sudah ada hitam putih atau verbal berkenaan perkhidmatan saudara, mungkin boleh jika majikan hendak berbuat demikian

      Delete
  79. Salam sye nk tnye ni majikan sye bagi notis sebulan 2ohb sye last lps tu ade annual leave 8ari so sye kene berhenti dlm 19hb mcmto dan lepastu dy bagi pampasan cume untok 1bulan je dgn gji so kire sye dpt gji bln1 2kali bole ke mcmtu sebab sye da keje kurang lebih 2tahun 2bulan tapi pampasan bole dapat lebih 1bulan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah kerja 2 tahun hingga 5 tahun sepatutnya majikan kena kasi notis 1 bulan setengah. Boleh tuntut lagi setengah bulan dengan pergi ke PTK berdekatan dengan anda dan dapatkan nasihat daripada pegawai. Admin faham secara kasar sahaja masalah ini. Hope membantu. Terima kasih

      Delete
  80. Bagaimana jika staff meminta untuk berhenti kerja awal sebelum tarikh perbenhentiannya? Saya maklum pekerja tersebut perlu membayar ganti hari yg sepatutnya dia berhenti. Bagaimana cara pengiraannya? Harap sangat dapat membantu. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berhenti awal.. memang dalam law kena bayar jika majikannya nak buat macam tu.

      Formula:

      GAJI POKOK / 26 = (ini adalah gaji sehari)

      So kalikan dengan berapa hari yang pekerja tersebut tidak cukup

      Delete
  81. ASSALAM
    Saya bekerja di syarikat swasta hampir 3 tahun setengah.
    baru-baru ini syarikat mempunyai masalah kewangan dan majikan tidak mampu untuk membayar gaji perja lagi.Utk pengetahun pihak tuan,kami tidak menerima gaji selama 2 bulan.Tapi majikan berjanji akan mebayar sikit-sikt sehingga selesai..Baru-baru ini (09/01/2017) majikan secara lisan memberitahu untuk menutup syarikat kerana tidak berkemmapuan untuk membayar gaji.Kami diberi masa sehingga hujung bulan ini sahaja.Secara tidak langsung kami diberhentikan kerja SECARA LISAN.Ada pekerja yang telah berkhidmat lebih 8 tahun.Adakah semua pekerja layak untuk menuntut pampasan walaupun syarikat tidak mempunyai sumber kewangan.
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara legalnya, dalam kes ini pekerja still berhak mendapatkan gaji dan pampasan mereka. Sampaikan majikan tersebut terpaksa juga bayar walapun memang tak dapat bayar dengan final decision oleh hakim mahkamah majistret (panjang lagi cerita ni). (ini untuk company masih bukak)

      So kalau majikan takde duit dan sudah tutup perniagaan pergi ke Jabatan Isolvensi berdekatan dan laporkan kepada mereka. Jika masalah ini ada merit, Jabatan ini akan menjual aset2 syarikat tersbut dan akan bahagi2 kepada pekerja yang membuat tuntutan.

      Jika mahukan info lebih lanjut, pergi ke PTK berdekatan atau Jabatan Insolvensi berdekatan tun/puan

      Delete
  82. Assalamualaikum.

    Ayah sy berkerja sebagai pemandu di sebuah kilang, than Ayah saya didapati mengalami masalah mata. Selepas membuat pembedahan utk mata belah kanan, ayah sy diberi cuti tanpa gji selama 3 buln utk rehatkan mata. Than another pembedahan dijalankan utk mata belah kiri, ayah diberi cuti lg utk rehat.. Now Alhamdulillah ayah dh recover but the thing is pihak kilang call ayah utk meeting and what a suprise ayah diberhentikan kerja atas masalah kesihatan katanya diberi 1 buln gji n pampasan lg 1 buln gji.. N than pihak kilang call balik kata ayah kna wat surat berhenti due to ayah nk berhenti bukn diberhentikan.. What can i do utk tlg ayah.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam..

      Banyak kes macam ni berlaku dimana majikan paksa buat surat seolah2 pekerja berhenti sendiri tetapi dipaksa oleh majikan. Sebenarnya, perkara ini boleh ke pihak atasan lagi iaitu ke Pejabat Tenaga Kerja berdekatan kerana ayah boleh claim lagi pampasan selama mana ayah bekerja.

      Tujuan pihak mereka menyuruh berbuat demikian adalah kerana jika sesorang pekerja berhenti dengan sendirinya, maka tidak akan layak mendapat faedah seperti yang terkandung di dalam buku law (semenanjung, sabah dan sarawak)

      Bawak ayah ke PTK berdekatan untuk minta nasihat pegawai untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih

      Delete
  83. Aslmlkm....
    Sya nak tanya....mcamana pula..kalo kompany nak berentikan sya tp dia x bg notis berenti....dia bagi notis pindah tempat bekerja..dengan alasan supaya sya berhenti sendiri..so kompany x kene bayar pampasan...n saya x bole pergi jauh...sbb nak jaga ibu bapa sya...so dlam kes ni...apa yg perlu dilakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam..

      Daripada yang admin faham dengan pertanyaan tuan/puan, ini adalah berbentuk "constructive dismissal". Niat majikan memang untuk berhentikan pekerja, sila dapatkan nasihat daripada Pejabat Perhubungan Perusahaan ditempat anda untuk nasihat selanjutnya. terima kasih

      Delete
  84. Saya nak berhenti kerja tapi dalam notis ada menyatakan kena smpai 7 hari. Kalau saya tidak datang kerja dalam 2 hari tanpa memberi notis berhenti, adakah saya perlu bayar ganti notis. Dan adakah saya diberhentikan begitu saja?

    Mohon penjelasan secepat mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kes ini adalah simple sahaja. Dalam kontrak tercatat 7 hari notis kena kasi, so nak tak nak jika nak berhenti kena bagi juga notis dalam tempoh tersebut ATAU bayar jumlah selama notis tersebut. terima kasih

      Delete
  85. nk tny jgk la..boleh x..kalau 3hari berturut2 sy cuti tetapi sy memberi tahu pade majikan sy cuti..sy cuti sebab perut sy sentiase tidak selesa di sebab kan sy baru mengandung..bile sy mntk mc doc tidak bg dan sy memohon cuti dari majikan selame tige hari..tetapi masok hari ke4 sy hendak naik kerja dapat msg sy kne buang dan dier suruh dtg sign surat berhenti kerja..mcm mne tu..boleh dpt kew tidak yer faedah tu.???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dlm kes ni, majikan sudah melakukan kesalahan sebenarnya.. Tidak boleh buang pekerja yg dh apply cuti.. Dah sign blom surat tsebut? Pergi ke PTK bdekatan dan buat report..

      Delete
  86. Asalamualaikum...

    Saya telah ditamatkan 24 jam tampa notis dengan alasan tidak adil.

    Saya telah membuat tuntutan terhadap majikan yaitu:

    (a) Baki gaji
    (b) Gaji ganti notis

    Kes telah diselesaikan dgn perintah C, majikan perlu membayar baki gaji mengikut hari saya berkerja dengan alasan tempoh perhikdmatan saya tidak samapai satu tahun.

    Saya telah membuat IRA s.20 untuk dikembalikan kejawatan asal namun majikan berkeras dengan alasan berhak untuk memecat.

    Kes telah dirujuk ke mahkamah perusahaan untuk award.

    Pada hari sebutan kes dimahkamah perusahaan majikan telah beritahu mahkamah kes ini telah diselesaikan dimahkamah buruh.

    Soalan saya,

    1. Apakah dengan perintah C tersebut menjadikan saya membuay tuntutan 2 kali terhadap majikan? Res judicata.

    Saya membuay tuntutan atas pemecatan tidak adil, mohon pencerahan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..

      Ya memang betul, kalau sudah pergi ke PTK (labour office) tidak boleh ke JPP, kena pilih salah satu.

      Logiknya kerana, jika tuan masih nak dipulihkan ke jawatan asal, kenapa masih nak tuntut gaji ganti notis lagi, sebabnya gaji ganti notis berhak kepada pekerja yang diberhentikan sahaja.

      Jika dipulihkan ke jawatan asal, kerja macam biasa, gaji dibayar seperti biasa.

      Jika tuntut dan dua2 dapat dalam tuntutan itu, tidak boleh dipulihkan kerja lagi.

      Harap jelas

      Delete
  87. Assalammualaikum
    saya di beri notis mulut sahaja (verbally) diberhentikan kerja kerana company dah tak mampu bayar gaji. saya minta surat berhenti dia cakap tak perlu.senang cerita tak nak bagi..( ada isu ke kalau majikan keluarkan surat ni?) dia bagi saya notis mulut ( 10/2/2017 - 10/03/2017) dan diberi gaji sebulan ganti. saya dah call ptk bangi..dia kata apa yg saya dah terima dah cukup? adakah cukup?

    1. surat tidak diberi
    2. notis mulut di beri dan gaji sebulan ganti akan diberi
    3. faedah penamatan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam

      surat utk notis tidak wajib, boleh melalui verbal, so jika majikan dah kasi notis dan ditambah lagi dengan gaji ganti notis sebulan kira dah okey kerana bila majikan dan kasi notis surat/verbal tidak perlu lagi bagi gaji ganti notis.

      Faedah penamatan layak untuk pekerja yang dah kerja lebih dari 1 tahun. perlu call mereka dan tanya pasal pampasan ini jika cik/puan mmg sudah kerja lebih dari 1 tahun.

      Delete
  88. Saya bru sahaja di buang kerja..bos sy kate sy trlibat kes jenayah..tp sy tidak trlibat langsung janayah..sy binggung disebabkan dia buang kerja 24 jam.dan gaji sy bln itu tidak dapat..ape yg harus sy bt..untuk dptkn pampasan dan gaji sy bln last sy kerja dan berape yg perlu sy dpt dr pampasan itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada tuduhan dari majikan, majikan tersebut perlu buktikan apa metir tuduhan diberikan kepada pekerja. tidak boleh tuduh sebarangan.

      Jika diberhentikan, gaji sepatutnya perlu dibayar, dan jika pekerja tidak bersalah perlu dibayar Gaji ganti Notis dan pampasan jika sudah bekerja lebih dari 1 tahun

      Untuk pengiraan, tuan/puan perlu ke PTK berdekatan untuk buat aduan dan failkan kes tersebut.

      Delete
  89. Situasi 1, saya telah bekerja di syarikat yg sama lebih 4 tahun. Baru2 ni saya telah diberikan 1 bulan notis berhenti kerja sedangkan dalam offer letter perlu berikan 2 bulan notis. Jadi sekiranya saya ingin membuat tuntutan Gaji Ganti Notis, adakah saya layak diberikan pampasan sebanyak sebulan atau 2 bulan gaji?

    Situasi 2, majikan telah memotong gaji saya menjadi separuh daripada gaji asal akibat masalah kewangan syarikat. Sekiranya saya membuat tuntutan Gaji ganti notis dan faedah penamatan kerja, adakah pengiraan tuntutan itu berdasarkan gaji selepas potongan tersebut atau gaji asal. Fyi, selama bekerja saya tidak pernah mendapat kenaikan gaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situasi 1 : Tuan hanya layak 2 bulan gaji ganti notis kerana 1 bulan telah diberikan. Majikan hanya tidak cukup bagi notis selama sebulan dan tuan layak mendapat satu bulan gaji ganti notis

      Situasi 2: soalan kurang jelas, adakah tuan diberi surat berkenaan pemotongan gaji? Adakah ini pemotongan gaji atau pengurangan gaji? kerana ianya berbeza, jika pemotongan, boleh dapatkan balik melalui Pejabat Tenaga Kerja jika tuan tidak mahu berdepan dengan majikan. Jika isu pengurangan gaji, majikan tidak berhak berbuat demikian kerana ianya mengurangkan faedah kepada pekerja dan ini dilarang keras oleh Pegawai Tenaga Kerja. Boleh buat tuntutan juga di Pejabat Tenaga Kerja berdekatan. Gaji ganti notis dan faedah penamatan kerja dikira gaji akhir. Kenaikan gaji adalah atas syarikat jika ada, kerana ianya tiada dalam undang-undang buruh.

      Delete
  90. Saya nak tanya... saya terima surat terminet dri syarikat yg meminta saya membayar ganti rugi 1bln gaji atas sebab saya tidak hadirkn diri bekerja sedangkan tarikh yg dinyatakan itu tarikh saya cuti sakit 2hari dan emrgency anak demam.saya sudah inform pada pihak syarikat ttbe dlm group wasap kerja sudah remove sy tanpa inform ap2 keesokannye incas sy menghantar wsap gambar surat termination saya yg menyusuh untuk saya bayar ganti rugi 1bln gaji.. apa harus saya lakukan?adakah salah saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ini situasinya, anda telah ditamatkan kerja dengan tidak adil. Anda boleh ke Pejabat Tenaga Kerja untuk failkan kes dan tidak perlu membayar kepada anda apa-apa kepada majikan. Anda juga boleh menuntut baki cuti tahunan dan faedah penamatan kerja jika telah lebih 1 thn bekerja dgn majikan ini

      Delete
  91. Hai saya ingin bertanya disini pada mulanya saya berkerja sebagai pengawal keselamatan dan kerja mengikut shift 12jam dan 24jam dan ini kali pertama saya mengalami shift 24jam masa rehat pun hanya makan saja lepas siap terus berkerja kembali,disini hal yang saya nak sangat minta penjelasan semasa itu saya shift 24jam berjaga walaupun rasa mengantuk tetap bertahan menunggu shift habis dan selepas habis shift saya balik rumah berehat jadi keesokkannya saya sepatutnya shfit 12jam masuk 8pgi dan balik 8mlm tapi saya tak dapat kembali bertugas kerana masih rasa penat dan mengantuk dan saya sudah memaklumkan pada rakan setugas bahawa saya tak dapat masuk bertugas pada hari yg berkenaan tetapi dengan serta merta saya dibuang kerja tanpa apa apa surat atau melalui panggilan telefon dan mesej adakah tindakan yang diberikan dari pihak majikan saya itu perpatutan disebabkan hanya kerana saya tidak dapat turun bertugas pada waktu yang sepatutnya saya agak bingung sebab kontrak perkerjaan juga tidak bertulis dalam borang semasa saya mengisi borang jadi adakah patut saya terus dibuang kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembuangan kerja yang tuan hadapi ini sangat tidak adil kerana selepas bekerja 24jam. Tuan boleh ke Pejabat Tenaga Kerja untuk buat aduan. Majikan seperti ini tidak perlu wujud di dunia. Sangat kejam

      Delete
  92. Salam Sejahtera.

    Jika majikan hanya berikan notis 2bulan untuk berhentikan pekerja, bolehkan pekerja menuntut faedah penamatan kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera

      Jika anda ditakrifkan "pekeja" menurut undang-undang, anda layak mendapat faedah penamatan kerja jika anda telah bekerja lebih 1 thn.

      Delete
  93. Kalau saya diberhentikan oleh majikan atas sebab masalah disiplin ...dan majikan memberitahu saya melalui whatsapp...adakah saya layak dapat ganti rugi dari majikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika masalah disiplin, susah nak jawab sebab tidak spesifik apakah masalah tersebut. Jika merasakan diri yang buat masalah, kenapa mahu menuntut juga?

      Delete
  94. Admin. Saya nak tnya. Tapi boleh tak kalau private. Sebab saya ada benda yg bk tanya sngt. Dan tak berapa nk faham dngn benda ni

    ReplyDelete
  95. SALAM ADMIN,

    saya ingin bertanya , jika di dalam surat perjanjian notis sebulan gaji , tp sudah berkerja selama dua tahun , boleh kah kita memohon 6 minggu notis atau sekadar sebulan notis seperti dlm perjanjian . dan untuk faedah penamatan kerja ianya tidak tertulis dalam perjanjian tetapi kita adakah kita berhak untuk meminta nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.

      Utk notis perlu ikut perjanjian dahulu, jika tiada baru rujuk Akta.

      Utk Faedah Penamatan Kerja, jika tiada dalam pjnjian masih layak menunut melalui Pejabat Tenaga Kerja yg bdekatan.

      Delete
  96. Salam.. Saya ingin bertanya. saya berkerja sebagai pembantu stor dengan kerja tetap bergaji basic 1200 dan alaun 440. saya telah berkerja selama 1 tahun 9 bulan sehingga saya dibuang. saya telah menandai kontrak berkerja 5 tahun.. pada 24 may 2017,saya telah dibuang dari kerja dengan notis 24 jam atas sebab2 enggan menerima paggilan dari majikan. Keesokan harinya,majikan meminta saya memberi notis dan dengan itu barulah gaji saya akan dibayar selama sebulan.

    Soalan saya:
    1.adakah saya akan difailkan salah kerana melanggari kontrak?
    2.adakah ini kesalahan saya
    3.adakah cara pembayaran gaji saya betul?
    4.perlukah saya membuat laporan pada JTK?

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..

      1. jika ada kontrak mgatakan kesalahan yg anda buat tu adalah kesalahan serius, mmg salah la..

      2. sekarang ni utk mgatakan salah siapa admin tidak berani kerana isu skrg tidak jelas dan hanya di pihak anda shja, cerita sebenar atau keputusan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Tenaga Kerja. Admin syorkan pergi ke PTK bdekatan utk failkan kes.

      3. kalau majikan cakap encik dibuang, sepatutnya mereka yg keluarkan surat berhenti kepada encik bukan encik kena beri notis. Ini menyebabkan encik kehilangan kelayakan utk menuntut Faedah Penamatan Kerja

      4. Sangat perlu untuk minta pendapat dan jika ianya jelas kesalahan pada majikan, encik trus boleh failkan kes di JTK.

      Delete
  97. admin, saya tak faham yang bab gaji ganti tu. Maksudnya macam mana tu.

    ReplyDelete
  98. Bagaimana kalau diberhentikan kerja atas sebab ekonomi merosot dan prestasi syarikat menurun?

    ReplyDelete
  99. salam cik klu saya dituduh sebagai penghasut tapi tiada bukti dibawah akhta hasutan.. cmne caranya saya hendak membela diri.

    ReplyDelete
  100. dituduh menghasut tampa bukti dan siasatan macam mana caranya hendak membela diri.. t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ada tuduhan dilemparkan kepada pekerja, pembuktian adalah kena ada daripada org yg menuduh. Jika diberhentikan kerja atau diberikan surat amaran, tuan kena report di pejabat buruh berdekatan untuk khidmat nasihat. Admin sediakan link untuk alamat dan no untuk anda. ( Pejabat Tenaga Kerja )

      Delete
  101. klau mcm sy krja x smpai 3 bln dan di buang kerja oleh maji layak ke klau sy nk buat aduaan?? tlg urgent

    ReplyDelete
  102. Saya ingin bertanya. Wajarkah majikan saya memberhentikan saya melalui satu panggilan suara dan tidak memberikan apa apa notis kerana katanya saya hilang 3hari tidak berturut . So status berhenti saya dikira missing in action(MIA) dan tidak boleh mendapat gaji kata majikan saya. Sedangkan esok adalah hari gaji . Apakah perlu saya buat untuk menuntut hak saya?mohon penjelasan tuan segera . Tq

    ReplyDelete
  103. kalau perkerja saya kerja tak lebih setahun, maka macam mana kira gaji ganti notis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kontrak antara awak dan majikan. Berapa lama kena bagi notis jika nak berhenti. Jika tiada, kena kasi 4 minggu sebagaimana undang²

      Delete
  104. Admin..
    Saya bg pihak org lain nie min..just nk mintak pendpt min nie..Die bekerja dah 3 thn kat company tu.tetibe die buat hal plk..company minta potong gaji utk bayar ganti rugi.Gaji die bulan 7 kena potong utk byr ganti rugi semua..abis da potong semua gaji bln 7 tu..settle..lps tu company terminate die 24jam. Tanpa notis..die kje dh 3 thn da min..Gaji bulan 8 plk company janji nak byr..tp smpi dah nak akhir bulan 9 dah ni min..company tak byr2 lg..Alasan nye big boss xde lah..tggu big boss sign la..mcm2 alasan min..mcmne ea..nk buat..minta pendpt sikit min..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam hal ni admin juz terima cerita sebelah pihak. Sebab untuk penamatan, majikan boleh berhentikan pekerja 24 jika alasan yang munasabah. Maksudnya, pekerja buat salahlaku sehingga boleh mengambil tindakan sedemikian. So kawan awk yg buat tu kita tak tahu apa, mungkin sangat serius sehingga gaji satu bulan dipotong, pastu kena buang lagi. Jadinya, admin tak boleh nak nasihat lebih, jika kawan cik tu rasa pembuangan dia tak adil, boleh ke Pejabat Tenaga Kerja berdekatan untuk buat pertanyaan @ failkan kes tuntutan gaji yg dijanjikan tersebut.

      Delete
  105. Salam..saya baru berkerja x sampai bulan..macam mana nak bagi surat notis berhenti kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      Ikut kontrak antara cik dan majikan. Berapa lama kena bagi notis jika nak berhenti. Jika tiada, kena kasi 4 minggu sebagaimana undang²

      Delete
  106. assalammualaikum nak tanya jika diberhentikan tanpa sebab,hanya diberi notis berhenti sebulan macam mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. maklumat daripada tuan tidak jelas.
      Jika dalam letter offer/ kontrak perkhidmatan ada tulis pasal notis. Berapakah jumlah notis perlu diberi 3 bln ke, 1 bln ke? Klu takde kena rujuk akta kerja, dlm akta kerja plk ada 3 kategori mgikut jumlah servis kita. Klu lebih setahun kerja layak dapat faedah penamatan kerja. Boleh rujuk sini ---> Pengiraan Notis

      Tempoh pjg notis

      Delete

Post a Comment