Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

5 Sebab Kenapa Susah Dapat Pekerjaan

2 comments
5 Sebab Kenapa Susah Dapat Pekerjaan http://buatresume.blogspot.com/2015/01/info-5-sebab-kenapa-susah-dapat.html

Info - 5 Sebab Kenapa Susah Dapat Pekerjaan | Pekerjaan adalah satu rezeki daripada Allah kepada hambanya yang berusaha. Ada yang dapat pekerjaan yang baik walaupun belajar tak berapa pandai berbanding dengan kawan yang belajar agak rajin dan tinggi. Anda perlu akui, seringkali menbanding-bandingkan kejayaan seseorang dengan sijil atau tahap pelajaran seseorang. Tetapi, anda perlu tahu 5 perkara di bawah ini kenapa susah mendapat pekerjaan :)

1. Pandai Belajar Tapi Tak Pandai Berinteraksi 

Satu ‘kebolehan luarbiasa’ institusi institusi pengajian di Malaysia (samaada institusi awam atau swasta) adalah menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi kemudiannya dicemuh oleh majikan apabila mereka datang ke temuduga kerja (tidak semua tetapi banyak). 

Hasilnya, mereka ditolak bulat bulat, dan sebaliknya calon lain yang kurang pintar serta mendapat kelulusan yang rendah tetapi memiliki potensi untuk digilap pula yang ditawarkan kerja. Tidak sukar untuk majikan menemukan calon yang mendapat ijazah kelas pertama atau mereka yang seringkali berada dalam senarai anugerah dekan di universiti, namun semua itu menjadi tidak bermakna jika sekiranya calon tidak mempunyai kemahiran asas untuk bersaing dalam dunia kerjaya yang penuh kompetitif. 

Apabila ditanya satu soalan, jawapan yang diberi hanya sepatah dua ayat yang tiada kualiti, dan tiada inisiatif untuk membuat analisa terhadap sesuatu soalan dan menampilkan teknik berkomunikasi yang berkesan. 

2. 20% Usaha, 80% Mengeluh 

Ramai yang mahukan kerja tetapi hanya berusaha sekerat jalan sahaja. Jika benar benar mahu mendapatkan pekerjaan, jadikan ia satu usaha sepenuh masa, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga atau berhenti separuh jalan. 

Kata orang, jadikan “mencari kerja itu kerja sepenuh masa anda”. Jika masih tiada hasil, buat post mortem dan kaji semula kesilapan yang mungkin telah anda lakukan dalam usaha mendapatkan kerja. Jangan terlalu cepat mengeluh. “Kalau tak ada kabel, jangan haraplah nak dapat kerja.” “Apa ni? Adakah sebab majikan memilih perempuan perempuan cantik sahaja?” “Kerajaan tak boleh harap, memang tak nak bantu orang…” 

Semak semula dan tanya diri sendiri adakah sudah betul betul berusaha? Tepuk dada tanyalah selera. 

3. Suka ‘Tunggu’ Dan Bukan ‘Kejar’ 

Orang yang berjaya tidak menunggu sehingga peluang terhidang di depan mata kerana mereka tahu rezeki tidak datang bergolek. Mereka juga sedar rezeki itu tidak layak untuk mereka yang tidak berusaha serta mereka yang mengharapkan nasib semata mata. 

Sebaliknya, mereka mencari cari dan mengejar peluang demi mengubah nasib hidup. Ada yang sanggup mengembara beratus ratus kilometer semata mata untuk menghadiri temuduga di ibu kota. 

Orang yang kurang berjaya sebaliknya mengambil sikap tunggu, lihat dan berharap. Mereka berpendapat, “jika dah ada rezeki, memang tak ke mana” tanpa melakukan sebarang usaha yang serius untuk merubah keadaan. Tiada usaha untuk menambahbaik kemahiran yang boleh meningkatkan nilai mereka di pasaran seperti kemahiran berkomunikasi, perisian, menulis resume dan sebagainya. 

4. Gaji Dulu, Pengalaman Kemudian 

Bagi kebanyakan orang, gaji lebih penting berbanding dengan pengalaman serta potensi pembangunan kerjaya. Kerja yang menawarkan gaji kecil, walaupun datang dengan peluang pembangunan yang menarik, akan ditolak tepi dahulu dan tidak diberi keutamaan. Golongan yang sama mengenakan pelbagai syarat lain yang menyempitkan lagi peluang yang ada, malah sehingga membuatkan majikan menjauhkan diri. 

Sebagai contoh, mereka tidak sanggup untuk bekerja di lokasi yang jauh dan tidak menyenangkan proses perjalanan. Bagi mereka, bangun awal pagi untuk sampai ke tempat kerja tepat pada masanya adalah sesuatu yang melecehkan. 

Jika memang pekerja berpengalaman (dan laku di pasaran) tidak mengapalah, tapi graduan yang pengalaman yang masih zero pengalaman! 

5. Hentam Semborono 

Kata orang, malu bertanya, sesat jalan. Entah apa sebabnya, mereka ini yang tidak tahu terus menerus membiarkan diri mereka disesatkan tanpa berusaha untuk meingisi sedikit ilmu di dada. Tidak tahu apa itu resume. Tidak tahu bagaimana menulis surat permohonan kerja. Tiada pengetahuan tentang teknik teknik menghadiri temuduga yang berkesan. 

Yang mereka tahu, pergi ke website atau laman web, dan ‘memohon kerja’ dengan menulis ‘resume’ mereka dalam ruangan komen. Jika beginilah caranya, tidak akan ada orang yang simpati jika tidak mendapat kerja sampai bila bila.

P/s : “Kalau tak ada kabel, jangan haraplah nak dapat kerja.” Ayat ni terlampau banyak admin dengar, dengan nama Allah, admin dapat kerja sekarang ALLAH SWT lah kabel admin. Takde orang luar tolong². Anda perlu positif, baru yakin dan terus menerus usaha dan tawakal.

Related Posts

2 comments

  1. melayu racis hanya bagi kerja pada bangsa melayu.. agama tak dipedulikan...bangsa didahulukan...nanti jawabla di akhirat..

    ReplyDelete
  2. Your sharing really motivate me.Thank you so much.

    ReplyDelete

Post a Comment