Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Awas! Ini 3 Perkara Yang Tak Sepatutnya Ada Dalam Resume Anda

Post a Comment
Awas! Ini 3 Perkara Yang Tak Sepatutnya Ada Dalam Resume Anda | Menulis resume ni senang je. Pejam celik pejam celik dah siap resume korang kan? Tapi pernah tak korang terfikir kenapa HR belum pernah ‘pandang’ lagi resume korang?

Haa, sebenarnya, ada beberapa perkara yang tak sepatutnya korang letak, tapi dengan tersuka tanpa sengaja korang tulis. Hehe!

Awas! Ini 3 Perkara Yang Tak Sepatutnya Ada Dalam Resume Anda


Dengan itu, kami dah ajar korang buat resume tip top semalam kan? Nah, kali ini kami nak senaraikan perkara yang tak patut korang tulis dalam resume.

1. Expected Salary

Kalau dah namanya pun fresh graduate, janganlah demand gaji sampai RM3000 ke RM4000 dik oii. Terperanjat bakal majikan tau!

Lebih baik kalau anda tak letak langsung expected salary. Lagipun, jika anda mencari pekerjaan melalui website-website mencari kerja, mereka telahpun menetapkan taraf gaji untuk jawatan yang dibuka.

2. Objektif Yang Meleret

Ya, kami tahu anda mahu membuatkan bakal majikan impress dengan anda. Tapi, tak perlulah anda mengarang objektif anda memohon pekerjaan dnegan penulisan yang panjang lebar.
Ingat! Ini bukan surat cinta, tapi resume (ringkas tapi padat). Ada faham?

3. Pencapaian Sewaktu Sekolah Rendah

Hmm, rasanya tak perlulah anda menulis pencapaian anda sewaktu di bangku sekolah rendah. Tiada siapa yang mahu mengetahui pencapaian anda sewaktu sekolah rendah kerana kebanyakkan tidak sesuai dan tidak relevan dengan jawatan yang anda mohon.

Untuk pencapaian sekolah menengah juga, hanya sertakan jika benar-benar membantu untuk permohonan kerja anda.

Jadi bagaimana? Ingat tau tips kami ni. Barulah bakal majikan tak pening kepala dan terus hubungi anda untuk interview!

Related Posts

Post a Comment