Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Perkara Wajib Anda Tahu Sebelum Hari Temuduga

1 comment
Perkara Wajib Anda Tahu Sebelum Hari Temuduga | Beberapa perkara atau topik yang perlu anda ketahui sebelum menghadirkan diri ke sesuatu temuduga. Apa yang ada di kepala kita bila menyebut pasal "TEMUDUGA" ialah pakaian yang sesuai, bawa dokumen² berkaitan, bercakap perlu yakin. Semua orang fikirkan benda yang sama. So, sekarang admin nak kongsi beberapa topik agar anda lebih bersedia menghadapi hari penting berkenaan.

Perkara Wajib Anda Tahu Sebelum Hari Temuduga

Objektif Temuduga

Bagi membolehkan majikan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon;



1. Untuk mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan; dan


2. Untuk melihat tahap kematangan dan kejujuran calon.



TIPS DAN PANDUAN

1. Persediaan Awal

Selidik profail syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon
 
Ini merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.

  • Pastikan sijil-sijil asal dan salinan pendua sijil serta resume disediakan. 
  • Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatan yang dipohon
  • Cuba dapatkan nama /gelaran panel temuduga



2. Berlatih

i) Ulangkaji “hardskill“
Ini juga merupakan soalan popular yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut.

ii) Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya


Membuat persediaan awal untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya dengan baik dan lancar. Selain daripada itu,calon juga dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat calon hendaklah berlatih menjawab dan bukannya menghafal jawapan.




3. Pakaian
Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja


Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.


Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk lelaki

Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak “striking”) dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaubagaimanapun, cara berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.


Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap.







Berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.







Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.







Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk perempuan

 Memakai pakaian yang sepadan (matching).








Tidak memakai pakaian yang berwarna terang atau ‘striking’.








Tidak memakai pakaian seperti lelaki.








Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.









Memakai kasut bertumit.







Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi atau diikat.







Jangan mewarnakan rambut dengan menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata seperti merah, biru, ungu dan berwarna-warni.






Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.




4. Adab Temuduga

Di awal temuduga

  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
  • Bersikap tenang dan tidak gementar;
  • Jangan menguasai sesi temuduga;
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;
  • Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
  • Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
  • Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga;

Di akhir temuduga
  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;
  • Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
  • Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
  • Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.

5. Larangan Temuduga













































6. Kenalpasti Lokasi Temuduga

Untuk memastikan calon tiba ke lokasi temuduga pada masa yang ditetapkan. Kegagalan untuk hadir pada masa yang ditetapkan akan menjejaskan peluang calon. Kehadiran awal membolehkan calon menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat temuduga tersebut. Sebaik-baiknya calon dinasihatkan hadir 30 minit sebelum masa temuduga.



P/s: Semoga dengan sedikit pengetahuan ini, korang dapat menghadapi hari temuduga tersebut dengan cemerlang. Semoga berjaya admin ucapkan. :D

Related Posts

1 comment

Post a Comment