Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Berita - 60,000 Jawatan Kosong Diisi Menjelang Akhir Tahun

Post a Comment
PUTRAJAYA - Hampir 60,000 kekosongan jawatan peringkat persekutuan di seluruh negara akan diisi menjelang akhir tahun ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.



Beliau berkata, sejak Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 25,686 kekosongan telah diisi.

"Proses tapisan masih lagi berjalan dan temu duga diadakan setiap hari, termasuklah selepas waktu pejabat dan pada hujung minggu untuk memudahkan mereka yang tidak boleh hadir pada waktu pejabat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Surat Tawaran Pelantikan Pelbagai Jawatan di Bawah Bidang Kuasa SPA, di sini hari ini.

Mahmood berkata, bagi tempoh sama sejumlah 1.96 juta permohonan diterima dan daripada jumlah itu 174,574 pemohon dipanggil untuk ditemu duga.

Pada majlis itu, 258 orang menerima surat pelantikan antaranya untuk jawatan pegawai pergigian, pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai penyelidik dan penolong pegawai penerangan.

Pelbagai jawatan kosong di SINI


Related Posts

Post a Comment