Soalan Pengenalan Diri Ketika Temuduga

Tuesday, June 25, 2013
Soalan Pengenalan Diri Ketika Temuduga | Sebelum hari temuduga, bermacam-macam soalan yang berada difikiran, agaknya apalah yang akan ditanya oleh panel penemuduga kan? So, ada sedikit tips untuk korang jika panel bertanyakan soalan biasanya akan ditanya ketika bermulanya sesi temuduga tersebut. iaitu, Pengenalan Diri

Soalan Pengenalan Diri Ketika Temuduga


Soalan Biasa

Soalan pertama atau selalu yang wajib ditanya oleh panel semasa temuduga adalah :-

  • "Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"

Cara nak jawapan soalan ini:-

Jangan kita jawab macam sesi berkenalan, cukuplah sekadar bagi sedikit pengenalan diri. Kita perlu lebih berikan fokus jawapan kita kepada kelayakan dan kemahiran kita serta pengamalan yang kita ada. Serta kerja apa yang kita sedang lakukan sekarang. Tak payah la nak jawab berjela-jela tapi point utama tak ada. Panel bukannya berkenalan dengan kita...hehehe

Contoh jawapan yang perlu dielakkan.
  • "Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini..,"

  • "Saya sekolah tadika di...,"

  • "Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"

Jawapan semacam ini perlu dielakkan. Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.


Antara point utama yang perlu ada dalam jawapan pengenalan kita :-

1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

Download Contoh Resume Lengkap Sekarang!!

Sila isikan nama dan email aktif anda untuk muatturun koleksi contoh resume terkini. [Boleh Download & Edit]

Related Posts

Previous
Next Post »