Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Contoh Notis Berhenti Kerja 7 Hari, Sebulan atau Mengikut Tempoh Dalam Kontrak Perkhidmatan

26 comments
Contoh Notis Berhenti Kerja 7 Hari, Sebulan atau Mengikut Tempoh Dalam Kontrak Perkhidmatan | Kali ini admin nak kongsikan surat peletakan jawatan untuk notis sebulan atau notis 30 hari atau lebih bergantung kepada kontrak perkhidmatan yang ditandatangani. Jumlah normal untuk tempoh notis adalah sebulan dan perlukan surat notis 30 atau lebih hari bagi mengelakkan mereka membayar gaji ganti notis kepada majikan kerana kehilangan pekerja. Ia termaktub dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U. (A) 176/2005, Perkara 51 (1). Ini disebut sebagai tanda gaji ganti notis. Ia juga ada di dalam Akta Kerja 1955 (terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan), Ordinan Buruh Sarawak Cap.76, dan Ordinan Buruh Sabah Cap.67.

Tapi ada juga majikan letak sampai 3 bulan perlu bagi notis. Itu memang membebankan. Tapi tidak menjadi kesalahan dan jika majikan tersebut hendak membuang pekerja juga perlu bagi notis kepada setiap pekerja sama dengan jumlah notis iaitu 3 bulan. Jika tidak sama panjang tempoh kedua-dua pihak, tidak boleh dan kontrak perkhidmatan tersebut dianggap tidak sah.
Jika korang ada duit, boleh berhenti serta merta dan bayar sebulan gaji sebagai gaji ganti notis. Tapi tak kesian ke majikan korang tu. (Semuanya bergantung pada budi bicara antara pekerja dan majikan. kalau majikan baik hati, tak perlu pun semua ni, ada yang boleh buat back date. kalau Badan Kerajaan, wajib!!!)

Contoh Notis Berhenti Kerja 7 Hari, Sebulan atau Mengikut Tempoh Dalam Kontrak Perkhidmatan


TENGKU BADRUL BIN TENGKU AZMI
NO9, KAMPUNG RAJA GELUGOR,
00204, KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN.                                                                                      01 APRIL 2014         
______________________________________________________________________________

PENGURUS
MAJU CORPORATION BERHAD
LOT 24, JALAN HI-TECH 4,
09000 KULIM,KEDAH DARUL AMAN,

Tuan,

NOTIS BERHENTI KERJA 

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya Tengku Badrul Bin Tengku Azmi akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat tuan berkuatkuasa 01 MEI 2014

2.      Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana ingin menyambung pengajian di Korea dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal. Pengajian tersebut akan bermula pada September 2014. Saya ingin menyelesaikan pelbagai urusan sebelum ke sana.

3.        Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai. 

Sekian, terima kasih 


Yang benar,


……………………………………………
(TENGKU BADRUL BIN TENGKU AZMI)
I/C NO: 870527-02-5557




P/s : Senang kan? Semoga ianya bermanfaat untuk korang yang mungkin memerlukan ketika mendapat apa-apa tawaran. 

Tambahan : Surat ini digunakan oleh pekerja untuk berhenti kerja dan sebagai notis. Bagaimana jika majikan tidak memberi notis ketika memberhentikan sesorang pekerja? Anda boleh rujuk di sini untuk lihat hak anda jika anda majikan berbuat demikian. Pastikan anda tidak melakukan kesalahan yang serius yang menjadi alasan majikan membuang anda. Hak ini jika anda merasakan majikan tidak memberi apa-apa alasan yang munasabah. okey :)

Khailiza (admin)
Pegawai Tenaga Kerja

Related Posts

26 comments

  1. ok memang ok..tapi bahagian haribulan tu tak silap ke? bukan letak kat bahagian penerima ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal kedudukan tarikh tu tak penting.. wajib ada :)

      Delete
    2. Bukan perkara besar pun benda tuuu.... bukan nak kasi kat cikgu bm pun.. dengg

      Delete
  2. Ingin bertanya, memang wajib 30 hari ke kalau kerja swasta dan tidak ada surat / contract perlantikan sewaktu diterima kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut labour law (Akta Kerja, Ordinan Buruh Sabah & Ordinan Buruh Sarawak) memang wajib kena ada kontrak perkhidmatan/surat pelantikan. Dalam sana majikan kena letak satu ayat untuk pemberhentian/termination. Kat situ la majikan letak berapa2. kalau tak de refer kepada labour law..
      Boleh baca sini --> KLIK

      Delete
  3. Assalam Admin,

    Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai hak pekerja:

    1. Apa perbezaan antara Offer Letter, dan Appoint Letter. Sekiranya saya cuma dapat Appoint Letter sahaja, adakah isi kandungan dalam Appoint Letter tersebut sah walaupun saya tidak menandatangani apa-apa surat atau dokumen?

    2. Sekiranya saya telah menghantar notis berhenti kerja notis satu bulan kepada majikan dan majikan menerimanya, adakah notis tersebut sah sedangkan dalam Appoint Letter tertulis 'Termination of Service' adalah dua bulan? Adakah notis yang sudah dihantar sah?

    ReplyDelete
  4. Assalam admin,
    Saya nak tanya..saya telah bekerja dengan company yang saya kerja sekarang ni dah lebih dari 9 tahun..baru-baru saya telah menghadiri satu temuduga..company yang baru ni berminat nak ambil saya bekerja dengan mereka & sepatutnya saya akan mula bekerja dengan company baru ni 5hb dec 2016..apa yang perlu saya buat sekiranya saya ingin resign dari company sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Nak resign boleh, tapi tuan kena bayar la gaji ganti notis kat majikan tuan. Kalau ikut law, kena bagi 2 bulan gaji. Sebab lebih 5 tahun kerja. Tapi itu semua atas budi bicara majikan tuan, jika mereka tak kisah, tak la perlu bayar, kalau mereka minta tuan bayar, tak menjadi kesalahan bagi pihak mereka.

      Delete
  5. salam, sy nk tanya sikit. sy baru 1st time kerja sbgai guru bahasa full time, sy di beri kontrak setahun. dan sy tdk d beritahu yg sy boleh ikat kontrak slama 3-6bulan minimum. gaji yg di beri ialah rm2000 shaja TANPA sbrg faedah atau annual leave kcuali epf n socso. maksudnya bila sy mc beserta surat sah mc drpd kerajaan pun di kira unpaid leave. wajarkah? bila tnya hr dia kata after setahun bru sy akan dpt faedah2 lain sperti annual leave n maternity leave. ada ke law yg mcm tu? lepas tu kalau sy batalkan kontrak sy akan d kenakan denda 4k iaitu 2x gaji. padahal sy tak d beritahu yg sy boleh ikat kontrak minimum 3-6bulan. bila sy start kerja, ramai yg berhenti sbb kontrak habis dah. jd tnggal sy sorang guru fulltime, sy d suruh mengajar semua subjek yg ada (subjek2 pecahan bahasa inggeris in detail) contohnya hari jumaat n sabtu, start drpd masuk smpai waktu last, sy mengajar non stop kecuali rehat sejam. sy rasa tertipu sgt skrg ni, dh mcm salah guna tenaga. apa patut sy buat? kalau kontrak yg mcm ni(means kena bayar denda) bolehkah sy bagi notis berhenti kerja? boleh pakai ke? mintak pendapat apa patut sy buat sbb company tak bg sy apa2 faedah. lepastu dia tak anggap mcm sy permanent, tp ikat dgn kontrak tanpa benefit. ada ke law cmtu? bantu sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam tuan.. Law tuk benefit semua dapat bila dah start sign kontrak. Majikan patut menerima mc tuan itu.

      Utk kontrak yang mengikat tuan itu mmg ada, dan sah. So mmg tidak dapat buat apa-apa jika tuan sudah sign kontrak tersebut tapi tuan boleh tidak buat kerja jika kerja yg tuan buat tiada dalam job skop yang tuan sign itu.

      Delete
  6. Salam Admin.

    Saya ingin bertanya. Sy sudah satu tahun berhidmad di sebuah syarikat dan telah disahkan jawatan. Dalam kontrak tertulis notis berhenti kerja adalah 2 bulan. Masalah saya ialah, sy mendapat tawaran menyambung pengajian di ipta pada last minit. Sy dikehendaki mendaftar dalam tempoh 14 hari daripadah tarikh tawaran tersebut. Dalam kes sy ini, jika sy memberi notis 24 jam, adakah sy akan dikenakan 'gaji ganti notis' 2 bulan tu dengan alasan melanjutkan pengajian di institusi pengajian awam. Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..

      Jika sudah disyarat begitu, secara undang2 nya memang perlu ikut. tapi ini semua atas budi bicara majikan. Lagipun masa awak sign surat tersebut, kenapa tdk terpikir 2 bln adalah tempoh yg lama jika ada niat tuk myambung pelajaran, tp itu lah semasa sign tidak pikir pjg skrg law is law, mmg kena ikut. Jika bos baik, selamat la..

      Delete
  7. kamsahamnida wkwkwk. dah belajar dulu nak buat bende ni semua, tapi tulah bila dah time nak guna bende ni tak muncul' dalam pala.

    ReplyDelete
  8. Mcm mana pula kalau syarat letak jawatan dlm appoiment letter 2 minggu notis. Then sy bg 1 bulan notis pada 5/9/17 . Kemudian hr kata dia resubmit so then sy kena berhenti 20/10/2017. Boleh ke majikan sesuka hati tukar tarik notice berhenti kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ditetapkan 2 minggu, so bagi notis 2 minggu la. Mmg majikan bhak tuk tukarkan tarikh berhenti mengikut tarikh 2 minggu notis. jika tuan nak kerja sebulan, keje dulu pastu sebelum 2 minggu baru tender surat berhenti kerja

      Delete
  9. Saya nak tanya. Saya baru bekerja di syarikat swasta baru sebulan (start kerja bulan 8). sampai hari ini saya tidak dapat surat agreement untuk sign. Dan sekarang saya nak berhenti kerja. Perlukah saya buat surat berhenti kerja? saya rasa ditipu kerja di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belum sign pun ikut kira dah dikenakan notis ini jika ingin berhenti kerja. Sebab jika majikan tiada surat tersebut, majikan boleh kena kompaun. Dan notis tuk pekerja berhenti terus ikut pada akta iaitu 4 minggu notis

      Delete
  10. ape akan terjadi jika notis sebulan tidak cukup sehari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mengikut udang-undang, orang yang memberikan notis itu perlu menggantikan sehari upah (sebagai gaji ganti notis) kepada pihak yang satu lagi.

      Boleh rujuk link ini (Gaji Ganti Notis)

      Delete
  11. Assalamualaikum. Saya nak tanya. Saya bru kerja di satu company swasta ni bru 2hari. Dan masih dlm tempoh percubaan 6bulan. Setelah itu,tiba2 saya mendapat tawaran kerja lain yang lagi bagus utk saya,sbb kerja skrg tak kut bidang. Jadi saya telahpun bertanya pihak majikan nak sy beri notis yg bgaimana sbb baru kerja 2hari dan masih dlm latihan lg kan.. kemudian majikan minta sy beri notis sebulan juga jika tidak,kena byr sebulan gaji. Sy brfikir,ada baiknya jika sy beri notis 24jam shj,sbb sy pun masih dlm tempoh latihan kan.. soalan saya,bagaimana nak buat surat rayuan agar sy boleh brhenti secepatnya tanpa harus bayar sebulan gaji itu? Harap dapat bantu sayaaa. Huhuhu

    ReplyDelete
  12. kalau kne bg notis 2bln...if berhenti 24jam,gnti gji 2 bln jgk ye?..

    ReplyDelete

Post a Comment