Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Tindakan Anda Jika Ditamatkan Perkhidmatan, Dibuang Tanpa Notis dan Alasan Munasabah

256 comments
Tindakan Anda Jika Ditamatkan Perkhidmatan, Dibuang Tanpa Notis dan Alasan Munasabah | Assalammualaikum, salam sejahtera semua pembaca dan pengunjung blog contoh resume dan temuduga ini. Hari ini admin nak kongsikan 1 perkara berkaitan dengan pekerja. Yes, pekerja. Admin nak kongsikan hak seorang pekerja jika seseorang pekerja dibuang kerja oleh majikan 24 jam tanpa notis, tanpa alasan munasabah tanpa diberikan baki gaji atau apa-apa tanpa faedah penamatan (jika bekerja lebih 1 tahun). Jika ada diantara anda, saudara mara anda, terkena atau mengalami nasib demikian, jangan risau, anda boleh pergi ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan untuk membuat laporan atau tuntutan seperti di atas.

Tindakan Anda Jika Ditamatkan Perkhidmatan, Dibuang Tanpa Notis dan Alasan Munasabah http://buatresume.blogspot.com/

Okey, yang pertama adalah notis. Notis adalah 1 bentuk bertulis yang akan diberikan sama ada jika pekerja hendak berhenti, pekerja wajib menyerahkan dahulu notis kepada majikan, begitu juga jika majikan hendak memberhentikan pekerja, perlu bagi notis bertulis (berapa bulan notis bergantung kepada kontrak perkhidmatan yang diberikan majikan semasa mula-mula bertugas/bekerja dahulu) jika tiada, boleh terus refer/rujuk kepada Labour Law. Jika di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Akta Kerja 1955 (Employment Act. 55) adalah digunakan. Jika di Sarawak, Ordinan Buruh Sarawak (Bab 1976) (Sarawak Labour Ordinan 76) digunakan manakala di Sabah pula Ordinan Buruh Sabah 1950 digunakan. Beza antara undang-undang buruh ini hanyalah berdasarkan nombor seksyen sahaja, manakala isi adalah seakan sama.

1. Gaji Ganti Notis

Jika di Pejabat Tenaga Kerja/Jabatan Tenaga Kerja mereka memanggil notis ini ialah Gaji Ganti Notis. Jika majikan mahu membuang, menamatkan kontrak anda, memberhentikan anda, mereka perlu memberi surat ganti notis yang mencukupi seperti terkandung di dalam kontrak perkhidmtan anda, jika 1 bulan notis, atau 2 bulan notis, majikan perlu mematuhinya dan perlu memberi surat atau notis 1/2 bulan lebih awal untuk memaklumkan penamatan perkhimatan pekerja tersebut. Jika majikan gagal memberikan apa-apa tempoh notis anda berhak menuntut 1/2 bulan Gaji Ganti Notis bergantung kepada kontrak perkhimatan bertulis anda. Jika tiada, anda boleh tuntut mengikut undang-undang buruh seperti berikut:

Anda layak membuat tuntutan mengikut berapa lama perkhidmatan anda dalam syarikat:

Mengikut Akta Kerja 1955 :-

Seksyen 12. Notis Penamatan Kontrak.

(1)  Mana-mana pihak dalam kontrak perkhidmatan boleh pada bila-bila masa memberi notis kepada pihak yang satu lagi hasrat beliau untuk menamatkan kontrak itu daripada perkhidmatan.

(2) Panjang notis itu hendaklah sama untuk kedua-dua majikan dan pekerja dan hendaklah ditentukan oleh peruntukan yang dibuat secara bertulis bagi notis itu dalam terma kontrak perkhidmatan, atau, dalam ketiadaan peruntukan sedemikian secara bertulis, hendaklah tidak kurang daripada :

(a) notis empat minggu jika pekerja itu telah bekerja sedemikian kurang daripada dua tahun pada tarikh notis itu adalah diberikan;

(b) enam minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh itu;

(c) lapan minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama lima tahun atau lebih pada tarikh yang ditetapkan: Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh diambil untuk mengelakkan sama ada pihak daripada melepaskan haknya untuk notis di bawah subseksyen ini.

dan mengikut Sabah & Sarawak juga sama.

Jika majikan anda tidak memberikan notis yang mencukupi, anda hanya perlu pergi melaporkan di PTK yang berdekatan.

Begitu juga jika baki gaji tidak dibayar semasa peberhentian berlaku, anda boleh membuat tuntutan bersama dengan Gaji Ganti Notis.

Contoh pengiraan;

gaji terakhir anda adalah RM2000, manakala anda telah diberhentikan dalam bulan Ogos 2014.

RM2000 / 31 (jumlah hari dalam bulan Ogos, jika bulan Jun perlu bahagi dengan 30) = RM65.00

Jika anda telah bekerja lebih daripada 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun, jumlah notis anda adalah 6 minggu.

(b) enam minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh itu;

6 minggu = 7 hari seminggu X 6 = 42 hari.

= RM65 X 42 hari = RM2,730 (layak tuntut sebagai Gaji Ganti Notis)


2. Faedah Penamatan Kerja.

Jika anda sudah bekerja satu tahun dan anda mengalami nasib diberhentikan oleh majikan, anda boleh menuntut  satu lagi hak anda iaitu, Faedah Penamatan Kerja. Anda boleh meminta pegawai PTK untuk kirakan untuk anda, atau ada boleh sendiri kirakan dengan formula seperi berikut:

i. Jika anda bekerja 1 tahun tetapi kurang daripada 2 tahun - anda layak 10 hari gaji dalam setahun

ii. Jika anda bekerja 2 tahun hingga 5 tahun - anda layak 15 hari gaji dalam setahun

ii. Jika anda bekerja lebih 5 tahun - anda layak 20 hari gaji dalam setahun
Jika anda mula bekerja pada 1 January 2005 dan dibuang pada 31 Disember 2010 anda layak berada di iii.

iaitu : 1 January 2005 - 31 Disember 2010 = 6 tahun tempoh anda bekerja (layak 20 hari)

Kirakan gaji sehari anda. Jika anda sudah bergaji hari, terus darabkan.

Contoh:

gaji sehari 100 sehari X 20 hari layak X 6 tahun = RM12,000 (layak tuntut sebagai Faedah Penamatan Kerja)


jika gaji bulan, contoh RM2,300 sebulan X 12 bulan / 365 hari =  RM76.00 sehari

RM76 x 20 hari layak X 6 tahun = RM9,120.00 (layak tuntut sebagai Faedah Penamatan Kerja)


Kesimpulannya, makin lama anda bekerja dengan satu-satu syarikat, makin banyak la jumlah Gaji Ganti Notis dan jumlah Faedah Penamatan yang anda akan dapat. Jumlah ni boleh la tampung kehidupan anda sebelum dapat kerja yang lain.

Jika anda ada sebarang soalan atau kekeliruan, anda boleh tinggalkan komen di bawah. InsyaAllah admin jawab selagi termampu. Undang² di atas terpakai untuk sektor swasta, GLC kecuali sektor Kerajaan dan Badan Berkanun. Semoga hak anda sebagai pekerja sentiasa di lindungi. 






Korang boleh rujuk undang² buruh melalui link yang admin sediakan di bawah:

i. Akta Kerja (1955) - Disini
ii. Ordinan Buruh Sabah [Cap. 67] - Disini
iii. Ordinan Buruh Sarawak [Cap. 76] - Disini

Khailiza (admin)
Pegawai Tenaga Kerja

Related Posts

256 comments

  1. Jika atas alasan bergini pun majikan masih perlu memberi hak kepada pekerja sebagimana di atas.

    ReplyDelete
  2. Layak buat aduan jika tuan tidak buat apa-apa kesalahan serius

    ReplyDelete
  3. Dalam akta kerja mmg ada kesalahan tidak hadir melebihi 2 hari berturut2 bermkasud 3 hari dan ke atas, tanpa apa apa alasan, tidak inform pada majikan, makna MIA tu la. So pekerja itu dianggap telah berhenti sendiri. So mmg tak layak dan majikan boleh tahan gaji untuk gaji ganti notis kepada majikan tsebut.

    ReplyDelete
  4. Wsalam.. jika puan yang berhenti mmg tiada pampasan akan dapat.

    ReplyDelete
  5. 1. Puan tidak perlu takut jika semua ini betul2 terjadi terhadap puan. Juz ceritakan pada pegawai tenaga kerja mereka akan membuat keputusan. Admin tak boleh cakap apa-apa lg sbb adalah tidak adil admin buat kptusan slps dgr sebelah pihak sahaja. Masuk penjara tidak tp bila puan tak pergi puan tak dapat membela diri dan mereka akan membuat keputusan bdasarkan keterangan dari sebelah pihak. So utk awak kalah kes jika tak pergi adalah tinggi

    2. Yup, mereka akan buat keputusan dari pelbagai sudut. Mereka akan dengar semua keterangan daripada org kena tuntut. Menang atau tidak admin tidak boleh jamin sbb admin tidak tahu cerita pihak satu 1 lg

    ReplyDelete
  6. Pekerja mempunyai 5 warning letter dalam tempoh 10 tahun perkhidmatan.. Majikan nak terminate pekerja tersebut dengan alasan warning2 letter yg telah diberi & tiada perubahan performace yg ditunjukkan.. Pihak majikan enggan membayar faedah pampasan mengikut kiraan di atas.. ada cara untuk majikan elak membayar pampasan tersebut contoh Surat Tunjuk Sebab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun pekerja mempunyai warning letter, jika majikan ingin memberhentikan pekerja, mesti beri Faedah Penamatan Kerja. Jika pekerja itu bukan ditakrifkan sebagai pekerja dibawah jadual pertama ( Rujuk sini ) barulah pekerja ini tidak layak teta[i refer kpda pjanjian dia dgn majikan. Surat tunjuk sebab diberi hanya untuk mengetahui apa-apa sebab knp dia masih tidak mencapai performance yg diinginkan. jika diberikan pun majikan mesti akan menolak juga. Apa-apa masalah boleh rujuk ke Pejabat Tenaga Kerja untuk mengetahui cara iaitu Siasatan Dalaman. tapi cara ini belum tentu boleh menyebabkan majikan terlepas daripada membayar pampasan tsbt.

      Delete
  7. as salam..saya nk tanya, saya kerja di syarikat swasta baru 3 bulan masuk bulan ketiga saya hantar surat resign 24jam sedangkan notis sepatutnya diberi adalah 1 bulan..dalam bulan ketiga saya cuma bekerja 2 minggu sahaja..soalan saya bolehkah saya menuntut gaji 2 minggu tersebut dengan majikan.Atau majikan boleh menahan gaji saya tersebut sebagai gaji gantinotis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam
      kalau bagi notis 24 jam, majikan boleh tahan gaji 2 minggu anda kerja dan majikan boleh lagi menuntut baki notis yang tak cukup tersebut. Bermakna, kalau sifir mudah, sepatut anda bagi notis sebulan, tapi 24 jam resign. majikan boleh claim dengan anda gaji sebulan. Oleh kerana majikan ada gaji 2 minggu utk anda kerja 2 minggu tu majikan boleh ambil siap2, dan majikan boleh lagi tuntut 2 minggu lagi gaji dengan anda baru cukup sebulan. harap jelas.

      Delete
  8. salam , sy diberhentikan serta merta semalam melalui khidmat pesanan sms .. apakah yg perlu sy lakukan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      anda boleh ke pejabat tenaga kerja yang berdekatan untuk claim:

      1. gaji ganti notis
      2. baki gaji
      3. baki gaji tahunan (jika anda)
      3. faedah penamatan kerja (jika layak)

      Delete
  9. Salam.

    Saya ingin bertanya. Saya sudah berkerja dengan company A sudah 4 bulan lebih, dan telah mendapat surat untuk confirmation pada 10 September yang lalu dan layak untuk mendapat 10 hari annual leave (tapi saya masih belum mengunakan annual leave saya). Company A mempunyai share partner di Company B(company lain). So utk gaji, memerlukan dua-dua tandatangan dari 2 director (Company A & Compay B).

    Masalah timbul apabila pada 29 Nov, director Company B memangil kami semua untuk memberitahu semua poject untuk company A akan di hand over kepada company B. Dan memberitahu yang company A akan ditutup. Dan dia memberitahu dia tidak dapat beri keputusan apa2 kepada kami sehingga 16 december.

    Disini, saya ingin bertanya apakah perkara yg seharusnya dilakukan oleh saya dan sekiraya diberhentikan, adakah saya layak untuk terima apa2 pampasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..

      Untuk masalah ini, jika majikan mmg akan menutup operasi pada 16.12.17, maka majikan wajib memberi notis sebelum penutupan berlaku. Tempoh notis ikut dalam kontrak perkhidmatan jika ada, jika tiada rujuk dalam akta kerja 1955. Jika majikan gagal bagi notis awal, maka awak berhak utk tuntut gaji ganti notis 28 hari atau ikut pada kontrak.

      Layak dapat 10 hari cuti tahunan yang mesti dibayar jika dalam kontrak mmg awak berhak mendapat cuti tersebut. Majikan wajib bayar.

      Pampasan/faedah penamatan kerja tidak layak kerana belum cukup 1 tahun bekerja.

      Moga menjawab soalan tuan/puan

      Delete
  10. Salam admin sy nak tnya.. sy telah bekerja selama sebulan Dan sy tidak mendapat appointment letter.. Adakah sy berhak untuk membuat aduan atas alasan alasan ini :
    1. Gaji basic rm800
    2. Working hours Bulan November 117 jam
    3. Gaji staf part time lebih tinggi Dari gaji staf full time . RM 6 sejam
    4. Ot rate tidak dikira mengikut formula. Ot rm3.50 sejam X 26 Hari.
    5. Tidak diberi slip gaji.
    6. Dibuang kerja Tanpa alasan munasabah Dan Tanpa notis Dan Surat bertulis.
    7. PH X dikira double pay Dan dikira normal day.
    8. Terima gaji pada 2am 8hb.
    9. Dan majikan sy ckp termination process Baki gaji saya Akan diberi pada 31 January 2018 mngikut company rule Yang sy X pernah diberikan sebelum ini. Saya dibuang kerja pada 2am 8hb Dismber 2017 Dan start kerja pada 25hb november
    Tetapi saya tidak mempunyai bukti iaitu payslip, termination letter Dan appointment letter. Adakah mempunyai Cara lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. admin jawab ikut no awk yer..

      1. Awak boleh jer failkan kes untuk menuntut baki gaji minimum iaitu majikan wajib membayar RM1000 walaupun pekerja baru. Jadi awak boleh tuntut RM200 lagi
      2. Working hour berjumlah 117jam admin tidak pasti ia normal atau tidak. Tetapi undang2 kira ikut 8 jam sehari dan 48 jam seminggu. Jadi lihat pada berapa ke semua hari kerana tidak sama untuk semua bulan2 dalam setahun tsbt. Tak mengapa, kerana OT dikira jika satu hari anda bkja melebihi 8 jam dan lebihan jam slps 8 jam tsbt adalah OT dan perlu ikut rate sepatutnya (pegawai JTK boleh trgkan atau boleh rujuk DI SINI)
      3. Jika ada pbezaan gaji antara dua jawatan atau jawatan sama ttp lain masa services adalah biasa dan xslh, tapi salah jika basic gaji tak ikut gaji minimum yg ditetapkan. Boleh lihat link tsbt.
      4. dah diterangkan dekat no.2
      5. boleh suruh pekerja yg masih kerja utk bt aduan krna mjd kslahan
      6. Awak blh pergi ke PTK bdekatan utk menuntut Gaji Ganti Notis.
      7. Jika mmg ada kerja PH so boleh buat tuntutan juga..
      8. tidak pasti utk ini kerana admin takde mklumat lgkap drpd awk utk admin jawab pasal ni
      9. sepatutnya majikan kena jelaskan baki gaji 7 hari selepas pembuangan kerja berlaku.

      Utk bukti2 yg majikan tak bagi tu takpe jer, mungkin boleh bawak saksi jika majikan mencabar awak mengemukan bukti awak ni bekas pekerja dia.. jgn risau,jgn tkt, pergi report kat labour office yer.

      Delete
  11. Assalamualaikum, saya diberhentikan 27hb november 2017 without notice dalam masa 24jam, majikan suruh saya berhenti on that day atas alasan yang tidak kukuh, dan tiada siasatan dijalankan. Dalam offer letter kata, kalau saya nak berhenti saya kena bagi notice 2weeks sbb still dalam probation period, so skrg dia berhentikan saya without any notice, surat penamatan bekerja pun takdapat, and majikan ada kata dia akan bayar gaji ganti notis tu. soalan saya, gaji ganti notis itu sepatutnya kita dapat masa tarikh kita diberhentikan atau macam mana ? Sbb saya tak de contract, still probation. And ada gaji sebelum ni, OT pun dia tak bayar full, and bila saya minta slip gaji dia tak beri. Sedangkan saya dah diberhentikan. Mintak jasa tuan untuk bantu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Jika majikan bersetuju utk membayar gaji ganti notis tersebut, maka tiada masalah dan kes ni tak jadi rumit. Untuk tarikh sepatutnya majikan jelaskan gaji ganti notis adalah 7hari selepas diberhentikan.

      Utk OT atau gaji kerja lebih masa pula, jika awak mmg ada bkerja lebih dari waktu kerja normal iaitu 8 jam, awak boleh ke Pejabat Tenaga Kerja untuk buat tuntutan bersama-sama dengan gaji ganti notis tersebut.

      Cadangan saya, call bagitahu majikan tu suruh bayar OT, kalau dia cakap ok dan akan bayar tak perlu la pergi PTK, kalau dia cakap nak byr tapi takde bagi tarikh bila akan byr, cakap kat dia, kalau takde janji cmni cakap jer nak pergi PTk utk failkan tuntutan. Harap membantu yer

      Delete
  12. Sy dibuang kerja tanpa notis padahal hari sy dibuang sy tidak dibenarkan masuk kerja kerana lambat dan sy telah memaklumkan terlebih perkara tersebut. Sy dibuang kerja tanpa apa2 notis bertulis. Sy sudah merayu pd majikan utk sy sendiri berikan notis berhenti selama sebulan tp pihak syarikat ttp tidak mahu sy bekerja. Apa yg patut sy lakukan skrg? Dalam offer later majikan blh membuang sy tanpa notis dgn memberikan surat 24 jam. Tp sy tidak dpt surat tersebut. Patutkan pihak syarikat membayar gaji sy terus bila sy dibuang seperti ini? Sy layak ke menuntut sebulan gaji ganti notis? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dalam surat ada tulis notis 24jam, mmg majikan boleh berhentikan anda 24 jam dan anda tidak layak untuk tuntut notis sebulan.

      Notis sebulan tu kalau tiada offer letter atau kontrak perkhidmatan dan jika dalam kedua-dua perjanjian ini ada tulis sebulan, baru dapat claim.

      Jika anda dah bkerja lebih dari satu tahun, anda boleh cuba tuntut Faedah Penamatan Kerja. Tapi dapat x dapat bergantung apa kesalahan yg anda lakukan.

      Delete
  13. SALAM SYA NAK BERTNYA BOLEHKAH COMPANY MEMANSUHKAN BYRAN OT KEPDA PEKERJA TNPA ADA SURAT RASMI, SNDGKAN KMI SEMUA PEKERJA GAJI POKOK HNYALAH 1500 SHAJA,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah menjadi kesalahan yang serius jika majikan segaja atau membuat undang2 tidak membayar gaji lebih masa atau OT kepada pekerja yang layak.

      Delete
  14. Salam...saya diberhentikan kerja tak sampai sebulan bekerja...alasan kerana mahu pekerja yang lebih berpengalaman...saya tidak mendapat gaji setelah selama 3 minggu bekerja...adakah saya boleh menuntut di pejabat buruh kerana saya tak ada bukti hitam putih...saya rasa seperti teraniaya oleh majikan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Jika diberhentikan dengan alasan tsbt dan tanpa notis, encik boleh menbuat tuntutan seperti:
      1. Baki gaji (jumlah hari yang bekerja)
      2. Gaji ganti notis (4 minggu)

      Tuntutan boleh dibuat di PTK berdekatan.

      Delete
    2. Saya sudah ke pajabat buruh...tapi notis 4 minggu tak dapat tuntut sebab saya tak dapat offer letter dari company

      Delete
    3. takkan kerana xde offer letter trus xamik kes, ni PTK mana yer? nama apa pegawai tersebut?

      Delete
  15. assalamualaikum boleh sy tanya? kalau mcm cmpany sy kerja dia xdr surat offer letter. sy dh kerja stahun tbe2 bos sy mnberhenti kan sy atas sebab sy mncuri tanpa bukti.sy mtk bukti tapi dia cakap tiada.wajar kah begitu.apakah tindakan yg perlu sy buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      kalau tidak berpuashati dan masih nak kerja kena pergi ke Jabatan Perhubungan Perusahaan.
      Jika nak mintak pampasan, blh pergi ke Pejabat Tenaga Kerja berdekatan utk failkan kes.

      Delete
  16. Assalamualaikum.. saya nak mintak pendapat sikit.. saya baru bekerja di firma guaman sebagai kerani akaun selama 11 bulan 10 hari.. masuk bulan 2 cukup 1 tahun.. hari ke 10 selepas balik kerja, tiba di rumah, HQ call, dan HQ beritahu saya last day.. tanpa notis.. jadi saya terima je.. saya redha..saya diberhentikan kerja tanpa notis apa-apa dan alasan majikan ofis tidak banyak kerja. Jadi ape perlu saya buat? tindakan apa yang perlu saya ambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Dalam kes ni, cik layak hanya satu sahaja iaitu gaji ganti notis. Gaji ganti notis boleh tengok artikel di atas atau di sini --> Pengiraan Gaji Ganti Notis

      Delete
  17. Assalam, bagaimana pula jika notis diberikan dalam masa 3 minggu sahaja dengan alasan syarikat mengalami masalah kewangan, sedangkan pekerja sudah bekerja melebihi 12 tahun di syarikat tersebut? Pekerja juga sudah meminta bayaran pampasan tetapi dipujuk oleh majikan supaya faham keadaannya? Adakah perlu pekerja membawa notis diberhentikan kerja ke Pejabat Buruh sebagai bukti? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Jika pekerja yang tiada timbang rasa boleh la pergi ke PTK untuk menuntut faedah penamatan itu.

      Jika pekerja yang memahami, mungkin pekerja itu faham dan memadai dengan notis tsbt.

      Tepuk dada tanya diri encik yang mana..

      terima kasih

      Delete
  18. Assalamualaikum. Sy ada beberapa soalan utk diajukan bdsrkan situasi yg sy alami ini. Saya baru bekerja beberapa hari di sbuah syarikat swasta, pd hari ke 4 sy dtg ke pejabat, sy tlh dikejar anjing kepunyaan syarikat tersebut (sllunya diikat tp pd hari tersbut ia tak diikat). Sy mgalami kecederaan di kaki akibat kjadian tsrbut dan dibawa ke klinik. Stelah Xray sy diberi cuti MC selama 2 hari. Dan sy telah berikan bukti MC tersebut kpd yg berkenaan. Tanpa diduga mereka mberikan sy cash gaji slama bbrpa hari sy bkerja dan mgatakan sy tidak perlu datang kerja lg. Tanpa beri sy apa2 notis. Persoalan sy adil kah sy diberhentikan on the sport tanpa sbb yg munasabah. Sdgkan sy berikan bukti MC dan kejadian juga dihadapan office, bersaksikan guard disitu. Apakah tindakan yg sy boleh ambil ? Sy juga tidak berikan offer letter wlu sudah bkerja bbrpa hari. Sudah diminta pd hari ke2 sy bkerja, namun mereka mgatakan sdg sibuk dan akan berikannya kemudian. Disbbkan tiada offer letter hitam putih adakah sy boleh mngambil sbrg tindakan? Mohon penerangan dr pihak tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..
      Jika diikutkan, anda boleh ke pejabat buruh berhampiran untuk menuntut gaji ganti notis walapun tiada offer letter diberikan kerana majikan yang perlu memberi offer letter itu sebelum atau hari pekerja masuk bkerja. Oleh itu, ia adalah salah majikan. Pergi ke pejabat buruh, jika pegawai buruh tidak mahu ambil kes kerana ketiadaan offer letter, report ke jabatan tenaga kerja putrajaya melalui email bersama dengan nama pegawai tersebut yang tdak mahu ambil kes tsbt. terima kasih.

      Delete
  19. Assalamualaikum.....
    1) berkenaan cara kiraan pampasan, adakah gaji pokok , gaji kasar atau gaji bersih selepas tolakan kwsp dan socso...( saya adalah tecnician dan selalu ada overtime dan elaun )....adakah elaun pun termasuk dlm gaji??
    Mohon pencerahan...terima kasih

    ReplyDelete
  20. saya pernah baca dlm blog mengatakan gaji termasuk dengan elaun ...mohon pencerahan

    ReplyDelete
  21. Saya baru mula bekerja setelah cuti sakit (hospitalization leave/mc) dan disuruh berhenti secara verbal (tanpa notis/apa2 surat) atas alasan banyak ambil cuti sakit.

    Apa tindakan yg harus saya buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya perkara ini tidak terjadi.. majikan perlu fhm berkenaan dengan keadaan pekerja. Tetapi buang atau tidak adalah hak majikan. Jika dia tidak mahu awak bekerja lagi dengannya, jangan berhenti walaupun dipaksa. Dipaksa tulis surat berhenti sekalipun, jika dia yang mahu berhentikan anda, suruh dia yang berhentikan dan minta surat. Pergi ke PTK jika majikan tidak kasi notis yang mengcukupi.

      Delete
  22. As salam. Thn yg lalu pd 16 november 2019 sy telah diberhentikan kerja serta merta. Puncanya sy telah bertindak agresif terhdp 1 lg pihak tp sy tdk mencederakan atau memukul@sentuh badan Pihak lg satu mmebuat aduan dan sy telah dikenakan siasatan dalaman. Hasil keputusan sy telah diberhentikan serta merta tanpa notis dan sy hanya dibyr gaji setengah bulan kerana penamatan sy pd 16hb dan sy tidak diberi pampasan gaji dan faedah tempoh sy berkhidmat Sdgkan sy telah bekerja pd tahun 2015 hingga 2018. Hrp dpt maklum balas dr pihak tuan dan memberi nasihat serta pandangan yg bernas Dan jg sy ingin bertanya, bolwh kah pihak majikan membuang pekerja dgn alasan agresif sdgkan sy telah memberi maklum balas dan menbalas semua surat yg telah dihantar kpd sy dan jg telah memberi kerjasama yg baik atas sbb sy tdk mahu kes berlarutan. Hrp maklum bls dr pihak tuan .Terima kasih .

    ReplyDelete
  23. Kalau saya bekerja selama 2bulan pon blh buat tuntutan ke??tanya saja..terima kaseh

    ReplyDelete
  24. Idham, jika bekerja 2 bulan, layak utk notis dan cuti tahunan sahaja. Jika majikan tak kasi notis cuti tahunan, layak tuntut

    ReplyDelete
  25. ape yang patut dibuat jika majikan ingin menghentikan pekerja dengan menyuruh pekerja membuat pilihan
    1) berhenti dengan sukarela
    2) menghantar pekerja tersebut ke tempat yang lain dengan memindahnya (tanpa kerelaan)

    ReplyDelete
  26. Arfan : Kalau boleh jangan berhenti, tapi jika diugut utk transfer, kalau xde sebut dalam kontrak perkhidmatan, boleh fight jika majikan masih transferkan pekerja tsbt. Jika ada tulis, kena redha la kalau kena pindahkan.. (tp mgkin boleh buat majikan mmg ada berniat jahat)

    ReplyDelete
  27. saya telah diberhentikan kerja dan mengambil tindakan di mahkamah perusahaan,bolehkah saya berkerja sementara menunggu bicara itu selesai.Jika kes saya menang saya layak lagi ke untuk bekerja di tempat lama dahulu walaupun saya sudah bekerja di tempat yang baru.

    ReplyDelete
  28. Tu kena tanya pegawai di JPP sendiri la boleh ke tak..kalau kes di Pejabat Buruh, pekerja takde halangan untuk bekerja walaupun semasa proses tuntutan dijalankan. klu JPP admin tak tahu..

    ReplyDelete
  29. Saya telah di gantung kerja atas salah sendri. Pegantungan selama 14hari dari 5-18hb pada 14 hb di pangil untuk di bicara. Tetapi tidak di beri keputusan. Di minta tunggu. Sehingga hari ini tiada apa-apa info.

    ReplyDelete
  30. ASSALAM TUAN, SY TELAH DAPAT TERMINATION LETTER DR SYARIKAT IAITU NOTIS 3 BULAN DARI TARIKH SURAT DIKELUARKAN..SBLM INI SY ADA TERIMA 2 SURAT YG BERTAJUK POOR PERFORMANCE DAN SATU SURAT SHOW CAUSE LETTER. SY TELAH REPLY PERTUDUHAN KEATAS SY PADA MENJAWAB SHOW CAUSE LETTER DAN IA TELAH DIBALAS OLEH MAJIKAN DGN MENOLAK PENAFIAN SY.PADA SURAT TERMINATION LETTER, SY DIMINTA BERJUMPA MANAGER DLM MASA 14 HARI DR TARIKH SURAT ITU BAGI MEMBERI SEBAB KENAPA SY TIDAK BOLEH DIBERHENTIKAN. SY TELAH DATANG UNTUK BERTEMU MANAGER TP MALANGNYA MANAGER MENJEMPUT SEMUA STAF SYARIKAT UTK MENYAKSIKAN PENDAKWAAN KEATAS SY DAN INI AMAT MENGAIBKAN BAGI SY..MANAGER JUGA MERAKAM SUARA SEPANJANG SESSI TERSEBUT. DIAKHIR SESSI TERSEBUT, MANAGER MEMAKLUMKAN JIKA PERNYATAAN SY SALAH HENDAKLAH SY BERSETUJU UTK BERHENTI. BELIAU JUGA BERKATA AKAN PANGGIL SY SETELAH MENDAPAT MAKLUMAT YG TEPAT YG MANA ADAKAH PERNYATAAN SY SAMA DENGAN BUKTI ATAU BERCANGGAH. SEMINGGU SELEPAS ITU SY TERIMA SATU SURAT PEMBERHENTIAN KERJA DAN DIDALAM SURAT ITU MENYATAKAN SY TELAH BERSALAH. SY AMAT TIDAK BERPUAS HATI KERANA TIDAK TAHU DIMANA YG DIKATAKAN SY BERSALAH..SY TIDAK DIBERI PELUANG UTK BELA DIRI DIATAS SALAHLAKU YG DITUDUHKAN. UNTUK MAKLUMAN TUAN, SEGALA SURAT YG SY TERIMA ADALAH BUKAN SALAH SY DAN TELAHPUN DISANGGAH OLEH SY TETAPI TETAP SY DIPERSALAHKAN..SY TELAH BERKHIDMAT SELAMA 2 TAHUN. APA YG PALING TIDAK MEMUASKAN HATI SY IALAH KERANA SEPA NJANG SY BERTUGAS SY TIDAK PERNAH SEHARI PUN MC ATAU CUTI SAKIT..MOHON BANTUAN DAN TUNJUKAJAR DARI TUAN. TRMA KASIH

    ReplyDelete
  31. Unknown 21 Oktber 2019

    Perlu tunggu untuk keputusan. Kalau boleh tolong follow up majikan. Jika tak dilayan, pergi ke pejabat tenaga kerja berdekatan untuk minta tolong pegawai call majikan.

    ReplyDelete
  32. Unkown 22 Oktober 2019

    Jika tuan bukan pekerja di bawah akta kerja, maka tuan perlu menfailkan kes ini di Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam masa 60 hari dari tarikh diberhentikan

    Jika tuan dilindungi oleh Akta Kerja, maka tuan boleh ke Pejabat Tenaga Kerja untuk membuat pertayaan lanjut di sana.

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum suami Sy bkerja sbgai pemandu treler outstation,bru2 ada kejadian minyak lori suami kena curi semasa suami parking nk blik tido rmh,suami oarkinp tepi jln..bos dia tuduh dia mencuri dan mnta parking lori(berhenti)...adakah kes ni suami bleh menuntut keadilan sbgai pkerja...

    ReplyDelete
  34. Unknown 23.10.2019

    Untuk ini, kalau bos suruh berhenti kerja, jangan berhenti.. Kalau dia nak tuduh apa pun, minta majikan yang berhentikan.. baru dapat pergi report ke PTK utk keadilan. Jika suami berhenti, takde apa boleh tuntut nanti..

    ReplyDelete
  35. Asalamualaikum boleh saya bertanya sekira nya bos kita ingin kita berhenti tapi dia paksa kita yang hantat notis atas sebab dia mau selamat dari bayar pampasan apa harus kita buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam...
      Jangan ikut cakap bos. Pampasan boleh runding bagitahu dia, jika tidak pergi ke Pejabat Buruh, nanti banyak lagi dia kena bayar

      Delete
  36. salam..saya tidak hadir kerja lebih dari 3 hari atas alasan masalah keluarga dan diberi surat tunjuk sebab. saya menjawab surat tunjuk sebab dan tidak diterima, lalu diberhentikan. gaji saya disekat, dan sayapsaya bayar 2 bulan gaji saya kepada majikan. adakah ini dibenarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, isu awak boleh dicabar iaitu boleh ke Pejabat tenaga kerja atau JPP bagitahu majikan berhentikan awak dengan tiada tindakan munasabah

      Delete
  37. Assalamualaikum... saya ingin bertanya.. sekiranya saya baru bekerja tidak sampai 2 bulan dan dikira dalam tempoh probation, adakah saya layak mendapat cuti sakit berbayar?

    ReplyDelete

Post a Comment