Soalan Temuduga Yang Tak Pernah Anda Sangka Akan Ditanya

Monday, November 13, 2017

Sebenarnya, selain daripada soalan-soalan yang kami berikan kepada anda sebelum ini, ada banyak lagi soalan dari bakal majikan yang bakal ditanya ketika sesi temuduga.

Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. Nahas ko beb hehe.
Cakap banyak pun tak guna, nah kami sediakan edisi soalan-soalan dari penemuduga untuk anda ya!

1. Namakan kompeni , jawantan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji anda semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?

Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tak boleh jawap dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka. Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tetang perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.

2. Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?

Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini adalah anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu. Jangan memandai nak menceritakan tanggungjawab yang padahal anda tak buat.Penemuduga pun tahu raiak muka kita kalau kita tipu. Lagi nahas kalau pihak pengurusan menyelidik latar belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.

3. Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?

Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini "Bagaimana anda menanganicabaran?" pastikan menyertakan contoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikansituasi yang sukar yang pernah anda alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikantentang masalah tersebut dan cadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

4. Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?

Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidak suka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalu memberi tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Sebabnya ialah mungkin penemuduga beranggapan bahawa anda akan bercakapnegatif tentang pekerjaan baru atau syarikat apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau dipilih nanti.


5. Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?

Cuba berikan jawapan positif seperti 'Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik.Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya member kepuasan peribadi saya dan juga majikan saya khususnya'.

Related Posts

Previous
Next Post »