Petada-Petanda Yang Interviewer Tak Berminat Dengan Anda

Tuesday, November 14, 2017


Korang terima panggilan untuk menghadiri temuduga, mesti suka kan? Tiba hari yang dinantikan, korang dapat lakukannya dengan baik dan semuanya berjalan dengan lancar. Tunggu untuk dapat panggilan tapi hampir dua minggu tak dapat respon, korang cuba untuk tanya progress kepada majikan, mereka jawab nanti atau abaikan terus paggilan korang. Pelik kan?
Cuba korang ingat balik ada tak majikan berikan petanda-petanda ini sewaktu hari temuduga tersebut. Jika ada cuba perbetulkan semula ketika waktu temuduga akan datang.

1. Waktu Temuduga Yang Dijalankan Sangat Singkat!

Waktu yang singkat, sesi temuduga yang ringkas bukanlah satu petanda baik untuk sesetengah temuduga. Lagi lama, lagi baik sebenarnya. sekurang-kurangnya setengah jam. Belum sempat ceritakan semua, sesi temuduga terus ditamatkan. Kemungkinan besar korang highlight kan benda yang tak kena dengan objektif kerja atau mungkin huraikan yang diberikan terlalu pendekn dan tergantung.

2. Reaksi Majikan Tak Berminat Dengan Penjelasan Korang

Masa korang bentangkan segala nilai yang ada pada diri korang, majikan dengar tapi tidak peka dan fokus kepada korang (tengok handphone, pandang kertas, pura-pura menulis, atau buat kerja lain). Itu memang petanda paling ketara majikan tak berminat dengan korang dan kemungkinan besar tak layak menerima kerja tersebut,

3. Majikan Fikir Soalan Seterusnya Kepada Korang

Kalau majikan ambil masa agak lama untuk memkikirkan soalan seterusnya kepada korang, sebenarnya ada sesuatu pada diri korang yang masih menjadi tanda tanya majikan. Contoh "Errmm..kerja lama buat apa?".."Urmmm....apa lagi ya..oh ya! kenapa awak berhenti?".
Cuba elakkan daripada majikan hilang akal dengan korang, jelaskan segalanya dengan lebih terperinci. Kemungkinan besar korang boleh diselamatkan waktu itu, gali sedalam-dalamnya butiran mengenai diri korang sebab majikan ada nampak potensi tapi belum cukup 'ummph!' untuk dia pilih korang, mereka cuba cari sesuatu yang bernilai. Jika tak, mereka putus asa dan anggap ada calon lain yang lebih layak.

4. Soalan Pelik-Pelik Daripada Majikan

Majikan kurang tanya pasal kerja, sebenarnya mereka nak cukupkan syarat supaya tak nak terlalu ketara temuduga terlalu singkat sahaja. Soalan yang korang sendiri fikir tak relevan untuk ditanya sewaktu temuduga. Sebenanrnya dia pun dah malas nak layan korang, biasanya benda ini terjadi jika prestasi korang tak memberangsangkan atau masalah pada resume korang.

5. "Tunggu Call Daripada Pihak Kami Untuk Sesi Temuduga Yang Seterusnya"

Rasanya korang dah faham maksud dia kan? Interview kali kedua atau ketiga itu sebenarnya tak pernah wujud, jika korang mendapat panggilan bermakna korang diterima kerja atau mereka pangil untuk melakukan ujian. Tak akan ada istillah temuduga kali kedua atau ketiga,

6. Majikan Baca Resume Korang Banyak Kali

Itu maknanya ada lah masalah dalam resume korang tu, point yang cuba disampaikan tak cukup. Kami sendiri pernah lalui pengalaman begini, harapan yang ada hanya dalam diri korang sewaktu temuduga. Itupun biasanya majikan dah dapat agak yang korang tak serius untuk mohon kerja dengan mereka dan jangkaan mereka selalunya tepat!

Sumber : Maukerja

Related Posts

Latest
Previous
Next Post »