Tips & Cara Interview Kerja Kerajaan [Sangat Berbaloi Untuk Dibaca]

Sunday, October 08, 2017
Tips & Cara Interview Kerja Kerajaan [Sangat Berbaloi Untuk Dibaca] | Bagaimana persedian untuk interview kerajaan? Berikut adalah coretan saudari yang ingin dipanggil "mak jemoh" yang menulis di iium confession. So admin siarkan semula di sini kerana merasakan apa yang ditulisnya sungguh berbaloi untuk dikongsi.. Moga bermanfaat.

Tips & Cara Interview Kerja Kerajaan [Sangat Berbaloi Untuk Dibaca]

Assalamualaikum dan hi semua, orang suka panggil aku mak jemoh. selepas artikel “cable kerja” di iium disiarkan. harini aku nak kongsi tips “cara2x untuk interview kerajaan” terutama untuk semua yang tercalon dalam senarai interview.yang tak tercalon molek kau baca jugak mana tahu akan datang tercalon hehe.thanks iium.

1. Dokumen yang perlu dibawa (borang yang diberi untuk diisi + resume + sijil)

i) Borang
Kena pastikan borang yang diberi untuk dibawa semasa interview diisi dengan detail. Jangan sesekali tertinggal butiran atau yang patut korang tulis dikosongkan. Kalau korang nak tahu, interviewer korang dapat tengok korang jenis macam mana melalui borang dan tulisan korang la. Kalau jenis yang isi borang tak lengkap dan tulisan macam cakar ayam tu dikira sebagai “orang yang cuai dan pemalas nak baca borang” ha bahaya gila cara interviewer fikir. Apa yang korang rasa dia tak kisah itula yang dia kisahkan. Diorang sangat teliti.

ii) Resume
Ppernah tengok buku skrap? of course la pernah kan. Okay kalau pernah boleh bayangkan tak resume dan salinan sijil yang nak beri dekat interviewer itu dijadikan buku skrap? Muka hadapan tu buat logo malaysia ke, logo SPA ke. bawah tu buat la
Nama:
Ic:
Jawatan:(jawatan yang dapat masa interview)

Bahagian dalam buku skrap tu pulak buat pembahagi guna kertas warna. (akedemi/kokurikulum/lain2x) ha susun korang punya salinan sijil ikut turutan pembahagi. part akedemik tu susun dari latest ke akhir. benda ni basic, tak perlu lawa macam design bunga2x pun cukup nampak kau ni seorang yang pandai guna komputer sekaligus otak mengikuti era perubahan sekarang dah la. kalau kau nak tahu dari situ interviewer anggap kau up to date dalam bidang komputer/filing dan sewaktu dengannya. pap 3 markah penuh dalam tangan! “budak ni bukan biasa2x”- kata interviewer tersebut.kah!

iii) Sijil
Cuba tengok surat tawaran kerja kerajaan korang, ada tulis tak nak salinan sijil “yang disahkan”? confirm la ada. ramai sangat yang datang interview bawak salinan sijil bodoh gitu je takde disahkan. Disahkan ni bermaksud dicop dan disign oleh ketua kampung ke ketua jabatan ke, ketua tempat ayah kau kerja ke (kerja kerajaan la). Wajib dicop ya salinan sijil kesemuanya. termasuk ic, surat beranak. zaman aku dulu aku dah buat buku skrap untuk salinan sijil dan resume terus aku bawak gi pejabat ayah aku untuk disignkan.

Tambahan:
Sijil original tu make sure pulak kau letak dalam fail flip yang boleh selak se se jangan letak satu envelope sampai interviewer kena bawak keluar tengok se se. leceh! pap – 3 markah.

2. Pemakaian

Semua sedia maklum interview kena pakai formal tak kira swasta atau kerajaan. Tapi kali ini aku nak terang detail mengenai formal tu. takut ada yang tak faham. formal dalam erti kerajaan ni bagi lelaki adalah kemeja, seluar slack, kasut hitam kilat dan tie. Bagi perempuan, baju kurung. ha baju kurung? Jangan tak tahu masa interview pakaian ni la memainkan peranan penting dia nak tengok kau ni macam mana orangnya. interviewer kita hebat2x belaka. psikologi beb bab pemakaian.

Untuk pemakaian perempuan:
Baju kurung yang sesuai untuk pakai masa interview kerajaan adalah:

a) berwarna gelap(navy blue/maroon/hitam)

b) kosong atau kain bercorak batik dipadankan dengan baju kosong elakkan pakai baju yang bercorak meriah/labuci2x macam nak gi kenduri kahwin!

c) bag tangan sederhana kecil (kalau boleh tinggalkan bag dekat luar bilik interviewer mintak orang jaga. bawa masuk file je.

d) pakai jam besi belah kiri (tak tahu kenapa ayah aku selalu pesan ni) jangan pakai gelang/cincin aksesori. Simpan dulu nanti pakai la puas2x habis interview.

e) kasut bertutup warna hitam kosong flat atau ada tumit sikit. selain daripada itu tak patut! jangan nak guna heels wedges bagai pulak kau nak gi interview okay bukan nak gi mall!

f) tudung kosong berwarna gelap (jangan kau gi pakai colour block pulak) seeloknya pakai la warna hitam. aku dulu baju navy blue selendang hitam. pin macam biasa tutup dada. ha part menggayakan tudung tu jangan ala2x nak gi dinner. pakai paling kemas dan simple.

g) make up soft je supaya tak nampak pucat.

Hharap gegurls ikut la peraturan kat atas masa aku temuduga dulu bukan main ramai macam nak beraya. make up 10 inci. kasut kemain tinggi. kata kakak ku “kau mula interview takpe nampak nerd selenge je orang pandang nanti dah masuk kerja suka hati kau la nak melaram ke apa” kalau masuk?hahahahahha


3. Step pertama masuk ke bilik interviewer

Nama korang dipanggil. bangun dengan tenang jangan gelabah kalau nervous tu biasa la tapi cuba rileks anggap je korang berjumpa dengan guru besar atau boss korang dulu.

a) bangun dari tempat menunggu nama dipanggil kemudian ketuk pintu tiga kali: tunggu dia cakap masuk baru kau masuk. kat sini dah ada markah tahu tak! kalau jenis masuk terus tak ketuk memang sah sah kena tolak markah. ingat ketuk dan tunggu dia cakap masuk. hadam! dokumen pegang tangan kiri rapatkan ke peha. jangan gi peluk pulak dokumen tu macam masuk sekolah tahu?

b) selalunya interviewer ada 3 depan korang, korang duduk kat tengah2x berhadapan diorang dengan sebangku kerusi tanpa meja. so kat sini selepas masuk korang kena bagi resume, borang dan salinan sijil korang. pusingkan dokumen tu ke ala diorang. langkah ke belakang (jangan membontot) dekat kerusi yang nak duduk tu. tunggu sampai salah sorang kata “duduk” baru la kau duduk! jangan membontot tu bermaksud jangan pusing kebelakang depan diorang.just langkah kebelakang atau erti kata lain jalan kebelakang.


4.Cara bercakap

Ingat semua jangan buat kesilapan macam aku dulu. aku dulu masa tiga kali interview gagal aku cakap formal rabak macam tengah berpidato. aku dapat nasihat dari qs yang aku cakap dapat kerja kerajaan (masa artikel cable kerja) tu dia cakap nanti masa interview cakap macam biasa. macam cakap dengan boss (kalau pernah bekerja) atau cakap dengan cikgu. jangan terlalu over buat macam interviewer tu kawan kau dan jangan terlalu formal. make sure korang bercakap tidak melebihi interviewer. tapi jangan kurang sangat. orang tanya sepatah jawab sepatah (tidak proaktif) orang tanya sepatah jawab sampai 20patah (banyak melalut) jawab berdasarkan apa kau tahu dan jangan sesekali kau soal interviewer semula.

Contoh:
interviewer: berapa negeri dalam malaysia ni?
korang: aaaa entah. tuan agak2x ada berapa?
makan penampor baru tahu hahahahahha


5) Soalan yang akan dikemukakan

i) Pertama sekali soalan dia “kenalkan diri awak” korang jangan pulak cerita pakai kereta apa nama kucing apa suka apa hobi apa. haih aku kalau jadi interviewer pun rasa nak reject. cukup nama,umur,tarikh lahir, tinggal dekat mana, nama mak ayah,mak ayah kerja mana (nyatakan kalau dah meninggal atau bercerai), berapa adik beradik, tamat pengajian peringkat mana. done! nanti dia akan selitkan soalan lain pasal diri kau pepandai la kau jawab. jangan lari topik asal sudah.

ii) Soalan am
Kena study mengenai jawatan korang. aku haritu boleh pulak dia tanya dapat temuduga jawatan apa terus aku jawab dengan yakin siap gred dia aku sebut. paling penting study senarai tugas bagi jawatan korang tersebut kemudian waktu terangkan pada interviewer cuba kaitkan dengan pengalaman kerja yang korang ada.


Contoh:
Pertama tugas sebagai pembantu tadbir adalah menulis surat mengikut arahan seperti kerja saya sekarang sebagai admin. dikehendaki menulis surat mengikut arahan boss.

iii) Isu semasa
Kalau sekarang tu tengah hangat pasal sakit keracunan makanan cuba la study sikit pasal penyakit tu, isu semasa sukan, negara, study sikit pun takpe sebab kekadang soalan am ni susah sikit tak boleh jangka apa akan ditanya. so nasihat aku just faham dengan isu semasa sekarang dah cukup.

iv) Pengetahuan A
Siapa perdana menteri pertama, siapa bapa pemodenan. ha yang part sejarah malaysia ni mohon study jugak haritu dia tanya aku siapa bapa pemodenan. apa nama sultan pahang? macam2x lagi berkaitan sejarah.nasib baik aku suka sejarah dari dulu weh hahahahaha.

Tips:
Kalau nak sebut nama menteri atau sultan kena sebut pangkat dia. kalau tidak jawapan anda dikira tidak tepat

Contoh: Yang Berhormat Perdana Menteri Dato Sri Najib Bin ha kau sambung. aku pun tak ingat dah. jangan main sebut “najib razak” “dato sri najib” memang salah ek. kena sebut pangkat dia dengan panggilan depan. yang berhormat, yang amat berhormat dato sri etc.

kalau macam ada soalan tak tahu nak jawab, korang cakap macamni

“maaf tuan/dato/puan saya kurang pasti mengenai soalan tu


6. Akhir sekali

Habis je interview, interviewer akan cakap “baiklah terima kasih” korang bangun dari kerusi perlahan2x pergi semula ke depan ambil file dan salam (yang sama jantina) dan cakap terima kasih dengan nada ceria. jalan ke belakang sampai dekat kerusi korang. jangan membontot! sama macam tadi. dah sampai kat kerusi baru la pusing ke pintu untuk keluar.

Ni lebih kepada jawatan yang directly panggil interview. Yang exam pulak, selalunya pengetahuan am jugak, plus soalan matematik. apa pun aku nak cakap good luck la untuk semua yang dapat interview kerja kerajaan kau tahu tak kau ni dikira bertuah sebab tersebarai dalam calon temuduga. Kalau dapat lagi bertuah. berapa ramai weh yang bersaing nak rebut kerja yang korang temuduga tu. Yela kerja kerajaan kot. tak perlu lagi aku terangkan kebaikan dia. harap tips2x di atas berguna untuk korang.

– mak jemoh


* Part admin resumecontoh.my nak tambah:
Haritu admin pakai blazer/coat masa interview sebab ada terbaca tentang ni kalau interview jawatan kerajaan Penolong Pegawai ke atas kena la pakai blazer sebab ni pun ada markah tau. Alhamdulilah admin dapat... :)

Download Contoh Resume Lengkap Sekarang!!

Sila isikan nama dan email aktif anda untuk muatturun koleksi contoh resume terkini. [Boleh Download & Edit]

Related Posts

Previous
Next Post »