Contoh Soalan Temuduga - Penemuduga Minta Pendapat atau Pandangan

Wednesday, October 04, 2017
Contoh Soalan Temuduga - Penemuduga Minta Pendapat atau Pandangan | Artikel kali ini admin kongsikan untuk anda tentang penemuduga yang selalu meminta pendapat atau pandangan tentang sesuatu isu atau perkara. Ini kadang-kadang menyukarkan calon untuk menjawab dengan tepat dan yang diingini oleh penemuduga. Berikut beberapa contoh yang boleh diikuti:-

contoh soalan dan jawapan temuduga

1. Apa pandangan anda jika dikatakan seorang pekerja berkualiti adalah mereka yang beriman berpandukan ajaran agama?


Contoh jawapan: "Pada pandangan saya, jika kita berpegang teguh kepada ajaran agama serta melaksanakannya, pasti wujud sifat jujur, ikhlas dan amanah di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sekaligus akan menghasilkan pekerja yang berkualiti". 


2. Apakah cadangan penambahbaikan untuk syarikat ini?


Contoh jawapan: "Setiap kakitangan seharusnya menambahbaik sistem penyampaian kepada pelanggan supaya lebih cekap dan telus mengikut SOP yang ditetapkan. Syarikat juga perlu menyediakan kemudahan untuk promosi dan pesanan produk secara online bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan syarikat. Selain itu, setiap kakitangan perlu diterapkan budaya kerja berprestasi tinggi yang melibatkan perubahan budaya kerja, cara berfikir dan cara bertindak bagi memastikan syarikat berkembang maju". 


3. Jika anda diberikan tugasan tetapi tiada bahan rujukan, apakah tindakan anda untuk menyiapkan tugasan itu?


Contoh jawapan: "Jika saya diberikan tugasan tetapi tiada bahan rujukan, saya akan berbincang dengan rakan sekerja yang mempunyai pengalaman berkenaan tugasan itu. Saya percaya bahawa setiap tugasan yang diberi pasti ada penyelesaiannya. Melalui cara berbincang pasti mendapat idea untuk menyiapkan tugasan berkenaan".


4. Jika anda diberikan dua tugasan dalam satu masa dan kedua-duanya perlu disiapkan dalam tempoh masa yang singkat, jelaskan cara atau tindakan yang diambil oleh anda?


Contoh jawapan: "Saya akan menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut keutamaan. Keutamaan saya adalah terhadap tugasan yang lebih penting dan paling hampir tarikh akhirnya". 


5. Apakah kepentingan integriti terhadap sesuatu pekerjaan?


Contoh jawapan: "Integriti memastikan setiap tindakan dan perbuatan kita berpandukan kebenaran dan kejujuran selaras dengan ajaran agama dan undang-undang. Integriti juga dapat menghindarkan diri kita dari pecah amanah atau rasuah". 

Diharapkan perkongsian mengenai contoh soalan dan jawapan temuduga ini bermanfaat kepada anda. Selain itu, pastikan anda membuat persediaan mengenai soalan berkaitan pengetahuan umum dan isu semasa. Anda juga boleh mengikuti forum dan berbincang dengan individu yang memiliki pengalaman ditemuduga bagi jawatan yang dipohon

Download Contoh Resume Lengkap Sekarang!!

Sila isikan nama dan email aktif anda untuk muatturun koleksi contoh resume terkini. [Boleh Download & Edit]

Related Posts

Previous
Next Post »