Penyelesaian Masalah Kepada Graduan Yang Tiada Pengalaman Kerja

Monday, September 04, 2017
Penyelesaian Masalah Kepada Graduan Yang Tiada Pengalaman Kerja | Perkongsian kali ini ditulis oleh Tuan Muhammad Farid Wajdi, pengarah di sebuah syarikat konsultan motivasi. Semoga penulisan ini memberi pencerahan kepada mahasiswa atau graduan yang bakal atau sedang mencari kerja. Ia amat bagus kerana kebanyakan pembaca di sini adalah dikalangan yang masih study dan pencari kerja.

Penyelesaian Masalah Kepada Graduan Yang Tiada Pengalaman Kerja

Kalau mahu kerja, kebanyakan syarikat memerlukan orang yang mempunyai pengalaman dalam pekerjaan.

Jadi, mulai sekarang, sebagai mahasiswa, apa yang perlu kita lakukan adalah:

1. Kerja semasa cuti semester

Kerja sementara ketika cuti semester. Apabila sudah kerja, jangan lupa minta surat daripada majikan yang menandakan kita pernah bekerja. Walaupun hanya bekerja sebagai penggoreng fries di McDonald, kita tetap mempunyai pengalaman bekerja berbanding beribu-ribu lagi mahasiswa yang tiada langsung pengalaman.

2. Kerja semasa belajar

Kalau mahu lagi advance, buatlah kerja part time semasa kita sedang belajar. Pagi kelas, petang kelas, malamnya bekerja. Tetapi cara ini agak susah untuk diaplikasikan sebab akan menganggu masa kita buat diskusi dan kerja rumah. Jangan lupa, selesai kerja, kena minta surat pengesahan yang kita pernah kerja di tempat tu, walaupun hanya bekerja sebagai penjual tudung.

3. Tubuhkan syarikat sendiri

Lebih advance, buat perniagaan sendiri. Kalau boleh, perniagaan itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tak mahal pun. Pergi bangunan SSM terdekat, bawa dua salinan IC, bubuh nama syarikat, dan bayar RM60 sahaja untuk setahun. Kemudian, kita sendiri boleh buat surat pengesahan yang kita pernah bekerja di syarikat kita sendiri.

4. Banyakkan join aktiviti di Universiti

Kalau malas bekerja, tetapi suka aktiviti kampus, banyakkanlah lakukan aktiviti sukarela. Masuk kelab dan persatuan, dan rajin-rajinkanlah buat aktiviti masuk ke kampung orang asli, bagi makan gelandangan, atau program bersama anak yatim.

Kalau setahun kita buat aktiviti-aktiviti macam ini sebanyak dua kali, jadi dalam 4 tahun, kita dah buat 8 aktiviti. Bakal majikan kita akan impress kepada kita kerana kita punyai pengalaman dalam bidang sukarelawan.

Walaupun bukan satu pekerjaan, tetapi majikan tahu yang kita ini jenis pekerja yang aktif, dan bakal menguntungkan syarikat.

5. Aktiviti luar Kampus

Kalau hendak buat aktiviti luar kampus pun bagus. Join NGO, persatuan luar, atau parti politik yang ada anjurkan aktiviti-aktiviti outreach sebegitu. Dan jangan lupa, tetap kita memerlukan surat pengesahan yang kita pernah melalukan aktiviti bersama mereka.

6. Kabel mendapatkan kerja

Perkara-perkara di atas hanya relevan kepada yang tiada cable dalam syarikat. Tetapi kalau dah bapak kau empunya syarikat, atau bapak saudara kau, atau abang ipar kau punya, atau atuk tiri kau, dah tak perlu sembang pasal benda ini.

7. Jika pemalas boleh pergi mati

Kalau malasss sangat hendak kerja, apatah lagi sertai aktiviti sukarelawan,

Masuklah kubur.

Tuhan tak tengok pengalaman kerja kalau dalam bab ajal dan maut ini.

Semoga info dan nasihat ini membantu semua untuk mendapatkan kerja. Jadi selepas ini, tidak usah merungut kalau ada syarikat yang tidak mahu terima kau bekerja disebabkan tiada pengalaman.

Memang ada syarikat yang perlukan pengalaman tiga empat tahun dalam bidang yang kita mahu ambil.

Tetapi kalau kau pernah kerja benda lain, atau aktif dalam aktiviti sukarelawan, insyaAllah, orang yang temuduga kau itu akan pertimbangkan untuk ambil kau sebagai pekerja mereka.

Tetapi ingat, kerja itu ibadah. Kalau niat kau nak riak dan hanya mendapatkan sehelai kertas surat pengesahan, berkat itu mungkin susah hendak dapat.

Tapi kalau niat itu hanya untuk Allah Ta’ala, maka Tuhan akan mudahkan hidup kau dalam pencarian kerja suatu hari nanti.

Jadi, itu sahaja sedikit tazkirah witir daripada aku.

Renung-renungkan dan selamat tinggal.

Related Posts

Previous
Next Post »