Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Pakar Jelaskan Kenapa Tak Sampai Setahun Ramai Fresh Grad Suka Lompat Kerja

Post a Comment
Pakar Jelaskan Kenapa Tak Sampai Setahun Ramai Fresh Grad Suka Lompat Kerja | Sebagai graduan yang baru saja menamatkan pengajian dan memulakan langkah memasuki alam pekerjaan, kerja pertama adalah satu kerjaya yang dianggap penting bagi mereka. Kebanyakan daripada mereka percaya yang kerja pertama bakal membantu untuk memperkembangkan lagi karier mereka dalam sesuatu kerjaya yang diceburi.

Kenapa Tak Sampai Setahun Ramai Fresh Grad Suka Lompat Kerja

Namun, kenyataan ini dilihat seperti bercanggah apabila survey mendapati:

36% fresh grad letak jawatan daripada kerja pertama dalam masa setahun
74% letak jawatan untuk peluang kerjaya lebih baik
43% letak jawatan untuk gaji lebih tinggi

Kenapa Fresh Grad Berhenti Kerja Dalam Tempoh Masa Setahun?

Untuk satu kajian lain pula, 80% majikan percaya yang mereka dah berikan tunjuk ajar yang cukup untuk para graduan ni, tapi kebanyakan fresh grad mengaku yang mereka mengalami masalah dengan majikan dan salah satunya adalah kekurangan tunjuk ajar daripada majikan. Macam mana boleh jadi macam tu?

Menurut Sanjay Modi, Pengarah Urusan Monster.com, APAC dan Middle East, percanggahan antara majikan dengan fresh grad ni adalah sesuatu yang membimbangkan dan tak boleh dipandang remeh.

''Percanggahan ini pasti membimbangkan para majikan kerana mereka memerlukan fresh grad yang boleh bekerja untuk mereka dalam jangka masa yang lama. Bagi fresh grad pula, seharusnya di awal pekerjaan tidak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi termasuklah dari skop kerja dan taraf gaji masing-masing.

Tempoh setahun adalah satu tempoh yang matang bagi menunjukkan skil dan kebolehan yang ada kepada majikan. Di sinilah majikan akan nilai dan seterusnya akan beri peluang fresh grad untuk ke peringkat seterusnya.''

Sumber: SAYS

Related Posts

Post a Comment