3 Sebab Anda Tidak Dipanggil Temuduga

3 Sebab Anda Tidak Dipanggil Temuduga | Sudah macam-macam cara dibuat untuk memohon jawatan kosong? mohon secara online, melalui email hantarkan sendiri maklumat di pejabat majikan tetapi sekalipun anda tidak pernah dipanggil untuk ditemuduga? Jika anda mengalami masalah ini kami harap anda boleh baca post ini sehingga habis kerana kami akan terangkan kepada anda kenapa anda gagal dipanggil untuk ditemuduga.

3 Sebab anda tidak dipanggil Temuduga

3 Sebab anda tidak dipanggil Temuduga


1. Kesalahan Ketika Mengisi Permohonan 


Inilah perkara yang paling banyak dan paling kerap dilaporkan oleh majikan adalah kesalahan ketika mengisi permohonan walaupun anda mempunyai kelayakan yang cukup baik tetapi kesalah semasa membuat permohonan adalah kesalahan yang tidak dapat dimaafkan.

Oleh itu kami ingin kami nasihatkan kepada anda supaya sentiasa membaca maklumat lengkap permohonan dan membaca dengan teliti cara-cara untuk membuat permohonan yang telah disediakan oleh setiap jawatan yang hendak dipohon.

2. Tidak Melepasi Syarat Pelantikan


Jika anda tidak melepasi syarat-syarat pelantikan bagi jawatan kosong yang hendak dipohon anda tidak perlu membuang masa untuk memohon, Membuat permohonan bagi jawatan yang anda tidak layak adalah perkara yang membuang masa anda.

3. Jumlah Jawatan Terhad vs Permohonan Ramai


Ini juga adalah salah satu sebab utama kenapa permohonan anda tidak diterima dan tidak panggil untuk ditemuduga terutamanya didalam sektor kerajaan. Apabila terjadi hal ini pihak majikan hanya akan memilih yang terbaik diantara yang terbaik dan membuat pemilihan yang paling baik diantara paling baik untuk berkerja dengan mereka.

Sumber


Dan ini pula adalah daripada laman sesawang pengambilan pekerja untuk sektor kerajaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)


Soalan 1: Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?

Jawapan: Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temuduga walaupun telah lama berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia seperti tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia; permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia; pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya; pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Tiga sebab berikut adalah perkara utama yang selalu menyebabkan anda tidak dipanggil untuk ditemuduga namun begitu perkara yang penting yang harus anda fokus daripada ketiga-tiga sebab diatas adalah perkara 1 iaitu kesalahan ketika mengisi permohonan pastikan anda tidak melalukan kesalahan ini dan membaca dengan teliti segala maklumat yang diberikan sebelum membuat sebarang permohonan.

Sumber SPA

Menulis untuk berkongsi apa yang bermanfaat untuk dikongsi agar sama² tahu apa yang belum diketahui. Moga baik, Moga bermanfaat, Moga berjaya.

Related Posts

Previous
Next Post »