CV vs Resume. Apakah Definisi dan Perbezaannya?

CV vs Resume. Apakah Definisi dan Perbezaannya? | Anda pasti pernah terfikir apakah itu CV? Bagaimana pula dengan Resume? Kenapa majikan mahu CV bukan Resume? Apakah ianya sama atau berbeza? Jika berbeza, dimana perbezaan tersebut? Itu lah antara soalan-soalan yang berada dibenak fikiran kita kan? Artikel ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada anda mengenai perbezaan CV dan resume serta dokumen-dokumen yang sesuai untuk permohonan kerja di Malaysia.

CV vs Resume. Apakah Definisi dan Perbezaannya?

Apakah Maksud CV dan Resume??


Secara amnya, CV adalah singkatan untuk Curriculum Vitae adalah dokumen yang mempunyai maklumat lengkap dan tersusun tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang, manakala resume ialah dokumen yang sama tetapi dalam format yang sangat ringkas. CV biasanya mengandungi dua hingga empat muka surat, manakala resume biasanya tidak melebihi satu muka surat.

CV juga adalah dokumen yang diterima pakai untuk permohonan kerja di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Tetapi terdapat beberapa perbezaan dari segi susunan dan penyampaian CV dari satu negara ke negara yang lain. Pada dasarnya, isi kandungannya tetap sama. Resume pula merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di Amerika Syarikat dan Kanada.

Apakah kriteria utama Curriculum Vitae (CV)?

  • Hanya mengandungi dua muka surat, tetapi ia boleh mencecah sehingga empat muka surat.
  • Menyenaraikan semua pengalaman profesional serta pencapaian terkini individu terbabit sebelum dihantar kepada majikan yang berpotensi dan ditulis dalam susunan menurun (pencapaian terkini ditulis terlebih dahulu).
  • Merangkumi segala aktiviti yang telah dilakukan oleh individu terbabit; oleh itu, CV boleh mengandungi segala pembabitan dalam aktiviti berbentuk sukarelawan.
  • Susunan yang sistematik dan biasanya susunan tersebut bergantung sama ada individu terbabit merupakan graduan yang baru tamat belajar atau telah mempunyai pengalaman kerja.
  • Disertakan dengan cover letter (surat pengiring) yang bertujuan untuk meringkaskan kandungan dalam CV dan kesesuaian individu terbabit dengan kerja yang dipohon.


Apakah pula kriteria utama Resume?

  • Tidak melebihi satu muka surat, tetapi ia boleh mencecah sehingga dua muka surat mengikut keadaan.
  • Dokumen ringkas yang menonjolkan kemahiran dan pencapaian utama individu terbabit.
  • Mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kerja yang dipohon dan hanya dalam satu muka surat sahaja.
  • Menyerlahkan kemahiran dan pencapaian individu terbabit sebagai maklumat utama yang perlu ada selain maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
  • Tidak disertakan dengan cover letter kerana resume adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses permohonan anda; cover letter akan melambatkan proses.


Secara ringkasnya, Resume dan CV mempunyai beberapa perbezaan:

CV – panjang (2 muka surat), mengandungi semua maklumat pengalaman profesional yang terkini & format susunan kronologi terbalik
Resume – pendek (1 muka surat), hanya mengandungi maklumat yang disesuaikan dengan kerja yang dipohon & tiada format tertentu
Semoga maklumat ini dapat membantu anda dalam penulisan CV dan resume pada masa akan datang.

Selepas ini admin akan kongsikan contoh-contoh CV yer... Selamat maju jaya adik-adik!


Menulis untuk berkongsi apa yang bermanfaat untuk dikongsi agar sama² tahu apa yang belum diketahui. Moga baik, Moga bermanfaat, Moga berjaya.

Related Posts

Previous
Next Post »