Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan Part 2

Friday, January 08, 2016
Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan Part 2 | Hai semua, semoga semua sihat hendaknya.. Okey, sebelum ini admin pernah kongsikan beberapa contoh untuk anda contoh surat pertukaran tempat kerja yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda yang mana tahu memang takde idea langsung macam mana bentuk atau format yang sesuai berkaitan surat tersebut. So mana yang tak baca lagi yang part 1 tu, boleh tengok pada link ini : Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan Part 1 Dan berikut adalah 3 contoh surat untuk part 2:

Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan Part 2 http://buatresume.blogspot.com/


CONTOH 1

SUHAILA BINTI SHAABAN
GURU J-QAF
SK TAMAN DAMAI JAYA
JALAN MAKMUR TAMAN DAMAI JAYA
81300 SKUDAI JOHOR                                                                                               16 APRIL 2010

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA

Dengan ini merujuk kepada perkara di atas. Saya seperti nama di atas ingin memohon pertukaran suka sama suka di antara Ahmad Sukri bin Ramli yang beralamat SK Abu Bakar, 28400 Mentakab Pahang dengan saya Suhaila binti Shaaban Guru J-QAF Pendidikan Islam SK Taman Damai jaya, Jalan Makmur Taman Damai Jaya 81300 Skudai Johor

2. Tujuan permohonan ini dikemukakan kerana:

i. saya akan berkahwin pada bulan Julai 2010

ii. bakal suami saya berkhidmat di IPD Temerloh Pahang

iii. Pertukaran ini tidak akan menjejaskan jabatan saya kerana ianya dibuat dengan ada penganti.(pertukaran suka sama suka)

v. Bersama ini saya sertakan salinan surat pertukaran suka sama suka Ahmad Sukri bin Ramli untuk rujukan pihak tuan

3. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan dan perhatian terhadap permohonan saya ini. Saya berjanji akan sentiasa berkerja bersungguh-sungguh demi meningkatkan kualiti kerja untuk menjadi seorang anggota perkhidmatan awam yang cemerlang.

4. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. 


Yang benar

---------------------
SUHAILA BINTI SHAABAN
GURU J-QAF
8060529-35-5320
013-898 5116

by Fatin Najwaa


CONTOH 2

Misha bin Omar (8060529-35-5320)
Sekolah Kebangsaan Jalan Mati (PBA1089)
Jalan Bukit Gambir,11700 Gelugor,
Pulau Pinang

Kepada,
Ketua Pengarah,Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1-5, Blok E12,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
 U/P: Unit Perkhidmatan Bukan Guru)                                                                    12 JANUARI, 2009
                                                                                                                                 
Melalui: 
Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang,
Jalan Bukit Gambir,11700 Gelugor,
Pulau Pinang.

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)

Saya seperti nama dan alamat di atas ingin mengemukakan permohonan berhubung dengan perkara di atas. 

2. Saya memohon pertukaran ini kerana saya akan berkahwin pada 16 Januari 2009 dan ingin berpindah mengikutsuami ke Kedah.

3. Untuk makluman pihak tuan, terdapat seorang Juruteknik Komputer yang berkhidmat di Kedah yang inginbertukar ke Pulau Pinang. Beliau juga telah bersetuju untuk membuat pertukaran dengan saya. Disini saya lampirkan butiran peribadi pemohon yang ingin membuat pertukaran suka sama suka dengan saya.

Nama : James Bond
No. KP : 800930-35-5167
Alamat Sekolah : S.K Sri Mersing JKR 767, Jalan Payamas, 90000, Kedah Darul Aman
No. Tel : 013-35759474. 

Untuk makluman tuan, saya mula berkhidmat di S.K Jalan Mati pada 2 Mei 2008 sehingga kini. Saya amat berpuashati dapat mencurahkan ilmu saya kepada semua yang pernah menjadi anak murid saya di sana. 

Oleh itu, besar harapan saya sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan sekaligus memberi peluang kepada saya untuk berada dekat dengan keluarga tercinta. Saya dahului ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perhatian dan keperihatinan pihak tuan terhadap permohonan dan harapan ini.


Yang Benar,


---------------------
MISHA BIN OMAR
Sekolah Kebangsaan Jalan Mati
8060529-35-5320
013-898 9898

by Misha

CONTOH 3
Okey, surat ini khas untuk yang pernah mohon tapi kena reject.



Yeo Chun Liek
Sekolah Kebangsaan Sungei Passin,
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro,
96200 Daro,Sarawak.

______________________________________________________________________________
                                                                                                     Rujukan Tuan:
                                                                                                     Tarikh :

Ketua Unit Sekolah Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
Bangunan Tun Datuk Patinggi
Tuanku Haji Bujang
Jalan Simpang Tiga
93604 KuchingSarawak                                                                                              26 MEI 2012

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TERLATIH SEKOLAH RENDAHDALAM NEGERI (ANTARA BAHAGIAN) JUN 2012 BAGI EN. YEO CHUN LIEK(K/P 820531-13-5283), F/P S.37164)

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Saya memohon perhatian pihak tuan untuk mempertimbangkan rayuan pertukaran ke mana-mana sekolah di Bahagian Sibu atau Bahagian Kanowit yang mempunyai kekosongan selain daripada sekolah yang dipohon sebelum ini.

3. Berikut adalah sebab-sebab saya ingin memohon rayuan perpindahan ke PPD Sibu atau PPD Kanowit.

i. Telah lama berkhidmat di SK Sungai Passin iaitu selama 6 tahun setengah dan memenuhi syarat perkhidmatan untuk perpindahan.

ii. Ingin berkhidmat di tempat dan suasana persekitaran bekerja yang baru.

iii. Sedang mengikuti pengajian jarak jauh tajaan Bahagian Pendidikan Guru di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertempat di Kuching selama 4 tahun.

iv. Masalah pengangkutan iaitu hanya dapat dihubungi melalui sungai dengan menggunakan bot ekspres yang bergerak sekali sehari dan memerlukan 4 jam perjalanan ke Sibu. Jika ke Pejabat Pelajaran Daro atas urusan rasmi, perlu menggunakan ekspres lain yang memerlukan masa selama 3 jam lagi dari Sibu ke Daro.

v. Masalah perhubungan iaitu telefon yang sukar dicapai/diperolehi.

vi. Masalah jaringan Internet di Makmal komputer sekolah yang menyukarkan saya untuk mengakses maklumat terkini yang dihantar pensyarah UPSI berkaitan kerja kursus,fórum, pengumuman penting dan sebagainya.

vii. Masalah bekalan elektrik (genset) yang seringkali terputus akibat kerosakan.

viii. Masalah mendapat bekalan air yang bersih dengan bergantung sepenuhnya kepada airhujan.

ix. Pernah memohon perpindahan serta rayuan perpindahan sebelum ini tetapi tidak berjaya.


4. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk rujukan pihak tuan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan , saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

(1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN; PENCAPAIAN DIUTAMAKAN)

Yang benar, 

_______________ 
(YEO CHUN LIEK)
Guru Akademik Biasa,
SK Sungai Passin,Daro.
0138079842

by Yo Yipi Yo



Okey.. itu saja contoh surat untuk anda kali ini, harapannya semoga ia boleh memudahkan anda memperolehi sedikit idea atau cara membuat surat pertukaran. Semoga bermanfaat, sekian.

Khailiza (admin)
Pegawai Tenaga Kerja

Download Contoh Resume Lengkap Sekarang!!

Sila isikan nama dan email aktif anda untuk muatturun koleksi contoh resume terkini. [Boleh Download & Edit]

Related Posts

Previous
Next Post »