5 Tips & Adab Surat Iringan Melalui Email

Sunday, May 17, 2015
5 Tips & Adab Surat Iringan Melalui Email | Sebagai Strategic HR di SapuraKencana Petroleum Berhad, saya banyak berkongsi tentang perkara-perkara yang pemburu kerja perlu lakukan dan perbaiki di Facebook. Namun begitu, kebanyakan e-mel permohonan kerja yang saya terima masih berada pada tahap yang tidak memuaskan.



Mohon kerja melalui email yang baik

Jadi, kali ini saya mahu kongsikan dengan lebih mendalam beberapa aspek e-mel surat iringan (cover letter email) untuk permohonan kerja yang WAJIB diamalkan oleh semua pemburu kerja.

1. Alamat E-mel Yang Profesional

Contoh:

i. ameirul.azraie@gmail.com

ii.ameirulazraie@hotmail.com

iii.azraiemustadza@yahoo.com

iv.ameirulmustadza@ymail.com

2. Subjek E-mel Yang Bersesuaian

Contoh:

i. Job Application for the Post of Procurement Executive

ii.Job Application – Procurement Executive

iii. Job Application for the Post of Graduate Engineer

iv. Job Application – Graduate Engineer

v. Job Application for the Post of Junior Executive

vi. Job Application – Junior Executive

3. Isi Kandungan E-mel

Tulis secara ringkas tetapi padat. Nyatakan:

i. Tujuan anda menghantar e-mel dan jawatan yang dipohon.

ii. Sumber maklumat mengenai kerja yang dipohon seperti surat khabar, e-mel, blog, Facebook, ‪‎LinkedIn‬ dan sebagainya.‬‬

iii. Majikan dan jawatan sekarang serta penglibatan dalam projek terkini.

iv. Untuk graduan yang baru tamat belajar, nyatakan bidang ijazah, universiti serta bulan dan tahun graduasi.

v. Sijil dan kelayakan profesional, jika ada.

vi. Tarikh boleh mula bekerja/tempoh yang diperlukan untuk berhenti kerja.

vii. Cara untuk dihubungi – alamat e-mel dan nombor telefon bimbit.

4. Lampiran E-mel

Anda hanya perlu lampirkan surat iringan (cover letter) menggunakan format surat rasmi dan CV yang telah anda simpan/tukar kepada fail PDF yang bersaiz kecil, seelok-eloknya kurang daripada 500 kb untuk kesemua lampiran. Tidak perlu lampirkan segala jenis lampiran sijil yang lain kerana saya pernah menerima e-mel dengan lebih 20 lampiran sijil yang membuatkan saiz e-mel itu terlalu besar. Jika majikan ingin melihat sijil-sijil yang anda miliki, kebiasaannya mereka akan minta anda e-melkan kemudian atau dibawa semasa sesi temu duga.

Seperkara lagi yang anda perlu ingat, di ruangan ‘To’, hantarkan satu e-mel kepada satu organisasi sahaja dan bukannya satu e-mel kepada banyak organisasi! Ini juga adalah kesilapan yang saya lihat biasa dilakukan oleh ramai pemburu kerja di luar sana. Apa yang saya katakan ini hanyalah logik akal yang sepatutnya anda tahu. Oleh itu, berfikirlah menggunakan logik akal sebelum menghantar permohonan kerja anda.

Semoga berjaya.

-Coach Penulisan CV-

Download Contoh Resume Lengkap Sekarang!!

Sila isikan nama dan email aktif anda untuk muatturun koleksi contoh resume terkini. [Boleh Download & Edit]

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
January 1, 2016 at 9:34 PM delete

salam tuan, untuk permohonan melalui emel, adakah pelru hantar mengikut waktu urusan pejabat? adakah proper untuk menghantar permohonan diluar waktu pejabat

Reply
avatar
Kerja Kosong
AUTHOR
January 3, 2016 at 6:42 AM delete

Wssalam.. boleh bila-bila masa boleh. Kalau boleh awal minggu, maksudnya hari mula-mula bekerja iaitu hari isnin jika yg bermula isnin.. kalau bemula ahad.. hantar hari ahad. So cpt la dapat feedback.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 8, 2016 at 12:46 PM delete

Salam tuan, berapa lamakah masa yang patut diambil untuk tunggu feedback permohonan kerja yang dihantar? Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya tidak mendapat apa-apa feedback walaupun selepas seminggu menunggu?

Reply
avatar