Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Contoh Surat Berhenti Kerja Bahasa Melayu

Post a Comment
Contoh Surat Berhenti Kerja Bahasa Melayu | Berikut adalah contoh mudah surat rasmi berhenti kerja terbaik yang boleh diguna pakai dimana-mana syarikat tempat anda bekerja. Untuk membuat notis anda ingin berhenti kerja, perlulah dimaklumkan dan dihantar sebulan lebih awal kepada majikan anda. Ini kerana segala gaji anda dapat dibayar atau diuruskan dengan mudah.

Contoh Surat Berhenti Kerja Bahasa Melayu


Contoh Mudah Surat Rasmi Berhenti Kerja Terbaik

LIEW NG SIEW,
12/13 LORONG MERDEKA, TAMAN MELAWATI,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DAHRUL EHSAN

_____________________________________________________________________

KFC SDN BHD,
GIANT SEKYEN 13,
4000 SHAH ALAM,
SELANGOR DAHRUL EHSAN                                                  29 JULAI 2014

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI ................................

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya LIEW NG SIEW ingin memaklumkan kepada tuan bahawa saya ingin berhenti kerja atas sebab tertentu mulai 30 Ogos 2014.

2. Untuk makluman tuan, tujuan saya ingin berhenti kerja adalah kerana sudah dapat surat tawaran untuk sambung pelajar di sebuah IPTA.

3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah saya hargai. Sekian, terima kasih

Yang benar,

……………………………………………
(LIEW NG SIEW)
I/C NO: 901024-13-9450


P/s : Senang bukan? Notis peletakan jawatan wajib kena serahkan kepada majikan 7 hari, sebulan atau mengikut tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang buruh atau yang tertulis dalam kontrak perkhidmatan bertulis antara pekerja dan majikan. Kalau tak kasi atau tak cukup tempoh notis, majikan boleh claim gaji ganti notis kepada anda melalui Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.


Related Posts

Post a Comment