Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Cara Mudah Buat Resume

23 comments
Kali ini admin nak share kat korang cara nak buat resume dengan mudah, menjimatkan masa dan tidak perlu serabutkan kepala nak buat format atau kedudukan macam mana. Sebab kali ini admin nak kenalkan anda dengan Resume Generator. Dibangunkan oleh Pusat Maklumat Kerjaya JobsMalaysia untuk memudahkan anda menghasilkan resume. Hanya isikan maklumat anda, pilih template dan simpan atau terus print. Mudah bukan?


ADMIN TIDAK JAMIN 100% ANDA BOLEH BUAT RESUME MELALUI CARA INI, ADA YANG BERJAYA DAN ADA YANG TAK BERJAYA BUAT DENGAN MENGGUNAKAN RESUME GENERATOR INI (sistem yang dibangunkan oleh Pusat Maklumat Kerjaya - Jobsmalaysia)

Cara Mudah Buat Resume



KLIK DI SINI >>> RESUME GENERATOR

Langkah 1 : Lengkapkan Maklumat

Perkataan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah benar dan tidak mengelirukan majikan.

Pilih maklumat mana yang mahu dimasukkan dengan mengklik checkbox.

Upload gambar terkini anda, lebih baik gambar terkini dan berpakaian sesuai.

Isikan segala maklumat anda hingga ke bawah.


Langkah 2 : Pilih Template

Klik pada thumbnail untuk melihat template.

Pilih Resume yang bersesuaian dengan kerja yang dipohon.

Untuk menggunapakai template, klik pada checkbox, kemudian tekan butang 'Guna Template'.

Selesai pilih template yang anda ingin guna, seterusnya ke Langkah ke 3. Anda klik Guna Template.


Langkah 3 : Siap

Sila Muat Turun ataupun Cetak Resume yang telah anda hasilkan kerana maklumat anda tidak disimpan didalam database mereka.

Format resume adalah dalam bentuk Adobe Acrobat (PDF)

Jika tidak berjaya, buat dengan cara manual lagi baik dan berpuashati. Klik Sini. Selamat mencuba, dan semoga berjaya dalam kerjaya yang anda impikan...

Related Posts

23 comments

  1. Kalau sy tak ikut resume yg admin prefer kat ats ni boleh ke? Sbb sy dah ade resume sy sendiri..ermm .. mintak maaf ..bnyk tanye.. sebab sy betol2 berminat nk keje ni..eemm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh xde hal, sebab nie utk orang yang takde resume lagi.. lebih baik kalau dah ada sendiri punya :)

      Delete
  2. Xcuse me. Saya nak tya pa mksd fokus kerjaya

    ReplyDelete
  3. kenapa tak boleh keluar semua data2? bukan kalu dah print terus keluar semua data ke? kenapa cuma keluar nama, alamt, number phone je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? admin test ok jer.. print out cantek je keluarnya. Cuba lagi,..

      Delete
  4. saye sgkut je lah kt langkah satu? knpe ye?

    ReplyDelete
  5. Thank you for sharing :) senang sebab ada resume generator nie

    ReplyDelete
  6. kenapa masuk step ke3 error, tak boleh LOAD imej ?

    ReplyDelete
  7. admin , ap maksud fokus kerjaya ek ? x faham laa. dah la benda tu kene wajib isi . emmm . tolong admin. ty.

    ReplyDelete
  8. admin..kena saya di step 3 xleh print...suma jd kosong jer

    ReplyDelete
  9. salam, kpd sesiape yg mengalami kesukaran untuk pergi ke step 2, sila kosongkan image anda dan untick kan ia. sistem ni jadi berat bile korang upload gambar. pstu die akan jadi ok. korang ble edit dan letak gambar kat https://www.pdfescape.com/ harap membantu :D

    ReplyDelete
  10. resume ni boleh pakai ka kalau nk smbung blajar?? sbb sy nk kna hantar kpd yayasan negeri...depa yg mntak resume..

    ReplyDelete
  11. x de ke pilihan untuk lepasan spm..

    ReplyDelete
  12. Biasa guna resume auto generate dr jobstreet je

    ReplyDelete
  13. tumpang tanya.,macamna nak letak bullet dan text dlm ms.words eh? page setting yg seakan 2 column.. thanks

    ReplyDelete
  14. terima kasih, admin. Maklumat yang amat berguna 👍

    ReplyDelete
  15. Kalau saya dapat resume atau cv, pertama saya akan tengok pengalaman dulu kemudian, gaji yang diharapkan. kemudian kelulusan akademik dan apa nama anda, gambar anda, dimana anda tinggal. yang penting, nombor telefon tu pastikan cukup digit dan mudah untuk dihubungi untuk interview arrangement. kalau tak boleh dihubungi, saya jadikan resume anda paper untuk recycle je, save bajet ofis untuk beli A4 paper. Lain-lain info tak baca pun. Resume secanggih manapun saya tak pandang. Cukup A4 paper biasa. harap membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian Fresh Graduates yer.. huhu

      Delete

Post a Comment