Panduan dan Cara Menulis Resume (Panduan Pengisian) - Contoh Resume Terbaik dan Tips Temuduga Terkini
Resume

Panduan dan Cara Menulis Resume (Panduan Pengisian)

Panduan dan Cara Menulis Resume (Panduan Pengisian) | Resume adalah satu-satunya jurucakap anda kepada bakal majikan sesebuah syarikat yang diidam-idamkan. Pentingnya resume kepada setiap graduan, tetapi masih ada yang memandang ringan kepentingannya. Apakah pengisian resume yang terbaik? Ada beberapa tips untuk dikongsikan terutamanya kepada graduan yang baru pertama kali menulis resume. Semoga bermanfaat untuk semua.

Panduan dan Cara Menulis Resume (Panduan Pengisian)



FORMAT RESUME
Resume yang baik mestilah terdiri daripada format berikut:
i. Maklumat diri / About Me
ii. Kelayakan pendidikan / Education
iii. Pengalaman bekerja / Working Experience
iv. Kemahiran kendiri / Personal Strength
v. Gaji / Salary
vi. Rujukan / Reference


i. MAKLUMAT DIRI yang wajib adalah nama, emel, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan alamat surat menyurat yang terkini. Ingat, alamat emel mestilah menggunakan nama rasmi anda! Saya pernah melihat alamat emel yang terlalu kebudak-budakkan dan tidak formal. (cth : cayunkhoney@yahoo.com / akuadakauada@gmail.com). Kelakar pun ada! 


Sekiranya anda memilih untuk meletakkan gambar bersaiz pasport, pastikan ianya adalah gambar terbaik anda. Formal, ceria dan jelas. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Jika tidak, adalah lebih baik anda lupakan hasrat untuk meletakkan gambar.


ii. KELAYAKAN PENDIDIKAN seeloknya diletakkan di bahagian atas resume sejurus selepas maklumat diri. Sekiranya anda memiliki Ijazah dan Diploma, maka keputusan PMR dan UPSR tak perlulah diletakkan di dalam resume. Malah tidak menjadi kesalahan jika anda hanya meletakkan kelayakan tertinggi sahaja di dalam resume. Jangan lupa letakkan CGPA atau keputusan terkini anda. 

Untuk graduan yang belum pernah bekerja, adalah elok jika anda menyenaraikan beberapa mata pelajaran dan keputusan yang anda capai. Saya pernah menyenaraikan subjek dengan keputusan A sahaja di dalam resume dan senarai ini akan berubah-ubah mengikut kerjaya yang saya mohon. 


iii. PENGALAMAN BEKERJA mestilah relevan dengan kerjaya yang anda mohon. Contohnya, pengalaman bekerja secara sambilan di Seven Eleven tidak perlulah dimasukkan ke dalam resume untuk jawatan Eksekutif di syarikat korporat. Pengalaman tersebut mungkin lebih sesuai sekiranya anda memohon kerja di syarikat perkhidmatan. Bukan menafikan usaha berdikari anda, tapi untuk menjimatkan ruang dan kertas. Adalah lebih baik jika anda menulis tentang nilai-nilai dan kemahiran yang anda pelajari selama bekerja. 


iv. KEMAHIRAN KENDIRI seharusnya melambangkan siapa diri anda dan mestilah sesuai dengan kerjaya yang dipohon. Anda boleh juga menyenaraikan jawatan yang dipegang dan anugerah yang pernah dicapai dalam aktiviti kokurikulum. Senaraikan semua jawatan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha atau Bendahari kerana ia melambangkan daya kepimpinan anda.

Fikir-fikirkan, penglibatan anda sebagai ahli pasukan tarian mungkin tidak relevan untuk syarikat Korporat tetapi relevan untuk syarikat Perkhidmatan dan Hiburan. Mungkin lebih baik jika anda memberitahu kemahiran anda yang lain seperti perisian komputer dan sukan. Majikan juga manusia biasa dan kadang-kadang mereka bias kepada persepsi tersendiri.


v. GAJI adalah penting untuk mereka yang pernah bekerja sebelum ini. Gaji lama dan gaji baru yang anda minta akan membantu syarikat untuk menentukan kemampuan kewangan mereka untuk "membeli" anda. Bagi graduan yang belum pernah bekerja, gaji baru seharusnya mengikut harga pasaran contohnya RM2,000 walaupun anda tahu syarikat besar seperti Shell dan Exxon Mobil mampu membayar lebih daripada itu. Tak mengapa meminta gaji yang rendah, kerana anda perlu melihat gaji bukan hanya pada nombor tapi juga pada faedah (benefits), persekitaran tempat kerja (working environment), peluang memajukan kerjaya (career progression) dan mungkin juga lokasi.


vi. RUJUKAN akan membantu syarikat menentukan tahap profesionalisma anda, selain daripada memudahkan mereka untuk membuat semakan. Justeru, elakkan daripada menamakan ayah atau adik beradik sebagai rujukan kerana ia bukanlah rujukan yang adil. Jurulatih Bola Sepak juga bukanlah rujukan yang baik (kecuali kalau anda meminta jawatan pegawai sukan)! Rujukan terbaik adalah mereka yang pernah bekerja dengan anda dan gunakan jawatan rasmi mereka. Saya pernah meminta izin daripada pensyarah universiti dan pegawai kolej untuk meletakkan nama mereka sebagai rujukan dan saya serahkan satu salinan resume kepada mereka. 



Itu sahaja contoh pengisian resume yang wajib ada di dalam sesebuah resume. Banyak kali saya nyatakan bahawa maklumat di dalam resume seharusnya bersesuaian atau relevan dengan kerjaya yang dipohon. Resume saya dulu dibahagikan mengikut kategori syarikat seperti Kerajaan, Korporat/Swasta, Perkhidmatan dan Hiburan. Dan semestinya setiap resume saya akan mempunyai maklumat yang relevan dengan penekanan dan susunan yang berbeza. Susah atau Usaha? Terserah anda :-)

Ini baru bab pengisian resume. Belum bab design atau rekaletak lagi. Nanti saya akan kongsikan lagi. Selamat menulis resume ! :-)

Download Contoh Resume Lengkap Sekarang!!
Sila isikan nama dan email aktif anda untuk muatturun koleksi contoh resume terkini. [Boleh Download & Edit]
Nama *

E-Mel *

About Kerja Kosong

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.